Archive for the ‘DIARIKU’ Category

SELAMAT ULANG TAHUN CINTA

Posted: Februari 15, 2015 in DIARIKU
image

Akad nikah

Isteriku,
Sudah tertulis di luh mahfuz
Kau dan aku akan bersatu
15 Februari 2014,  hari sabtu
Di masjid seberang jaya
Akad ku susun 1 persatu
Tanda pemisah haram dan restu

image

Isteriku,
Cepat sungguh masa berlalu,
Secepat cinta kita,
Kenal tak lah lama, bertunag, dan kahwin
Syukur pada yang Esa, memudahkan segala
Tanpa kita duga

image

Isteriku
Onak dan duri kita tempuh
Pahit dan manis kita bancuh
Asam dan garam kita buat doh
Semoga kita tabah merempuh.

image

Isteriku,
Setahun dah ada hadiah, Alhamdulillah
Rasanya anak kita dah tak sabar tengok dunia
Tendang sana, siku sini perut mama dia
Mungkin tak dapat abg rasa moment tu setiap hari
Tapi Video yang  dihantar, cukup buat air mata ini mengalir
Semoga soleh, baik, bijak dn tabah macam mama dan babah

image

Isteriku
Terima kasih dari hati
Atas segala budi baik dan cinta yang diberi
Atas pengorbanan, atas kefahaman..
Maafkan abg jika belum sempurna
Maafkan abg jika terkasar bahasa dn bicara
Abg kan ubah

Isteriku
Jauh impian abg denganmu
Hingga jannah tetap bersatu
Jadilah permaisuri dihati ku

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN
15.2.2015
NADIA SABRI DAN FAZIL YAHAYA

Advertisements

sesekali macam artis

Posted: Julai 4, 2012 in DIARIKU

hehe aku mulakan dengan ketawa sendiri. kecil sahaja bukan ketawa besar. perkara yang tak pernah bermain difkiran tiba-tiba sahaja berlaku. dah tersenyum tu confirm la yang baik kan. Yang tak baik tentunya menangis.

“cikgu penulis blog tu kan?” seorang waris kepada pelajar bertanya kepada aku. “er, ya saya’. nadaku segan bercampur bangga. Ini cerita pada hari pendaftaran pelajar baharu SMAP Bentong 15 Jun yang lalu.

“Cikgu ada blog ye… saya dah baca blog cikgu” kata seorang orang pelajar

“Mak saya baca blog cikgu la” kata seorang lagi

“antara dua” sekumpulan pelajar menyebut tajuk entri blogku sambil tersenyum melintas dihadapanku.

rasa macam artis! mereka mengenaliku dan aku tidak pun mengenali mereka.(sebelum menjadi pelajar SMAP Bentong)

aku tidak menyangka tulisan Antara Dua aku begitu mencuri banyak perhatian kepada para pelajar dan ibu bapa yang ingin mengetahui dengan lebih dalam tentang SMAP Bentong. Al-Maklumlah sekolah baharu. Maaf sangat kerana tidak dapat memberikan maklumat yang banyak. kerana aku pun guru yang baharu dekat situ.

terfikir juga kekadang, sangat hebat budak-budak sekarang. Internet, blog, itu satu benda yang biasa bagi mereka. aku dulu apa pun tak tahu. sebelum masuk sekolah tak ada pun rakan yang seangkatan dengan aku mencari maklumat tentang sekolah di internet. waktu tu, internet belum jenuh lagi. tidak seperti sekarang.

oklah, dikesempatan ini, nak ucap selamat datang dan selamat berjuang kepada permata-permata SMAP Bentong generasi pertama. kehadiran putera puteri ini menceriakan suasana. Jujurnya anda semua hebat! cikgu kagum dengan bakat dan kepintaran kamu. teruskan usaha. sama-sama kita angkat martabat SMAP Bentong ke persada duni.

sekian dulu.

