Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Saat isteri nak bersalin bagi yang Ist time sangat chaotic jika tiada perancangan awal yang teliti. Bahagian menyiapkan kelengkapan ibu dan bayi, biasanya Isteri anda telah siapkan. perempuan memang Cepat dalam bab ni. Anda boleh tengok Isteri anda ada checklist yang panjang. ikut je semuanya Sangat penting.

1. Tempat Bersalin
Bincang & putuskan dimana isteri anda akan bersalin. Hospital kerajaan @ swasta. Selepas decide, cuba dapatkan review orang tentang tempat tersebut. Tanya kawan, jiran @ kenalan anda. Takut-takut  tempat tu servisnya tak ok. Ini akan jadi trauma kepada Isteri anda. please ini sangat penting!

Dah pilih tempat, sila tahu tempatnya dimana dengan JELAS (tanpa ragu). Selepas itu, sila buat latihan perjalanan untuk pastikan masa dan jarak yg diambil untuk ke sana. Ini untuk mereka yang x familiar dengan tempat tersebut. yang dan tahu tak payah Ia buat.

2. Tanda Bersalin
Ada 2 tanda yang biasa. satu air ketuban pecah tanda kedua turun darah. Bagi Isteri anda yang pecah air ketuban jangan gelabah2 Sangat. bawa keta laju bagai. rileks saja Sebab biasanya tanda air ketuban mengambil masa 24 jam untuk lahir. jadinya kalau on de way tu isteri rasa nak makan KFC ke, belikan je lah Sebelum dia berpantang nanti. tanda darah agak cepat. Segerakan.

3. kewangan
Untuk bersalin di hospital kerajaan + anda pula penjawat awam, sediakan MINIMUM RM1500. kita tak boleh jangka apa akan terjadi sepanjang berada di hospitaI. Macam kes isteri saya, 3 hari juga berada di hospital sebelum bersalin, tambahan lagi 1 minggu Sebab ada jangkitan kuman. Jadinya Kos automatik akan bertambah.

apa kosnya? Biasanya makanan untuk kita dan Isteri sebab makanan di hospital tak ikut menu pantang. Selain itu kos sampingan seperti penginapan anda jika jauh dari rumah. selain itu ada barangan yang tiba-tiba kena beli juga memerlukan duit. bersedia lebih banyak tak apa. Sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi.

Untuk bersalin Swasta mungkin lebih Mahal. bersalin normal RM2500++. Jika pembedahan mungkin mencecah RM7K++. So better standby yang lagi tinggi punya bajet.

4. Bidan
Dah mula kena cari @ tanya orang sekitar bidan mengurut yang ok. Ini penting untuk acara berpantang Isteri.

5. Amalan Rohani
suami yang kuat perlu perbanyakan Zikir, selawat dan solat hajat agar Segala Urusan dipermudahan. Bangunlah tahajud dan merintih lah di hadapan Allah S. W. T.

6. Banyakkan bersabar dan tenang
Isteri anda Sakit, biasanya moodnya xberapa 0k. Jadinya banyakkan bersabar dengan karenahnya. Layani dia sebaik mungkin kerana pengorbanan yang dilakukan untuk melahirkan anak anda tidak mampu anda balas.

7. Makanan
cari makanan berpantang yang berkhasiat untuk Isteri anda. Makanan yang berkhasiat akan mempercepatkan proses penyembuhan luka akibat bersalin. Cari Iah dekat google menu berpantang. belajarlah memasak untuk Isteri anda dia mesti akan gembira.

Demikianlah serba Sedikit tips bagi si Suami yang 1st time jadi ayah. Ini berdasar kan pengalaman peribadi saya. mungkin berbeza dengan orang lain. Saya tiada Masalah.:-)

Tips pasang lampu LED Petak

Posted: Februari 8, 2015 in Uncategorized

Kalimantang…… downlight….. LED

Itu adalah tranformasi yang berlaku kepada lampu yang biasa digunakan di rumah kita. Rumah baru kami pakai LED.

