Beg lucci isteriku

Akhir2 ni isteriku akan bawa 2 beg.. satu bonia satu lagi lucci. Yup lucci, bukannya gucci. Isteri ak yang bgi nama beg tu.

Nak tahu napa? Sebabnya akhir2 ni dia asyik rasa loya dan nak muntah ( ada petanda) hehe. So, ak belikan beg plastik hitam tangkai untuk dia ludah dn muntah di mana saja dia berada.

Ludah + ‘Gucci’ (beg plastik hitam) = Lucci hehe

Sian dia badan dan susut sikit. Be strong syag.

Its ok its All rights, 
Dont worry
Fight2!!!

image

Bas Jengka liner~ recommended

image

Assalamualaikum dan salam satu malaysia.

Lama juga aku menyepi. Belum mati lagi. Cuma sibuk menguruskan hal lain sampai terlupa nak godek2 blog.

Ok berbalik kepada tajuk aku. Yup, kalau ada pilihan nak naik bas mana, aku cadangkan jengka liner. Sebab dia on time. Kalau janji jam 930 mlm, 930 la dia akan smpai dan jalan. Ini berdasarkan pengalaman aku, dok berulang alik dari bentong ke sungai petani.

Part yang paling menyampah ialah tunggu bas lama giler. Bukan minit2 lambat tapi berjam2 lambatnya. Style mat tiket pulak, ckap bas jam 830, padahal bas tu konfom2 930 or 1030. Bila tanya kata jem la, ada hal la. Nak marah duit dh bayar. Sabo je la walaupun bengkek jer.

Ok back to jengka liner, Keduanya penjaga kaunter siap amik nombor telepon lagi, kalau terlambat sikit ja dia akan call kita (pengalaman aku juga hehe).

Cuma basnya xda la single seat. Semua double seat.

P/s : aku xda share apa2 dalam kompeni jengka liner. Just kongsi de best choice. Hehe. Keep it up jengka liner

Cara Melembutkan Najis Yang Keras

Tulisan kali ini berkaitan sembelit

Ada sesiapa yang tak tahu tentang sembelit? Kalau ada yang angkat tangan, satu soalan je aku nak tanya:   Er, awak dari planet mana ye?  Hehe gurau je ye.

Sembelit juga disebut sebagai constipation. Terjadi apabila najis menjadi keras dan susah sangat nak ‘membuang’. Kadangkala ia boleh menyebabkan pendarahan disebabkan usus terluka. Jika dibiarkan tanpa rawatan ia boleh menyumbang kepada buasir. Aku bukan pakar sangat. itu sajalah yang dapat aku nak kongsi tentang maksud sembelit.

Menurut kawan baik aku (syazwan amir) sembelit disebabkan oleh kurang minum air, kurang makan serat dan buah-buahan, banyak makan pedas, kurang bersukan, dan banyak lagi. Boleh google je sendiri nak lagi lanjut

Banyak ubat yang boleh mengatasi masalah sembelit. Dekat farmasi memang banyak. Jangan malu2 nak mintak. Ada yang jenis pil dan jenis cecair (syrup). Tapi ingat, ubat-ubat ini adalah bahan kimia. Kita tahu apa kesan sampingan pada diri kita. Aku tak syorkan sangat.

Kat sini ak nak berkongsi tentang satu ubat yang sangat mujarab dari alam semulajadi untuk merawat sembelit. Iaitulah buah oren. Serius sangat baik. Aku kadangkala jika tak jaga pemakanan akan kena. Jadi selepas aku amalkan buah oren. Tak ada masalah lagi.

image

Caranya :
1 biji oren  3 kali sehari ( banyak lagi baik)
1 biji yang terakhir makanlah sebelum tidur malam. Insyaallah esok pagi membuang dengan muka yang senyum.

Kesan sampingan sudah pasti tidak ada sebab ia semulajadi. Tambahan oren kaya dengan pelbagai jenis zat. Baca ni untuk maklumat lanjut
http://insanidaily.wordpress.com/category/khasiat-buah-oren/

Aku sebenarnya tidak suka buah yang masam termasuklah oren. Tetapi memandangkan ia baik untuk kesihatan. Aku paksakan diri aku untuk menyukainya. Akhirnya semakin kenal semakin sayang. Setiap minggu aku akan beli 2 bakul (dalam 15-20 biji) untuk menikmatinya.

