Saat isteri nak bersalin bagi yang Ist time sangat chaotic jika tiada perancangan awal yang teliti. Bahagian menyiapkan kelengkapan ibu dan bayi, biasanya Isteri anda telah siapkan. perempuan memang Cepat dalam bab ni. Anda boleh tengok Isteri anda ada checklist yang panjang. ikut je semuanya Sangat penting.
1. Tempat Bersalin
Bincang & putuskan dimana isteri anda akan bersalin. Hospital kerajaan @ swasta. Selepas decide, cuba dapatkan review orang tentang tempat tersebut. Tanya kawan, jiran @ kenalan anda. Takut-takut tempat tu servisnya tak ok. Ini akan jadi trauma kepada Isteri anda. please ini sangat penting!
Dah pilih tempat, sila tahu tempatnya dimana dengan JELAS (tanpa ragu). Selepas itu, sila buat latihan perjalanan untuk pastikan masa dan jarak yg diambil untuk ke sana. Ini untuk mereka yang x familiar dengan tempat tersebut. yang dan tahu tak payah Ia buat.
2. Tanda Bersalin
Ada 2 tanda yang biasa. satu air ketuban pecah tanda kedua turun darah. Bagi Isteri anda yang pecah air ketuban jangan gelabah2 Sangat. bawa keta laju bagai. rileks saja Sebab biasanya tanda air ketuban mengambil masa 24 jam untuk lahir. jadinya kalau on de way tu isteri rasa nak makan KFC ke, belikan je lah Sebelum dia berpantang nanti. tanda darah agak cepat. Segerakan.
3. kewangan
Untuk bersalin di hospital kerajaan + anda pula penjawat awam, sediakan MINIMUM RM1500. kita tak boleh jangka apa akan terjadi sepanjang berada di hospitaI. Macam kes isteri saya, 3 hari juga berada di hospital sebelum bersalin, tambahan lagi 1 minggu Sebab ada jangkitan kuman. Jadinya Kos automatik akan bertambah.
apa kosnya? Biasanya makanan untuk kita dan Isteri sebab makanan di hospital tak ikut menu pantang. Selain itu kos sampingan seperti penginapan anda jika jauh dari rumah. selain itu ada barangan yang tiba-tiba kena beli juga memerlukan duit. bersedia lebih banyak tak apa. Sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi.
Untuk bersalin Swasta mungkin lebih Mahal. bersalin normal RM2500++. Jika pembedahan mungkin mencecah RM7K++. So better standby yang lagi tinggi punya bajet.
4. Bidan
Dah mula kena cari @ tanya orang sekitar bidan mengurut yang ok. Ini penting untuk acara berpantang Isteri.
5. Amalan Rohani
suami yang kuat perlu perbanyakan Zikir, selawat dan solat hajat agar Segala Urusan dipermudahan. Bangunlah tahajud dan merintih lah di hadapan Allah S. W. T.
6. Banyakkan bersabar dan tenang
Isteri anda Sakit, biasanya moodnya xberapa 0k. Jadinya banyakkan bersabar dengan karenahnya. Layani dia sebaik mungkin kerana pengorbanan yang dilakukan untuk melahirkan anak anda tidak mampu anda balas.
7. Makanan
cari makanan berpantang yang berkhasiat untuk Isteri anda. Makanan yang berkhasiat akan mempercepatkan proses penyembuhan luka akibat bersalin. Cari Iah dekat google menu berpantang. belajarlah memasak untuk Isteri anda dia mesti akan gembira.
Demikianlah serba Sedikit tips bagi si Suami yang 1st time jadi ayah. Ini berdasar kan pengalaman peribadi saya. mungkin berbeza dengan orang lain. Saya tiada Masalah.:-)