1. LED ada yang bulat dan ada yang petak. So kami ambil yang petak sebab trend baru.

2. Ada banyak Volt. 9, 12,.. (tak ingat dah). Lagi banyak volt maksudnya lagi teranglah lampu tu. Kami ambil 12V. Anda juga boleh pilih volt ikut kesesuaian tempat. Contoh ruang tamu kasi terang, bilik kasi suram, tandas kasi seram. Hehe gurau ja.

3. Saiz, ada banyak saiz yang boleh dipilih. 4,5,6 dan 9 inci rasanya. Pilihlah ikut kesukaan anda.

4. Katanya LED tahan lebih lama. Tak mudah terbakar seperti mentol biasa

Pesananku jika anda nak pasang lampu LED jenis petak.

Pastikan wireman yang anda ambil pakar dlm pasang lampu ni. Jangan ambil sebarangan orang sebab fikir nak murah ja. Sebab jika tak reti pasang banyak masalah nanti.

Antara masalahnya ialah:

1. Tebuk lubang besar pada siling berbanding saiz lampu. Nanti akan nmpak tak cantik. Terpaksa kena tampal simen siling, dah tak cantik.

2. Susunan lampu bengkang bengkok (tak selari). Sadis beb nak menatap hari2. Lagi sadis bila tetamu tegur.

3. Lampu macam tak betul2 rapat dengan siling (terangkat2 bila tgok dari tepi).
4. Siling rosak, silap tebuk, ada rekahan dan sebagainya.

Semoga bermanfaat!

Fenomena Qu puteh

Posted: Januari 24, 2015 in Uncategorized

Selepas qu puteh menjadi penaja bagi AJL ke 29, semua orang menjadi pegawai pemasaran secara tak rasmi. Habis semua media digunakan. Hamburan caci maki dan kritikan ke atas pemiliknya datin Vida. Chef wan pun ada parodi makan megi dengan tepung di muka.

image

Aku tak sempat tengok AJL  sebab dalam perjalanan balik ke Pahang.

Tapi, aku kenal produk kecantikan qu puteh menerusi whatsapps, telegram dan juga fb. Viral satu Malaysia.

Bagi aku Strategi pemasaran Datin vida berjaya. Daripada tak kenal kepada kenal. Daripada tak tahu kepada tahu.

Sekarang, sebut sahaja jenama qu puteh. Semua orang tahu. Apa lagi perkara yang paling indah sebagai seorang pengeluar produk selain daripada orang kenal produk kita.

Datin, tahniah. Anda berjaya!
Aku pernah terbaca, orang yang mengkritik ialah orang rendah daripada kita. Sebab tu dia cemburu. So datin, keep it up. Never give up.

Nak qu puteh satu!!  Hehe

image

Tidak terlintas dihati untuk menghina bangsa sendiri, cuma sekadar berkongsi apa rasa sakitnya hati. Penulisan ini tidak merujuk kepada semua melayu, hanya segelintir sahaja yang menyebabkan aku hilang rasa percaya.

Ya, ia berkaitan dengan rumah baharu yang isteriku beli. saja nak tolong bangsa seagama sendiri memandangkan ada sedara aku yang kontraktor buat rumah.

Masalah yang pertama, sebut harga tak reti2 nak bagi. Main aggaran sahaja. “Tak mahal pon, agak2 dalam10k ja, kenapa tanya sebut harga takut tak dapat bayaq ka? Bayar ansur2 pon tak apa” katanya.

Pelik aku. Orang mesin rumput rumah aku pun buat sebut harga baru kerja jalan. Ini tak, main anggar2.

Lepas tu aku push juga nak sebut harga, maka buatlah sebut harga. Grand price untuk dapur + kabinet, tukar tingkap RM6400. Kami terima.  Tapi awas! Kontraktor melayu bermain dengan frasa ‘upah’. Upah maksudnya, upah mereka buat sahaja, barang tuan rumah sendiri beli.