Selamat mencuba.

Unlock Student Potential

Bagi guru kaunseling, mungkin anda sudah boleh agak apa yang dimaksudkan oleh aku. Ya, ia berkaitan dengan program guru penyayang fasa kedua yang diberi nama unlock student potential atau menyerlahkan potensi pelajar yang belum menjadi (xsure huraian maksud dia.. tapi lebih kurang gini la)

Kalau yang masih ingat fasa pertama ialah berkaitan dengan menyambut pelajar di depan pintu pagar sekolah dan program mentor mentee. Fasa pertama masih lagi berjalan dan akan disusuli fasa yang kedua ini pula.

Guru bimbingan dan kaunseling ada tugas yang agak mencabar. Bukan sekadar menjadi penggerak kepada program tersebut tetapi menjadi jurulatih yang akan melatih para guru mengaplikasikan pendekatan humanistik semasa melaksanakan program guru penyayang tersebut.

Apa2 pun sebagai penjawat awam “Yang menurut perintah”.  Asalkan benda itu baik dan tidak bercanggah dengan islam.

Ak nak share gambar ni. Thanks to Nadia Sabri atas perkongsian gambar2 yang unik ni. Ia Mungkin boleh menggambarkan unlock student potential.

image

Gambar 1 : Sebelum

image

Gambar 2 : selepas

Gambar yang akhir boleh digambarkan sebagai pontensi pelajar yang telah di unlock-kan sehingga menghasilkan sesuatu yang sangat menarik, dan owesome!.

Macam tulah student kita. Ada potensi masing2. Tugas guru mengutip, mengenalpasti dan mencorakkan mereka agar jadi hebat!!

P/s :  sebagai guru aku rasa kita percaya setiap pelajar ada potensi. Cuma kita tak cukup sabar. Betul tak? ( sambil berfikir)

Merancang perancangan

image

Sedar tak sedar dah berada di fasa terakhir untuk tahun 2013. Dah ad orang yang telah rancang macam2 untuk tahun hadapan. Ada yang dah rancang untuk berkahwin…lagi satu (gurau). Nak pi umrah. Nak beli rumah. Nak itu.. nak ini.. dan bermacam lagi.

Tak apalah. Tak salah merancang. Segala benda yang jadi bermula dengan perancangan. Kecuali nak membuang a.k.a berak. Tapi jangan terkejut. Ada juga orang yang memang dah set time untuk dia membuang pukul berapa setiap hari. Itulah manusia. Tak ada benda yang mustahil

Rancang sebaik mungkin. Perhalusi satu persatu setiap agenda yang dirancangkan. Jangan ambil mudah. Takut masa melaksanakan ia semakin payah.

Sediakan back up plan atau plan B untuk setiap perancangan. Takut2 tak menjadi. Terus kuciwa dan hampa. Jangan!! Kita yang merancang. Kita yang aturkan. Kenapa kita nak kecewa?? Tukar plan. Tukarkan ia agar jadi hebat juga!

Satu sahaja pesanan. Jangan terlalu rigid dengan apa yang telah kita rancangkan. Jadilah orang yang fleksible. Antara salah satu pemikiran yang tidak rasional oleh Elbert Ellis ialah “sesuatu itu mesti terjadi seperti yang telah aku rancagkan” bahaya begini!

P/s : aku merancang untuk keluar dari kelab bujang tahun depan. Hehe aminn..

Poligami : satu pandagan peribadi

image

Mungkin kiriman aku pada kali ini kelihatan seperti menyokong atau membela kaum hawa (especially yang dah bersuami). Dan mungkin juga akan dihentam oleh si suami yang bercadang untuk berkahwin lagi. Tapi apa-apa pun jangan prejudis dulu. Aku sekadar memberikan pendapat.

Apa itu poligami?
Ya betul, berkahwin lebih dari satu ( tidak lebih dari 4). Islam membenarkan poligami dengan syarat2 yang tertentu. Agama lain tak ada aku rasa.

