Leteran ibu : indahnya….

Tidak kira warna dan rupa, bangsa mahupun agama, asal nama ja seorang ibu, mesti tidak pernah sunyi daripada melakukan jurus maut iaitu ‘Leteran’. Ayah atau abah tak ada jurus ni. Sebab tu kebiasaanya mereka akan kena sekali.

kalau dalam bahasa kartun dia akan tulis macam ni… POT..PET..POT..PET.. Maksudnye leteranlah tu, bukanya mencarut ke apa.

ini bukan prejudis, apatah lagi diskriminasi…

tapi realiti. Tolonglah ibu dan bakal ibu terima dengan senyuman sampai nampak gusi.

Syok tak dengar leteran?

Mengejutkan!

99.99% mengatakan ‘TIDAK’ pada soalan diatas. ada yang panas telinga, panas punggung, panas hati dan macam-macam panas lagi. tapi apa kan daya, takut  jadi anak derhaka. Jadi batu lagi takut (teringat cerita Tanggang anak derhaka).

habis tu nak buat macam mana?

80% bersetuju dengan sepakat berkata, SABAQ JE LAH walaupun hati bengkek je.. bakinya yang lain melepaskan geram dengan macam-macam cara. let’s check it out :

ada yang mencebik muka (menambahkan kehodohan sendiri)… ada yang hempas pintu bilik kuat2 (rosak padan muka).. ada yang pakai earphone dan pasang muzik kuat2… ada yang main game perang (ala2 berperang dengan mak)… ada yang naik motor pi jalan umah kawan (ala2 lari dari umah). terpulanglah kepada kenikmatan masing-masing.

Soalan : Mak cik, best ka mak cik dok* beletiaq* tu?

100% para ibu mendakwa beleter adalah tidak best. Mereka lakukan kerana terpaksa apabila ada benda yang tidak kena di depan mata mereka.

habis tu, mana yang indahnya?? habaq mai kat aku?

Sebenarnya bro, leteran itu adalah satu rahmat, keberkatan. ini cikgu aku yang cakap. aku pun baru tahu. kadang-kadang disebabkan leteran ibulah kita jadi insan.kita perbaiki diri kita, belajar yang betul dan jauhi yang salah.

leteran bukan saja-saja. tapi benda betul yang tapi dilakukan salah oleh kita. sebagai contoh, bangun pagi tak kemas katil, 5 mint kemudian pasti dengar jurusan maut ibu. wajar la kan? sepatutnya kita kena kemas katil agar nampak cantik dan menarik.

malas belajar pun sama…. ibu akan beleter

sepahkan baju dari lipatan …. ibu beleter lagi

tak cuci baju…. ibu steady je beleter

balik rumah lewat… ibu still tanpa henti..

akhirnya, kita tak akan buat semua ni. jadi lebih baik hari demi hari. Indahnya leteran ibu. cuba fikir-fikir sat tentang ibu dan diri kamu.

indah Kan? 🙂

 

P/S : fikir dari sudut positif…. 🙂

 

5 thoughts on “Leteran ibu : indahnya….

  1. missunguaiza~ berkata:

    akan terasa indahnya berletiaq bila kite pulak y berletiaq kt org…

    err betul ke bahasa aku-konon-nk-utara-tuh?? hahahaha

    fAZILALYAHAYA : WOW FAIZA! mengagumkan kebolehan berloghat hang. hehe betul la tu, tunggu anak hg mai kat aku, mengadu sal maknya kuat berletiaq hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s