Aku terkena. Duit deposit bagi 3k. siap table top (tanpa bubuh tiles pada dinding) dah minta duit lagi. Aku hairan, “kan dh bagi separuh dari jumlah keseluruhan? Siap semua kerja aku bagi la”.  Kata aku.  Depa kata 3k tu hanya modal beli barang.

Punggah! Sepanjang aku deal, depa tak pernah cakap langsung ttg barang kami kena tanggung.

Barang depa beli tanpa tawar-menawar langsung dengan tokey kedai. Main ambik sahaja. Depa joli duit aku. Barang lebihan berlambak. tiles satu dozen tak berusik pun. Belum masuk yang banyak dibazirkan sebab rosak. Simen 2 guni tak guna pon.

Nasihat aku, kalau nak upah melayu, korang pi beli barang sendiri. Bargain-lah harga barang agar dapat murah. Jangan serah pada mereka. Mereka akan pusing duit anda dengan beli murah, tulis harga resit mahal. Pastu mereka cakap kat anda, duit upah mereka tak cukup sebab barang mahal.

Lepas tu, tambah lagi 1650 untuk kerja sterusnya. Duit  aku serah 27 November 2014. Mereka janji beria, manis mulut untuk siapkan selewat2nya 15 Disember 2014. Tapi hampeh sahaja. Habiskan kredit fon sahaja call untuk kejar mereka buat kerja. Mcam2 alasan yang diberi.

Kenduri di kampung,
kenduri bapa saudara,
urusan tanah pusaka dan bla…bla…

Akhir sekali, aku habaq 24hb Disember 2014 tak siap juga, tamat kontrak dan aku nak duit aku balik. Maka dramalah terjadi.  Terpaksa buat Ugutan repot polis dan sebagainya. Huh! Letih

Lepas tu selesai. Taubat nasuha aku buat dengan melayu. Letih otak memikirkanya.

Mudahnya, aku ambil kontraktor cina, lepas dia ukur, bagi sebut harga, bayar deposit. Lagi 1 minggu gerenti siap dia kata. Puas hati.

Kepada semua kontraktor melayu ini pesanku.

1. Jangan tamak, jangan terima kalau memang jadual korang dah pack. Cakap lah dengan jujur jika tak dapat buat pada masa yang diminta.  Macam kontraktor cina, mereka sangat jujur. Jika boleh buat mereka akan cakap boleh, begitulah sebaliknya.

2. Jadilah orang bertanggungjawab. Jika sub kepada orang lain untuk buat, pergi pantau dan ambil tahu. Itu projek kita. Tuan rumah bayar duit dan deal dengan kita. Jangn main serah bulat2 sahaja. Apa pun tak tahu.

3. Jaga hati pelanggan. Jangan buat lebih kurang. Sebab pelangganlah akan promote anda jika kerja anda bagus. Begitulah sebaliknya.

4. Cakap terus terang apa sahaja perkara, bagi pelanggan jelas. Jangan aggap pelaggan tahu terma yang anda gunakan sperti “upah” dan sebagainaya. Jelas betul2. Tak ada salahnya.

5. Be professional.  Walaupaun anda bukanlah kontarktor skala besar tapi kerja mestilah sistematik. Kontraktor Cina yang aku baru ambil ni cakap buat dapur 3 hari mesti selesai. Baru boleh untung. Ni ambik masa sampai sebulan. Nak untung mai mana.

image

Tak selesai2 walaupun hampir 1 bulan

image

Kerja cincai, pecah sikit2 tu biasa katanya

image

Pecah lagi

image

Ni yang dibuka tapi guna tak habis, ada 2 lagi yang tak terusik.

Doa untuk memebuat keputusan yang tepat

Posted: November 12, 2014 in Uncategorized
Tag:

Kadang-kadang kita dihidangkan dengan pelbagai pilihan. Hampir semuanya sama. Kita perlu memilih salah satu. Kita buntu. Kita dilema.