Bagi aku Islam membenarkan poligami bukan atas  dasar HAWA NAFSU sebaliknya lebih kepada konsep MEMBANTU. Membantu yang bagaimana?

1) apabila wanita itu sudah berusia, masih tiada suami untuk berkasih sayang.

2)  apabila janda yang kematian suami. Masih ada tanggungan anak-anak atau memerlukan perlindungan dari lelaki.

Ini ialah MEMBANTU! Sebab itu dalam sejarah hidup Nabi S.A.W. Baginda berpoligami yang  kebanyakkanya adalah janda yang suaminya telah syahid dimedan perang. Maka poligami itu untuk membantu wanita tersebut.

Bezakan dengan konsep poligami ini :

1) berusaha keras memikat gadis yang lebih muda dengan pelbagai cara termasuk ilmu hitam. Walaupun gadis tersebut sudah ada pilihan hatinya sendiri (sudah ada calon suami)

2) janda tak mahu. Nak yang anak dara sahaja.

3) sanggup tipu isteri. Lebih dasyat sanggup bercerai dengan isteri kerana nak ingin menurut kehendak hati.

4) sanggup menghabiskan masa, tenaga, wang ringgit semata-mata untuk mendapat cinta gadis yang lebih muda. Sedangkan masa, tenaga, wang ringgit lebih diredhai/ diberkati apabila bersama isteri dan anak sendiri.

5) sanggup merosakkan rumah tangga orang lain. Merampas isteri orang. Nauzubillah.

Ini adalah poligami berkonsepkan HAWA NAFSU!

Aku tidak menentang poligami. Ia sunnah. Tapi aku menetang mereka yang menyalahgunakan sunnah untuk mengikut hawa nafsu sahaja. Islam tak suruh kita berpoligami sampai memudaratkan yang lain. Poligami untuk membantu,memudahkan, dan menyelamatkan. Jika seseorang gadis, wanita tak mahu bantuan kita, kenapa kita nak paksa? Janganlah ikutkan nafsu.

Ustazku selalu berpesan : ” fazil, pengkut hawa nafsu, tiada tempat di syurga”..

GPS Hidup

sumber : internet

hidup ni kadang-kadang penuh dengan penyesalan. penyesalan sebab kita tidak ikut panduan agama. korang setuju ke tidak?

sebenarnya agama telah menetapkan GPS hidup yang sudah cukup jelas kepada kita. tapi kita dengan sedar (consiences) menolak GPS tersebut. 

islam kata : jauhi dosa… jaga maruah diri…
kita kata : tak pe muda lagi, sempat lagi bertaubat.
bila dah dewasa : rasa jahatnya diri, hinanya diri disebabkan dosa yang lalu…buat itu tak kena, buat ini tak kena…

islam kata : cari akhirat dulu, dunia kan datang kepada kamu…
kita kata : eh, dunia la dulu, penting untuk kerjaya masa depan.
bila dan besar : solat jenazah tak reti, hafaz quran tak boleh,.. nak jadi imam pun msalah, nak buat tahlil kat arwah mak/ayah pun terhegeh2.. nak didik anak pon tak reti… 

itulah kita, aku, kau, hang, mu, dema…. ‘gps’ yang paling terbaik didunia dan akhirat ada dibuang. kita pandu jalan sendiri. bila dah sesat baru nak mencari GPS sejati. 

tapi, jangan pernah kita lupa : sabda nabi “andai esok kiamat dan ada benih di tangan, tanam lah dahulu” maknanya jangan rungsing jika dah terlewat. guna kan masa yang ada sebaiknya (bertaubat) dan kembali ke pangkal jalan. 

