Artikel ini ditulis pada 17hb syawal 1437H.

Ramadhan : Reschedule kehidupan

Sudah 17 hari ramadhan berlalu pergi. Tapi masih tercalit rasa ralat dihati. Ralat kerana tidak betul-betul memanfaat bulan yang mulia itu. Bertambah ralat bilamana aku tak pasti sama ada dapat berjumpa lagi atau tidak dengan ramadhan pada tahun hadapan.

Reschedule bermaksud penjadualan semula.
Bagi aku, ramadhan adalah bulan reschedule kehidupan kita yang kadang2 tersasar jadualnya selama 11 bulan.

Tersasar macam mana tu?
Yela, tersasar la bila sibuk kejar dunia, solat jemaah tinggal, quran tak baca, jarang bersedekah dan bersilaturahim.

Apa yang ramadhan dah buat?
ramadhan telah reschedule semula kehidupan kita yang sebenar menurut syariat islam.

1. Solat berjemaah. surau dan masjid jadi ramai pada waktu malam. Meriah.
2. Orang suka bersedekah, bagi sana, beri sini..
3. Anak yatim kekenyangan dek kerana pelbagai program buat mereka.
4. Bangun awal pagi untuk bersahur. Sebelum bersahur tu solat sunat dulu walaupun tidur lewat juga.
5. Quran dibaca pantang ada peluang
6. Jaga pandangan mata, lidah, telinga

Nampak tak kat sini, orang yang sama pada bulan2 lain dia tak mampu buat semua ni, tapi bila tiba ramadhan dia mampu buat?
Nampak tak??

Jadi Allah nak tunjukkan kepada kita bahawa kita boleh buat amal kebaikan seperti bulan ramadhan juga dalam bulan2 lain. Tak da alasan. Sebab kita berjaya praktikal selama 1 bulan!

Sebab itu ulama menamakan ramadhan sebagai bulan tarbiyah. Kerana itulah jadual kehidupan standard muslim yang perlu diikuti.

Berbahagialah orang yang reschedule balik jadual kehidupan dia mengikut ramadhan.

Rugilah orang yang membiarkan jadualnya kekal tersasar.

“Ayuh reschedule”