SELAMAT HARI LAHIR IBU..

besday mak

KU PANJATKAN DOA BUAT IBU…..

 

Ya Allah..

Sempena ulang tahun kelahiran ibuku ini ya Allah, Aku menadah tangan dan memohon kepada mu…

Panjangkanlah umur ibuku dalam kebajikan…

Agar aku dapat membalas segala jasanya yang tidak terhingga…

Kau kurniakanlah nikmat kesihatan kepadanya…

agar ibuku dapat meneruskan tanggungjawab sebagai ‘hamba’.

 

Ya Allah…

Kau berilah ibu kekuatan…

agar tabah mengharungi liku-liku kehidupan..

yang penuh dengan rintingan dan cabaran…

 

Ya Allah… yang maha penyayang..

Jadikanlah ibuku orang yang yang beriman..

Yang tunduk dan patuh kepada segala perintah-Mu..

Yang bersyukur atas segala nikmat-Mu..

Yang peduli dengan segala suruhan-Mu..

Kau ampuni segala dosa ibu…

Agar ibu tampil suci mengadap-Mu…

 

Ya Allah.. Yang Maha Besar

Jadikanlah aku anak yang soleh..

Yang tak jemu mendoakan ibu…

Pagi, petang dan setiap waktu..

Kau jadikanlah aku anak yang berguna…

Yang akan membalas segala jasanya….

 

Ya Allah… Ya Rahman.. Ya Rahim…

Kau pahatkan rasa cinta, sayang dan rindu ini pada ibu…

sehingga akhir hayatku…

Aminnn… Ya Rabballamin..

 

 

IBU..

Selamat Hari Lahir buatmu

semoga Allah sentiasa merahmati dan menyayangi mu…

Aku Sayang Ibu..

9 thoughts on “SELAMAT HARI LAHIR IBU..

  1. putraim berkata:

    slamat hari lahir buat ibumu….
    ibu tiada penganti, dialah ibu dunia dan akhirat….

    penglipurlara : betul2… hehe

  2. lurunna berkata:

    selamat hari lahir buat dia…semoga di beri segala kebaikan di dunia sampai di akhirat..aminnn..

    penglipurlara : terima kasih.. 🙂

  3. mamia berkata:

    selamat hari lahir buat makcik kisyan:-)
    semoga mak sentiasa bahagia dengan sikap baikmu sbg anaknya..
    hepi besday..

    penglipurlara : terima kasih mamia..hehe. insyallah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s