P/s : masih belum terlambat selagi nyawa dikandung oleh badan. Jom koreksi diri. Bertaubatlah selalu!!

aku dan inovasi

Sentap, idea yang pernah aku fikirkan 13 tahun dulu telah dihasil tahun 2013 ni. Tapi sayangnya bukan aku yang terjemahkan idea tersebut, tapi orang lain. Apakah itu? jeng..jeng...collar fashion yang hangat diperkatakan sekarng ini. Malah telah mencomelkan ramai gadis korea yang memang comel itu. hehe

Imej

Imej

IDEA AKU
tahukah kalian semua yang aku 13 tahun dulu pernah memikirkan untuk membuat kolar tiruan?. Betul aku tak tipu. Idea ni datang sebab aku menyertai satu kursus kepimpinan. Bila sebut kursus confirm-lah baju berkolar menjadi agenda wajib taklimat komanden kem. Nak dijadikan cerita, baju yang aku bawa berkolar tak cukup sampai ke akhir kem. Yang dah dipakai berbau, yang dijemur tak sempat nak kering… pada saat genting itulah ak terfikir, alangkah bangusnya kalau ada kolar palsu. Nak datang kursus bawa t-shirt biasa sahaja, pasang ja kolar tu, dah boleh pakai.

aku hanya terfikir,sebab nak menyelesaikan masalah  pada waktu tu, bukan sebagai fesyen. tapi sekarang dah jadi fesyen. tak pasti sama ada ia dihasilkan berdasarkan masalah atau sekadar mencuba sesatu kelainan.

NAK SAMAN KE?

Biasanya bila idea kita dicedok orang, kita berhak menyamanya. Tapi kena  lalui prosedur mempatenkan inovasi kita itu terlebih dahulu. Maknanya dalam kes ini, memang tak dapat nak saman la. sebab aku tak pernah pon menterjemahkan idea aku dalam bentuk benda. Sebaliknya hanya di alam idea. kalau aku buang tebiat nak saman, memang bakal kena saman balik la aku. hahaha. Elak kemudaratan lebih baik dari mengambil kebaikan (usul fiqh).

akan datang, kalau aku ada idea, aku akan buat hitam putih dan gazetkan sebagai hak aku. supaya aku boleh claim itu idea aku. korang pun diluar sana yang ada idea. terjemahkan saja. mungkin dalam tulisan dulu. sekurangnya orang tahu daripada ko sorang ja tahu.

TAK ADA YANG MUSTAHIL

Pada waktu tu ak rasa idea ni macam mustahil. bagi aku, kalau ada pon aku yang buat dan aku pakai sendiri. Maksudnya tidak akan menjadi kegilaan orang ramai. Bila dah jadi satu fesyen sekarng, baru ak sedar tak ada benda yang mustahil pun kita lakukan. Nothing possible!!

BIARLAH AKU TERSENYUM SENDIRI

aku terseyum dan sedikit bangga dengan idea aku. walaupun hanya idea. dan tak dapat apa2 keuntungan pon. hanya rasa seronok sebab aku pernag memikirnya suatu masa dahulu yang prerka fesyen tak pernah terfikir pun (kalau dia dah terfikir mesti dah buat kan waktu tu :-).. sekadar berkongsi dan share rasa dihati..

p/s : nak memikirkan untuk 13 tahun akan datang. hehe

Meteor dan Tahi Bintang

Imej

Imej

15 Februari 2013, seluruh dunia digemparkan dengan jatuhnya sebuah meteor di Bandar Chelyabinsk,  Russia. hampir 1000 orang cedera kesan dari serpihan kaca dan bangunan akibat hentaman meteor tersebut.

TAK PERCAYA

aku sebenarnya agak prejudis dengan berita dari barat. Almaklumlah sebelum ini macam-macam berita palsu yang direka oleh media berita barat untuk menyampaikan ideologi mereka. nak bagi contoh ke? rasanya korang semua lagi arif dari aku. contohnya peristiwa 9/11, dunia nak kiamat 2012, islam pengganas, dan bermacam lagi putar belit berita. akhirnya kebenaran akan terbongkar jua. hari ni semua orang tahu 9/11 propaganda.

