Archive for the ‘BERFIKIR SEJENAK’ Category

Artikel ini ditulis pada 17hb syawal 1437H.

Ramadhan : Reschedule kehidupan

Sudah 17 hari ramadhan berlalu pergi. Tapi masih tercalit rasa ralat dihati. Ralat kerana tidak betul-betul memanfaat bulan yang mulia itu. Bertambah ralat bilamana aku tak pasti sama ada dapat berjumpa lagi atau tidak dengan ramadhan pada tahun hadapan.

Reschedule bermaksud penjadualan semula.
Bagi aku, ramadhan adalah bulan reschedule kehidupan kita yang kadang2 tersasar jadualnya selama 11 bulan.

Tersasar macam mana tu?
Yela, tersasar la bila sibuk kejar dunia, solat jemaah tinggal, quran tak baca, jarang bersedekah dan bersilaturahim.

Apa yang ramadhan dah buat?
ramadhan telah reschedule semula kehidupan kita yang sebenar menurut syariat islam.

1. Solat berjemaah. surau dan masjid jadi ramai pada waktu malam. Meriah.
2. Orang suka bersedekah, bagi sana, beri sini..
3. Anak yatim kekenyangan dek kerana pelbagai program buat mereka.
4. Bangun awal pagi untuk bersahur. Sebelum bersahur tu solat sunat dulu walaupun tidur lewat juga.
5. Quran dibaca pantang ada peluang
6. Jaga pandangan mata, lidah, telinga

Nampak tak kat sini, orang yang sama pada bulan2 lain dia tak mampu buat semua ni, tapi bila tiba ramadhan dia mampu buat?
Nampak tak??

Jadi Allah nak tunjukkan kepada kita bahawa kita boleh buat amal kebaikan seperti bulan ramadhan juga dalam bulan2 lain. Tak da alasan. Sebab kita berjaya praktikal selama 1 bulan!

Sebab itu ulama menamakan ramadhan sebagai bulan tarbiyah. Kerana itulah jadual kehidupan standard muslim yang perlu diikuti.

Berbahagialah orang yang reschedule balik jadual kehidupan dia mengikut ramadhan.

Rugilah orang yang membiarkan jadualnya kekal tersasar.

“Ayuh reschedule”

Advertisements

Main Nombor

Posted: Disember 31, 2012 in BERFIKIR SEJENAK, Uncategorized

errr, aki bukan kaki bukan nombor ekor ye. baca dulu baru tahu nombor apa. hehe. Biasalah aku, tajuk mesti mau kasi gempak sikit. hihi

pernah tak korang terfikir tentang nombor yang signifikan pada korang? ala kira macam no feveret (favourite) la. mesti ada kan?..

macam aku bagi yang bawah dari 10 aku suka nombor 7. mestila sebab bulan kelahiran ku. Tapi bagi yang atas dari 10 pula, aku suka nombor 25. nak tahu kenapa? bacalah dulu… 🙂

  1. sebab aku lahir 25 hb julai
  2. sebab umur aku sekarang 25 (2012)
  3. sebab aku start kerja tetap umur 25
  4. sebab aku beli kereta buat pertama kalinya umur 25
  5. sebab gaji goverment biasanya 25hb setiap bulan (kecuali ada perayaan tertentu)
  6. sebab 2+5 = 7.. (bulan kelahiran aku)
  7. part sedih …sebab aku putus cinta umur 25.. apa nak buat, tak ada jodoh. (sob..sob.)
  8. sebab aku lahir pada tahun 1987. apa kaitanya? cer tambah 1+9+8+7 =?..

setakat ini itu sahajalah yang terlintas difikiranku berkaitan dengan nombor kegemaran ku ni. bila ada nanti aku kongsi lagi.

tahun 2012 dah nak habis. 2013 bakal diharungi. umur pun dan mencecah 26. ustaz kata, umur kita bukan semakin panjang, tetapi semakin pendek. ye lah, andai ditakdirkan kita mati pada umur 27, maksudnya lagi setahun la nak hidup. tak ke pendek namanya tu.

apa-apa pun, tahun baru.. azam baru.. tekad baru. semoga tahun 2013 lebih baik dari 2012 yo..