Jom amalkan ayat ni saat dirimu sedang dilema. Semua benda pon boleh termasuk membeli baju. In shaa Allah pilihan yang kita buat pasti tepat dan terbaik. Ak pernah seringkali amalkanya

Ayatnya ialah dari surah Al Baqarah ayat 70.

Baca dan hafal tau!

Bye

PERPISAHAN SELAMANYA

Posted: November 5, 2014 in Uncategorized

Ada perpisahan yang sementara. Contohnya pergi melancong, berpindah, berijrah, bertugas ke tempat lain dan sebagainya.
Ada masa dan ketika kita pasti akan bertemu semula dengan dia

Mati ialah perpisahan selamanya. Tiada lagi pertemuan sesudahnya, hanya tinggal sebuah pusara tanda ingatan dan doa.

Kenapa saya memilih untuk bercakap tentang mati? Ada 2 kisah yang menyebabkan saya berfikir lama.

Baru-baru bapa saudara saya ( pak tam) telah kembali ke pangkuan-Nya. Tak diduga insan yang sihat, ceria pergi buat selamanya.

Keduanya, junior sekolah tunku putera saya dulu, sdr zulhilmi musa telah meninggal dunia dek kerana kemalngan jalan raya. Umur baru 26. Masih muda. Al fatihah untuk allahyarham berdua.

Saya, anda, bila agaknya? Tak siapa tahu. Mungkin sebentar lagi. Mungkin esok, minggu depan,  bulan depan, atau tahun depan.

Persiapan kita?
Hmmmmmmmm….

Sebab itu ulamak kata, orang yang berjaya ialah yang sering mengingati mati.

P/s: saya takut mati, tapi dia pasti mencari

Dah semakin ‘muda’

Posted: Ogos 7, 2014 in Uncategorized

Haha tajuk post yang tak sedar diri. Tapi orang cakap kita kena selalu rasa muda untuk awet muda. Bila rasa tua, kita kan cepat tua.

Yup 25 julai 2014 usia aku telah menjengah 27 tahun. Maknanya semakin hampirlah aku dengan usia kematian. Kalau ajal aku 37, maknanya aku hanya ada 10 tahun je lagi. Kalau ajal aku 47, maka berbaki 20 tahun usia aku. (Fuh Insaf sekejap).

“Woi apa ni time besday cakap tentang mati??”
Ops sory2. Hehe

Tahun ni 1st time dapat celebrate dengan wife aku. Walaupun dia tengah penin2 lalat gara2 buatan ‘orang’ (hehe) masih lagi nak wat suprise kat aku.

Dieya : abg, jap lagi pi kat sunway carnival na, ayg nak beli someting la. Ayg mengidam sgt.
Aku : nak beli ap? Laksa ka?
Dieya : bukan, tapi adala… pi tw..
Aku : asam ka? Jeruk? ( nak tahu juga)
Dieya : tak lah, tapi ada la..
Aku : cakaplah, nk rahsia buat apa… (tone tingi skit)
Dieya : nak beli kek.. kat abg ( slow je)
Aku : oo…. ok (terdiam) dalam hati horayyy (hahaha)

Wife aku terpaksa kantoikan suprise dia sebb aku yang drive keta. Dia tak sihat. Kalau sihat, aku rasa konfom dia pecut pi beli sorang2 dia. Sory syg hehe

image

Terima kasih istimewa buat isteri tersyang Nadia Binti Sabri atas suprise yang terpaksa dikantoikan tu. Huhu. Sangat seronok dapat makan ice cream cake tu. Tqvm

Terima kasih juga kepada sahabat, rakan dan  kenalan yang mengucapkannya di phone dan fb.. tqvm atas ingatan.

Selamat Hari Lahir juga buat ibuku tersayang Khizam binti Othman pada 21 Julai 2014. Angah syang mak sangat2. Angah dokan mak sihat dan menjadi ahli syurga. Amin. 🙂