Antara Dua

Posted: Jun 1, 2012 in DIARIKU

Ada yang mula membeliakan mata, melebarkan telinga saat membaca tajuk entri aku kali ini. Bunyinya agak dramatik dan penuh dengan gosip. Harap Nas Ahmad jangan menerjah aku untuk melariskan melodi. hehe

Aku ingin bercakap soal membuat pilihan

Baru-baru ini, aku mendapat dua tawaran pekerjaan yang memang aku nantikan. Pertama aku mendapat tawaran sebagai kaunselor di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang bertempat di Parit, Perak (Akan beroperasi 11 Jun 2012). Aku juga turut mendapat tawaran sebagai kaunselor di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (akan beroperasi 15 Jun 2012). Ya, keduanya kerjaya sebagai seorang guru.

Maka dalam kes ini, aku ada dua pilihan dan aku dikehendaki memilih satu sahaja. Sangat tertekan dan berserabut. Tertekan kerana takut yang dipilih oleh aku itu adalah pilihan yang salah dan aku akan menyesal sepanjang hayat aku. itulah yang bermain difikiran ku.

1)Meninjau suasana

Apa yang aku lakukan ialah meninjau suasana. Untungnya aku ialah kerana MRSM dikehendaki melaporkan diri pada 13hb Mei 2012 manakala SMAP Bentong pada 23 Mei 2012. Jadi ada jarak masa untuk aku membuat pilihan. Dipendekan cerita aku telah melaporkan diri sebagai staf MARA dahulu. Aku ingin meninjau suasana dan kesesuaian aku dengan MARA. Pada mulanya rasa macam ok. Tetapi lama-kelamaan pendirian makin digugat. Lantas pada 25 Mei 2012 (selepas memohon penangguhan lapor diri) aku pergi ke SMAP Bentong untuk meninjau pula.

2) Mengumpul maklumat

aku cuba mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh. Maklumat ini sangat penting untuk mengukuhkan pendirian atas pilihan yang telah aku buat. Antara aku lakukan ialah berbincang dengan kaunselor MRSM, bertanya kepada guru-guru lama yang berpengalaman. Bertanya kepada kaunselor sekolah lamaku. bertanya dengan kaunselor yang pernah mengajar di sekolah SMAP dan bertanya kepada guru-guru yang pernah menghadapi dilema. Ternyata semua menyarankan aku agar memilih mara.

3) memohon petunjuk dari Allah.

Ini yang paling penting. Aku berdoa kepada Allah agar memberikan ilham kepadaku agar memilih yang terbaik. Istikarah juga dibuat. Pilihan ini bukan untuk sehari dua. Tapi untuk sepanjang hidup aku. inilah karier aku.

4) membuat pilihan.

setelah maklumat aku dapat. aku bercakap kepada diri aku. “manakah yang hang selesa dan seronok bekerja?” Hatiku macam memberikan isyarat sesuatu. Jawapanya sudah ku temui.

Pilihanku

aku memilih untuk berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SMAP Bentong). Ketenangan hatiku ada disana. Satu perasaan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata. I’allah aku tidak akan menyesal dengan pilihanku. Ibu menyokong apa yang terbaik untuk karierku. Terima kasih ibu. Syukur kepada Allah.

Tamat kontrak

Tanggal 29 Mei 2012 kontrak telah ditamatkan dengan MARA. urusan berjalan dengan baik. Mintak maaf sangat kepada mereka yang rasa kecewa dengan pilihanku. Doakan kemajuanku dimana aku berada.

Oh, Badminton

Posted: Julai 28, 2011 in DIARIKU

Kekadang nak tergelak juga dibuatnya. aku tak pernah terfikir pun nak main badminton. ntah. aku tak tahu kenapa. Tapi dek kerana laman rumah aku sekarang menjadi gelanggang badminton, jadi secara tidak langsungnya ketagihan bermain badminton melanda aku. aku pasrah (ayat tak leh blah)

Ntah ilham dari mana, kawan2 kampungku buka gelanggang. Siap  tebang pokok berdekatan lagi untuk dijadikan tiang net. ala-ala projek gajah putih gitu. hampir setiap malam, tak kurang daripada 10 orang akan datang menunggu giliran untuk beraksi. bermula jam 9.30 hinggalah jam 2 pagi baru mereka beredar. dah macam kutu embun. tapi ni cara yang sihat sedikit. hehe

bayaran? RM1 untuk setiap malam. ini akan digunakan untuk membeli bulu tangkis yang harganya agak mahal.