SELAMAT TAHUN BARU KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG KU..:-)

P/S : tahun baru sebenar2nya 1 muharam nu.. sebab buku amalan baru akan dibuka. Ini lagi penting sebab nak mati oooo.. huhu

Takrifan Hari Kemenangan

Posted: Ogos 28, 2012 in BERFIKIR SEJENAK

Bila sebut hari kemenagan, ramai yang akan terfikir hari raya aidil fitri. Kerana seringkali akan disebut oleh Khatib ketika khutbah hari raya.

Perasan tak anda semua, sebenarnya, kemenangan ni memberikan banyak erti kepada pelbagai pihak. saksikan:

  1. Kanak-kanak : kemenangan mengumpulkan duit raya siapa paling banyak
  2. Ibu-Ibu : kemenangan menghias rumah siapa paling cantik
  3. Ibu yang suka masa : Kemenangan tatkala dipuji tetamu kerana kesedapan masakan
  4. Peniaga perabut, pakaian, dll : kemenangan dalam mengaut keuntungan sepanjang bulan ramadhan.
  5. Penjawat awam mahupun swasta : kemenangan kerana mendapat cuti agak lama dan pulang ke kampung.
  6. tukang jahit baju : kemenangan menyiapkan jutaan baju yang ditempah
  7. Kaki Ponteng puasa : kemenangan kerana tak perlu puasa lagi
  8. tokey kedai makan : kemenagan keranan dapat buka kedai semula.
  9. Polis : kemenangan sebab tak payah nak tangkap pemonteng puasa lagi.
  10. Syarikat pengangkutan awam : kemenangan kerana permintaan terhadap perkhidmatan mereka meningkat mendadak.

Jadi, pendek kata terdapat pelbagai kemenangan mengikut pendapat individu itu masing-masing. 🙂

PERSOALANYA, ADAKAH INI KEMENANGAN YANG KITA CARI?

Sudah pasti jawapanya tidak. Kemenangan yang dimaksudkan bagi aidil ftri ialah kemenangan membebaskan diri kita dari di cap menjadi ahli neraka. Ramadhan menjanjikan pelbagai rahmat dan fadhilat dan akhirnya kita akan dibebaskan dari azab api neraka. mereka yang menghayati ramadhan pasti akan merasai bahawa nikmatnya kemenangan ini. membebaskan diri kita dri azab yang cukup menakutkan. sebab berpuasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tetapi semua pancaindera. susah tu. Jadi Bila terjaga dengan baik semua + dapat ganjaran dari Allah (dijauhkan azab neraka) inilah KEMENANGAN sebenarnya!

Jom renung-renungkan 🙂

p/s : Jangan menang sorak kampung tergadai. hehe

selamat Berpuasa 6 Hari dibulan Syawal!

Jangan Perasan hebat!

Posted: Julai 12, 2012 in BERFIKIR SEJENAK

sekadar hiasan

Ceritanya begini. Aku ada membela 2 ekor ikan Lampan sebesar tapak tangan. Mestilah dalam akurium kan. Dalam proses membelanya lebih kurang hampir 1  tahun, Satu perasaan datang menyelubungiku.  Aku rasa macam penat. Penat mengendalikan ikan-ikan tersebut. Mana tidaknya, air perlu ditukar selalu, Cermin perlu dibersihkan agar jelas memandang, memberi makan sebanyak 2 kali setiap hari, memastikan kualiti air, memberikan vitamin, dan macam-macam suplement lagi.

Cerita kedua,hobi adik aku memelihara burung. Setiap pagi sebelum dia pergi kerja, dia akan membersihkan sangkar burungnya. Segala tahi burung yang ‘wangi’ akan dibuang.  Air dan dedak diisi didalam bekasnya untuk burung tersebut makan. Setiap pagi itulah rutin hariannya sebelum bergegas ke tempat kerja. Aku perhatikan dia seperti kelam kabut. ada sepagi dia hanya memberikan makanan tanpa membersihkan sangkar.