NAIK KE BULAN

cerita naik ke bulan oleh tokoh terkenal Neil Amstrong dan Buzz Aldrin pada 20 Julai 1969 masih lagi menjadi persoalan dan pertikaian sesetegah pihak tentang kesahihanya. ada yang kata hanya lakonan di padang pasir demi menunjukkan kehebatan Amerika sebagai kuasa besar. Ya lah, klu dilihat pada gambar yang diambil pon masih boleh diragukan. “Jika tahun 1969 sudah boleh naik ke bulan, kenapa tahun 2013 tak naik lagi ye? kalau nak dibandingkan teknologi, skarng lagi hebat? ” antara persoalan yang bermain difikiran. 

itulah dalam konteks meteor jatuh di Russian pun aku mengambil sikap berjaga-jaga agar tidak cepat melatah. selepas beberapa video amatur di muat naik di Youtube, aku sedikit percaya.

APA BEZA METEOR DAN TAHI BINTANG?

sapa tahu jawapanya? jawapanya ialah tiada beza. benda yang sama, mat saleh sebut meteor mat melayu sebut tahi bintang. Mungkin sebab jatuh dari langit yang biasa menjadi tempat bintang bertaburan. Kecil-kecil dulu aku suka sangat dengan cerita XX Ray i dan ii arahan Aziz M Osman sebab ia berkait dengan tahi bintang yang kononya ada kuasa.

PERNAH NAMPAK TAHI BINTANG

sapa pernah nampak tahi bintang jatuh? ak pernah nampak!! 2 kali,. 1 masa dekat kem PLKN, 2005. dan satu lagi masa waktu subuh tahun 2011 (tarikh tak ingat). menariknya kedua-dua ni berlaku pada awal pagi 5.00 – 6..30 pagi. Jadi sapa yang nak tengok, kena bangun awal sikit la.

kalau ikut budaya luar(bukan islam) lepas tengok tahi bintang kena cepat2 buat hajat. kononya hajat akan dimakbulkan. Islam melarang perbuatan itu sebab ia dikira sebagai syirik. Jadi jangan la pandai2 nak meniru budaya luar yang bukan2 tu.

timbul persoalan? masa meteor jatuh di bandar Chelyabinsk, Russia tu, ada  tak orang ramai kat situ yang senyum sambil mintak hajat?

SEKIAN… 🙂

P/S : tahi yang boleh makan… tahi minyak… tahi itik (kuih dari kelantan) 

Main Nombor

errr, aki bukan kaki bukan nombor ekor ye. baca dulu baru tahu nombor apa. hehe. Biasalah aku, tajuk mesti mau kasi gempak sikit. hihi

pernah tak korang terfikir tentang nombor yang signifikan pada korang? ala kira macam no feveret (favourite) la. mesti ada kan?..

macam aku bagi yang bawah dari 10 aku suka nombor 7. mestila sebab bulan kelahiran ku. Tapi bagi yang atas dari 10 pula, aku suka nombor 25. nak tahu kenapa? bacalah dulu… 🙂

  1. sebab aku lahir 25 hb julai
  2. sebab umur aku sekarang 25 (2012)
  3. sebab aku start kerja tetap umur 25
  4. sebab aku beli kereta buat pertama kalinya umur 25
  5. sebab gaji goverment biasanya 25hb setiap bulan (kecuali ada perayaan tertentu)
  6. sebab 2+5 = 7.. (bulan kelahiran aku)
  7. part sedih …sebab aku putus cinta umur 25.. apa nak buat, tak ada jodoh. (sob..sob.)
  8. sebab aku lahir pada tahun 1987. apa kaitanya? cer tambah 1+9+8+7 =?..

setakat ini itu sahajalah yang terlintas difikiranku berkaitan dengan nombor kegemaran ku ni. bila ada nanti aku kongsi lagi.

tahun 2012 dah nak habis. 2013 bakal diharungi. umur pun dan mencecah 26. ustaz kata, umur kita bukan semakin panjang, tetapi semakin pendek. ye lah, andai ditakdirkan kita mati pada umur 27, maksudnya lagi setahun la nak hidup. tak ke pendek namanya tu.

apa-apa pun, tahun baru.. azam baru.. tekad baru. semoga tahun 2013 lebih baik dari 2012 yo..

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG KU..:-)

P/S : tahun baru sebenar2nya 1 muharam nu.. sebab buku amalan baru akan dibuka. Ini lagi penting sebab nak mati oooo.. huhu