bagi aku, seronok sangat bermain badminton. kadang-kadang tertanya kenapa aku tak pernah cuba untuk bermain dulu. huhu

disebabkan aku antara mereka yang tidak profesional dalam bermain, aku kena banyak buat kajian tentang tektik dan cara bermain yang betul. habis youtube ak geledah untuk mencari yang berkaitan dengan badminton sahaja. jumpa yang lain pun ada (astagfirullah..)

banyak lagi yang aku tak tahu. pengan raket pun tak kena, gerak langkah kaki lagi la. Tapi tak apa, aku akan berusaha sampai jadi pro. main ala-ala Lin Dan dan Chong Wei.. hehe

Semoga aku berjaya. Doakan aku !!!! (macam nak g akad nikah) hahaha

bye. 🙂

Laporan Latihan Mengajar yang diberikan pensyarah ku baca. Sedikit sahaja komen berbanding 2 seliaanya sebelum ini. Tiba-tiba aku tersenyum,. gembira sangat didada.. bait-bait akhir catatan, penyeliaku menulis…

* Tahniah sebagai seorang guru yang berjaya.*

Ya Allah…

seperti baru semalam rasanya aku berdiri dan mengatakan ” saya nak jadi cikgu” selepas disoal oleh guru semasa aku di darjah satu.

seperti baru semalam jugalah aku memberitahu kepada ibuku… ” Angah dan jadi Cikgu”…

dan Seperti baru semalam sahaja ibuku menitiskan air mata tatkala aku menerima tawaran masuk ke universiti dalam bidang ‘guru’..

Ya Allah…

Segala Puji itu hanya buat Mu. Maha Besar-Mu yang mengaturkan perjalanan hidupku.. Maha Penyayang-Mu yang tidak jemu mendengar rintihan doaku…doa ibuku…

Ya Allah..

Hanya Kau yang aku sembah, hanya Engkaulah aku meminta pertolongan….

P/s : perasaanku.. hanya Allah yang tahu..

Sekadar gambar Hiasan : (Thanks to kaklady.blogspot.com)

Pernah tak korang tengah makan, lepas siap-siap makan nak pi (pergi) bayar, tiba-tiba juruwang (chasier) cakap “dah ada orang bayarkan”?

Pergh… indahnya dunia ini. lagi nikmat daripada orang yang belanja dan kita tahu dari awal memang dia nak belanja kita. Maksudnya supprise tu lagi best. hehe

aku yakin + optimis

mesti ada yang pernah..

dan mesti ada yang sedang ‘gigih’ untuk pernah.

Tapi tak ape, itu rezeki masing masing.

Rezeki untuk aku.

aku pernah.. 2 kali.

KALI PERTAMA :

Tengah makan dekat paradise, Seri Kembangan pada waktu petang dengan seorang temanku. aku minum air je. Terserempak dengan seorang abang super senior merangkap sifuku. Budak debat UPM mesti kenal. hehe.  Lepas tu aku nak pi bayar….. jeng-jeng… (ulang skrip chasier di atas).  terima kasih daun keladi 🙂

KALI KEDUA :

Di Baling Kedah, perutku mula meragam kerana lapar. lalu aku singgah sekejap di kedai makan yang pernah aku makan zaman sekolah dulu. Di pendekkan cerita kerusi dan meja makan tak ada. Semua dah penuh dek kerana orang yang ramai menyerbu kedai itu. Jadi, aku cari punya cari terjumpa seorang Pak Cik yang sedang khusyuk makan sendirian. Dengan penuh sopan santun anak melayu, aku pun mintak izin dan duduk sekali dengan pak cik tu. Syukur Pak cik tu tak kerek.  Maka bersembanglah kami berdua (agak rancak). Selepas tu dia mintak diri dulu dan aku pun ok je la, takkkan nak halang kot. Lepas aku selesai mencekik, aku nak pi bayar…. jeng..jeng… (Ulang Skrip Chasier Macam dia atas tadi)… pergh… nikmat terasa masa tu. Rupanya pak cik tadi dah tolong bayarkan. Lebih menarikanya lauk pauk yang aku ambil masa tu boleh tahan juga banyaknya. Mau RM6-7 ringgit sekali dengan air. Terima kasih daun keladi Pak Cik ye.  Syukur pada Allah.