2 cerita ini membawa 1 maksudnya yang sama, iaitu lemahnya kita sebagai manusia. PERHATIKAN…

Cuba lihat Allah, Dia menjaga segala hidupan dilangit dan dibumi dengan cemerlangnya. Tak perlu pun diberi makan, tak perlu pun membersihkan sangkar atau akurium pada setiap pagi. Maha Besarnya Allah, semua makhluk terjamin dan terjaga dengan cukup hebat sekali. Ikan yang lapar akan mencari sendiri makananya, air mengalir semulajadi penuh vitamin dan oksigen yang cukup. tak perlu pun ditelakkan enjin oksigen dan anti klorine. Ikan yang kecil akan memakan lumut pada batu, ikan yang besar akan memakan ikan yang kecil. Musim mengawan, jantan dan betina bersatu, kayu-kayu buruk djadikan tempat bertelur. lengkap, sempurna aturan dan kejadian Allah. Bukan terjadi untuk sehari dua, tapi sudah berzaman lamanya. Najis ikan akan diuraikan oleh bakteria, tidak menjejaskan langsung kualiti air. Berbanding dalam akurium, lambat dibuang keladaklah jawabnya.

Rasa penat itu bukan bermaksud aku sudah bosan, tapi disebabkan kita tiada upaya menguruskannya sebaik Allah mengaturkan alam ini. Kita tak mampu pun sebenarnya untuk menjadi tuhan. walaupun dulu ada manusia yang mendakwa dirinya tuhan. Jadi, moralnya, kita perlu sedari dan insafi diri dengan kehebatan Allah SWT. Akuilah yang Dia memang Maha Besar dan Maha Berkuasa. Tiada Tuhan Melainkan Dia (Allah). Jangan sombong dan bongkak berjalan di atas muka bumi. Kerana, 2 ekor ikan, dan 2 ekor burung pun sudah tidak mampu kita uruskan dengan teraturnya. Allah Maha Hebat!

p/s : melihat ikan berenang dapat mengurangkan stress.. selamat mencuba hobi baru 🙂

Tipu atau tidak tipu adalah pemilik sang penipu. Kita (aku dan anda semua) tidak akan tahu sama ada kita ditipu atau tidak ditipu. Kita akan tahu yang kita ditipu apabila kita merasai yang kita sedang ditipu. Bukan mudah sebenarnya untuk mengetahui sama ada kita sedang ditipu atau tidak. Ia memakan masa. Kadag-kadang bertahun lamanya baru kita tahu yang kita sedang ditipu.

Kepercayaan kita kepada sang penipu sukar digoyahkan sebenarnya. Walaupun sekalian umat bercakap dan bercerita kepada kita tentang kisah penipuanya terdahulu. Hal ini kerana, sang penipu memang pandai menyembunyikan penipuanya dan kita memang mudah percaya kepada orang. Sehinggalah akhir sekali kita melihat dan merasai sendiri penipuanya. Pada waktu itu, segala kata kebenaranya sudah menjadi satu PENIPUAN. Bahkan ucapan salam darinya juga boleh dianggap penipu.

demikianlah kesan dan bahana penipuan. Bahaya kan menipu? sekali orang ditipu, seumur hidup orang tidak akan percaya kepada kata-kata kita.

Moralnya : jangan lah menipu walau siapapun anda. Baik kerajaan, raja, suami, anak, pekerja dan sebagaiya.

Dalam dunia ini memang semuanya berpasangan. Itulah fitrah dan sunnatullah yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi.  Mari kita lihat:

baik pasanganya jahat

malam pasanganya siang

hidup pasanganya mati

bulan pasanganya matahari

lelaki pasanganya perempuan

KERAJAAN pasangannya PEMBANGKANG

mahasiswa pasanganya mahasiswi

dan banyak lagilah kalau nak disenaraikan. Mahu setahun kerja aku menaip pasal pasangan yang terdapat kat dunia ni sahaja.

