Mungkin kiriman aku pada kali ini kelihatan seperti menyokong atau membela kaum hawa (especially yang dah bersuami). Dan mungkin juga akan dihentam oleh si suami yang bercadang untuk berkahwin lagi. Tapi apa-apa pun jangan prejudis dulu. Aku sekadar memberikan pendapat.
Apa itu poligami?
Ya betul, berkahwin lebih dari satu ( tidak lebih dari 4). Islam membenarkan poligami dengan syarat2 yang tertentu. Agama lain tak ada aku rasa.
Bagi aku Islam membenarkan poligami bukan atas dasar HAWA NAFSU sebaliknya lebih kepada konsep MEMBANTU. Membantu yang bagaimana?
1) apabila wanita itu sudah berusia, masih tiada suami untuk berkasih sayang.
2) apabila janda yang kematian suami. Masih ada tanggungan anak-anak atau memerlukan perlindungan dari lelaki.
Ini ialah MEMBANTU! Sebab itu dalam sejarah hidup Nabi S.A.W. Baginda berpoligami yang kebanyakkanya adalah janda yang suaminya telah syahid dimedan perang. Maka poligami itu untuk membantu wanita tersebut.
Bezakan dengan konsep poligami ini :
1) berusaha keras memikat gadis yang lebih muda dengan pelbagai cara termasuk ilmu hitam. Walaupun gadis tersebut sudah ada pilihan hatinya sendiri (sudah ada calon suami)
2) janda tak mahu. Nak yang anak dara sahaja.
3) sanggup tipu isteri. Lebih dasyat sanggup bercerai dengan isteri kerana nak ingin menurut kehendak hati.
4) sanggup menghabiskan masa, tenaga, wang ringgit semata-mata untuk mendapat cinta gadis yang lebih muda. Sedangkan masa, tenaga, wang ringgit lebih diredhai/ diberkati apabila bersama isteri dan anak sendiri.
5) sanggup merosakkan rumah tangga orang lain. Merampas isteri orang. Nauzubillah.
Ini adalah poligami berkonsepkan HAWA NAFSU!
Aku tidak menentang poligami. Ia sunnah. Tapi aku menetang mereka yang menyalahgunakan sunnah untuk mengikut hawa nafsu sahaja. Islam tak suruh kita berpoligami sampai memudaratkan yang lain. Poligami untuk membantu,memudahkan, dan menyelamatkan. Jika seseorang gadis, wanita tak mahu bantuan kita, kenapa kita nak paksa? Janganlah ikutkan nafsu.
Ustazku selalu berpesan : ” fazil, pengkut hawa nafsu, tiada tempat di syurga”..
Salam…Dari segi poligami dalam agama lain, tidak boleh main rasa-rasa. Perlu ada kajian dan pembacaan. Ada dibenarkan dalam agama Hindu, cuma perundangan civil sahaja yang tidak membenarkan mereka kahwin secara sah . Mereka boleh kawin secara tidak rasmi, tetapi tidak mendapat harta daripada peninggalan suami, kecuali suami memberi harta tersebut secara rasmi ketika dia masih hidup.
-Sekadar pandangan