Jadi, bila muhasabah diri balik, emmm.. semua rezaki itu dari Allah.  Allah yang aturkan segalanya. abang Senior (kisah kali pertama) atau pak cik (kisah kali kedua) hanya sebagai asbab untuk aku memperolehi rezeki itu.  Yang pasti Allah telah aturkan. Semua itu dibawah perancangan Allah.  Allah Maha Besar.

lagi satu nak pesan kepada semua, ada duit lebih sikit tu, jangan kedekut untuk keluarkan ke jalan Allah. infakkan sikit. tak rugi pun. sebab yang kita sedekah itulah duit sebenar-benar kita punya. yang lain belum tentu. kadang-kadang cina kedai tayar moto punye sebab tayar kita pancit.. kadang-kadang peragut punye.. dan sebagainya  lagi

INGATLAH

“Syaitan menjanjikan kamu dengan kepapaan bila bersedekah, Tetapi Allah menjanjikan kamu dengan pelbagai nikmat yang tidak terhingga.”

sekian, itu sahaja

P/s : harap ada yang belanja supprise lagi.. 🙂

Teori dan Praktikal… AKu?

Posted: April 27, 2011 in DIARIKU

“Apa perbezaan antara teori dan praktikal?” Tanya Salman Khai kepadaku. Pertanyaan itu membuatkan aku terdiam seketika. Tak pantas menjawab walaupun jawapanya sudah lama ku cipta dan sedia.

“Kenapa kau tanya aku macam tu?” tanyaku semula kerana soalannya itu agak tiba-tiba.

“Saja la, nak tahu” balasnya selamba tanpa rasa malu apatah lagi bersalah.

“banyak perbezaanya”. cermatku  mengatur kata. ” kebiasaanya teori tak sama dengan praktikalnya. tak lari banyak, sikit je”

“kenapa jadi macam tu sayang?” tanyanya sambil mata berkelip-kelip dan seperti menggoda.

“Kau nak tanya ke nak main-main? kang tak pasal-pasal kakiku dipipimu!” lantang vokal jantanku apabila Salman sudah mula menunjukkan kelakuan berahi kepada kaum sejenisnya.

” Ok-ok saya serius nak tahu”. balasnya kerana terkejut dengan herdikkan aku yang tidak bagi peluang kepada budaya cinta sejenis ini.

“belajar teori seronok, rasa macam senang. Tapi bila berada di tempat kerja, lain pula jadinya. Bagi aku, toeri tidak salah, kita mesti di isi dengan toeri. tak boleh terus praktikal.

” Kenapa?” sampuknya.

” sebab, teori sebagai panduan kepada kita. Umpama cahaya yang akan menyuluh jalan semasa di dalam kegelapan”. Balasku tenang sambil menghirup kopi jantan yang sudah lama terhidang.

” habis tu, apa yang menyebabkan ia berbeza?”  Salman mencelah.

“Yang menyebabkan ia berbeza ialah persekitaran dimana teori itu diamalkan. Sebagai contoh, teori berkaitan pendidikan menganjurkan kaedah perbicangan dalam pembelajaran kerana ia akan menggalakkan pelajar berfikir. Malangnya, jika persekitaran iaitu para pelajar yang malu untuk berbincang atau malas untuk belajar, Maka ia sudah pasti teori ini tidak dapat diamalkan. bukan bermaksud teori itu salah, tetapi persekitaran yang menghalang ia untuk berfungsi dengan baik”.

“ohh… gitu ke” balasnya tanda faham benar dengan penjelasanku. ” Jadi nak buat macam mana tu?”. Tambahnya lagi.

“Sebagai seorang yang pengamal teori, jangan la terlalu rigid dengan sesuatu teori itu. cuba sesuaikan dengan keadaan persekitaran. Kena gunakan kebijaksanaan yang ada sebagai seorang yang profesional.” Balasku padat dan tepat.

“Ok, saya dah faham, terima kasih tau bagi maklumat macam ni. tapi satu je saya nak cakap… ” kata-katanya terhenti.

“apa dia, ceciter..” tanyaku ingin tahu.

“Lepaskanlah tangan saya ni oi..!!! perlu ke nak paksa-paksa orang dengar falsafah awak tu..!!! ” jeritnya sekuat hati.