Ok, itu mukadimah sahaja. Cerita yang aku nak sampaikan hari ini ialah berkaitan dengan demo oleh mahsiswa  UPSI pada 1 Jan 2012 baru2 ni yang menentang AUKU. dasyat dan hebat.

Dalam hal ini pun ada pihak yang menyokong dan membantah. Pihak kerajaan (Pro BN) akan marah habis habisan. Timbullah perkataan tidak mengenang budi, tidak matang, dihasut pembangkang dan bermacam lagi.

Sebaliknya, bagi pembangkang pula mereka akan menyokong dan menyatakan itu adalah kematangan mahasiswa. Ucapan tahniah dan syabas sudah pasti meniti di bibir mereka dan memenenuhi ruangan kolum akhbar pro mereka (pembangkang).

Jadi apa yang ko nak kata Pajil oi.?

yang aku nak cakap ialah lumrah kehidupanlah ada yang menyokong dan ada yang menentang apa-apa saja perbuatan dalam dunia ni. Oleh sebab itu yang paling penting dalam dunia ni ialah apakah niat dan matlamat yang ingin kita sampaikan. Sebabnya niat yang baik lambat-laun akan terserlah juga kebaikannya. Begitu juga niat yang jahat akan nampak kejahatanya suatu hari nanti.

YANG PENTING NIAT BAIK.

 

Apa komen kepada mahasiswa yang berjuang mengahapuskan AUKU?

Teruskan berjuang andai merasakan itu niat yang terbaik. Jangan campur adukkan niat yang baik dengan permainan parti politik. Sebab akan datang jadi satu masalah yang besar. Andai ada parti politik (biasanya pembangkang) yang menyokong gerakan kamu, ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tetapi jangalah terpancing dengan permainan politik. Jadilah mahasiswa yang bebas.

Bagi yang menentang, abaikanlah. dah memang lumrah dunia. cuma perlu ingat satu sahaja, katakan benar pada yang benar, kata yang salah pada yang salah. Taat biarlah bertempat. Sangat kagum dengan ulasan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz selepas ditanya tentang pembabitan S Ambiga dalam Pesta Merdeka (pesta seks, gay) sedangkan tuan guru pernah menyokong S AMbiga semasa Bersih 2.0. Jawab tuan guru, “benda baik kita sokong, benda jahat janganlah sokong”. Simple thing right! itulah gunanya akal yang Allah bagi. ini tidak, dah benda baik sokong, benda jahat pun sokong juga. taat la konon. jangan jadi orang tak bijak.

 

Apa pendapat tentang AUKU?

pada aku, AUKU tak perlu pun. sejarah menunjukkan perjuangan mahasiswa dahulu (before 1971) bukan atas dasar parti politik tetapi atas dasar kematangan dan kesedaran mahasiswa itu sendiri. menyekat dengan undang-undang memberikan gambaran mahasiswa ini belum matang. anologinya mudah, membuat pagar bagi anak kecil supaya bermain dalam rumah sahaja menunjukkan bahawa anak kecil itu dianggap belum matang. benarkah belum matang? Jawapanya sudah pasti tidak, mahasiswa (20tahun ke atas) sudah cukup untuk membezakan baik dan buruk (matang).

 

Sokong kerajaan itu matang, sokong pembangkang itu tak matang?

ini adalah satu persepsi yang salah, yang benar ialah, sokong mana-mana pun adalah matang asalkan apa yang disokong itu didasari oleh pengetahuan dan kefahaman yang jelas tentang parti yang disokong. saya yakin yang mahasiswa sudah jelas dengan parti yang mereka pilih. sebab itu ada yang pro dan ada yang proksi. Pada saya mahasiswa tidak dilahirkan sebagai pembangkang, tetapi cara didikan kerajaan menjadikan mereka pembangkang.

Menyekat orang yang tidak matang (spt kanak2) adalah betul, tetapi menyekat orang yang matang adalah satu tindakan yang salah. pada aku, biarlah mereka menilai sendiri mana kaca dan mana permata. kerjaan perlu buktikan yang mereka ialah permata. sebab permata akan tetap permata walaupun 10 juta orang mengatakan ia adalah kaca. buktikan Permatamu kerajaan.

