Ada perpisahan yang sementara. Contohnya pergi melancong, berpindah, berijrah, bertugas ke tempat lain dan sebagainya.
Ada masa dan ketika kita pasti akan bertemu semula dengan dia
Mati ialah perpisahan selamanya. Tiada lagi pertemuan sesudahnya, hanya tinggal sebuah pusara tanda ingatan dan doa.
Kenapa saya memilih untuk bercakap tentang mati? Ada 2 kisah yang menyebabkan saya berfikir lama.
Baru-baru bapa saudara saya ( pak tam) telah kembali ke pangkuan-Nya. Tak diduga insan yang sihat, ceria pergi buat selamanya.
Keduanya, junior sekolah tunku putera saya dulu, sdr zulhilmi musa telah meninggal dunia dek kerana kemalngan jalan raya. Umur baru 26. Masih muda. Al fatihah untuk allahyarham berdua.
Saya, anda, bila agaknya? Tak siapa tahu. Mungkin sebentar lagi. Mungkin esok, minggu depan, bulan depan, atau tahun depan.
Persiapan kita?
Hmmmmmmmm….
Sebab itu ulamak kata, orang yang berjaya ialah yang sering mengingati mati.
P/s: saya takut mati, tapi dia pasti mencari