 

p/s : ini adalah pendapat peribadi penulis selaku pemerhati

Kaunseling Bukan Tuhan

Posted: September 13, 2011 in BERFIKIR SEJENAK

Sudah lama aku berhasrat untuk menyatakan perkara ini. Iaitu kaunseling bukan tuhan.. yang boleh mengubah manusia dengan sekelip mata. Macam mana Saidina Umar yang benci kepada islam diubah menjadi pencinta islam terhebat. Itu Allah punya kuasa.

Pernah aku kongsi status dalam muka buku (facebook) berbunyi “tak berubah pun budak tu” kata seorang guru pada aku semasa aku praktikal dahulu. Ramai juga yang komen, terutama rakan-rakan kaunseling ku.

Baru-baru ni ada kunjungan dari jiran sebelah rumah aku yang juga merupakan seorang guru (biologi kalu tak silap aku). “budak-budak dok macam tu juga la, lagi teruk ada”. Lebih kurang gitulah bunyinya.

Bekas guru aku masa sekolah dulu juga macam sikit tak suka dengan kaunseling. Katanya kaunseling rehat saja. Makan gaji buta.
——————————————————————————————————————————————
Demikianlah steriotaip yang bakal dihadapi oleh graduan yang mengambil jurusan kaunseling. Jangkaan ‘mereka’ terhadap kaunseling itu umpama tuhan yang boleh mengubah dengan sekelip mata.
Ingin aku tekankan disini bahawa, bukan mudah untuk mengubah seseorang yang bernama manusia.

Bayangkan kalau 15 tahun, 17 tahun melakukan tabiat buruk, mana mungkin dengan 4-5 sesi boleh membuang terus ‘sebatian’ kotor 15 atau 17 tahun itu?

Maksud aku, bila pelajar sudah 15 tahun merokok, mana mungkin dengan 5 sesi kaunseling boleh hentikan tabiat merokok serta merta. Mana mungkin. Tabiat-tabiat lain pun sama. Lainlah Allah yang pilih untuk member hidayah kepadanya. Itu pasti dia akan berhenti serta merta. Sebab Allah maha berkuasa.

Habis kaunseling buat apa? Buang masa la kalau macam tu pergi kaunseling.

Macam-macam kaunseling buat untuk bantu mereka yang bermasalah. Sesi kaunseling mengajak mereka melihat, merenung dan berfikir dalam diri mereka. Tahu kesan tindakan mereka. Kadang-kadang mereka jarang berfikir tentang tindakan meraka. Mereka abaikan perasaan mereka. Mereka hanya pentingkan tindakkan. Jadi kaunseling akan memaksa mereka menyelami perasaan dan kognitif mereka.

Tak cukup dengan itu, pelajar yang bermasalah akan diberikan peluang untuk terlibat dengan sebarang program yang berkaitan dengan masalah mereka. Contoh kes rokok, maka jika ada pegawai polis yang buat ceramah tentang rokok, mereka ini akan diserap masuk. Ini untuk menambahkan ilmu kepada mereka.
Susulan dari semasa ke semasa akan dijalankan.

Itu kaunseling hari ini. Tiada istilah gaji buta. Dulu mungkin Ya, pada masa itu kaunseling baru mula bertapak di sekolah, banyak lagi penambahbaikan perlu dijalankan. Tapi sekarang, segalanya hampir sempurna.

Pengalaman praktikal aku sendiri, tak pernah pun aku pergi sekolah dan duduk saja, pasti ada tugasan yang nak disiapkan. Bengkel, ceramah, kursus dan macam-macam lagi. Kadang-kadang perlu kerja lebih masa mengalahkan kerani dan pengetua.

Masihkah gaji buta?
Tepuk dada, bersihkan hati… agar hasad dicuci.
petunjuk itu milik Allah. Manusia hanya berusah. Kaunseling adalah salah satu usaha. Membantu dengan cara tersendiri.

-sekian-

Penulis
Mohd Fazil Bin Haji Yahaya
Bac. Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling (UPM)