Archive for the ‘AGAMA’ Category

Artikel ini ditulis pada 17hb syawal 1437H.

Ramadhan : Reschedule kehidupan

Sudah 17 hari ramadhan berlalu pergi. Tapi masih tercalit rasa ralat dihati. Ralat kerana tidak betul-betul memanfaat bulan yang mulia itu. Bertambah ralat bilamana aku tak pasti sama ada dapat berjumpa lagi atau tidak dengan ramadhan pada tahun hadapan.

Reschedule bermaksud penjadualan semula.
Bagi aku, ramadhan adalah bulan reschedule kehidupan kita yang kadang2 tersasar jadualnya selama 11 bulan.

Tersasar macam mana tu?
Yela, tersasar la bila sibuk kejar dunia, solat jemaah tinggal, quran tak baca, jarang bersedekah dan bersilaturahim.

Apa yang ramadhan dah buat?
ramadhan telah reschedule semula kehidupan kita yang sebenar menurut syariat islam.

1. Solat berjemaah. surau dan masjid jadi ramai pada waktu malam. Meriah.
2. Orang suka bersedekah, bagi sana, beri sini..
3. Anak yatim kekenyangan dek kerana pelbagai program buat mereka.
4. Bangun awal pagi untuk bersahur. Sebelum bersahur tu solat sunat dulu walaupun tidur lewat juga.
5. Quran dibaca pantang ada peluang
6. Jaga pandangan mata, lidah, telinga

Nampak tak kat sini, orang yang sama pada bulan2 lain dia tak mampu buat semua ni, tapi bila tiba ramadhan dia mampu buat?
Nampak tak??

Jadi Allah nak tunjukkan kepada kita bahawa kita boleh buat amal kebaikan seperti bulan ramadhan juga dalam bulan2 lain. Tak da alasan. Sebab kita berjaya praktikal selama 1 bulan!

Sebab itu ulama menamakan ramadhan sebagai bulan tarbiyah. Kerana itulah jadual kehidupan standard muslim yang perlu diikuti.

Berbahagialah orang yang reschedule balik jadual kehidupan dia mengikut ramadhan.

Rugilah orang yang membiarkan jadualnya kekal tersasar.

“Ayuh reschedule”

Advertisements

Huh, tak makbul pun doa aku!

Posted: Oktober 12, 2011 in AGAMA

Helaian buku “keajaiban Doa” hadiah seorang teman kesayangan ku belek. baris demi baris ku baca dan fahami. sesekali aku mengangguk tanda setuju. sesekali kepalaku menggeleng dan hatiku beristighfar.

“bagus buku ni” pujiku spontan

kadang-kadang kita rasa doa yang kita pinta tak dimakbulkan oleh Allah. kita jadi marah, dan akhirnya menjadikan kita malas untuk berdoa. Tapi pernah tak kita terfikir mengapa doa kita tak dimakbulkan? sedangkan Allah maha Kuasa, Maha Penyayang?

Mari semak sebab doa tak makbul..jeng..jeng.jeng

1. Berdoa dengan tidak bersungguh-sungguh dan mengharap

Kekadang kita berdoa pun tak bersungguh. malas angkat tangan, mata pandang ke lain. Tak hayati apa yang di doakan. Macam mana Allah nak makbul. Sepatutnya mintak dengan penuh mengharap. Tanam keyakinan dalam hati yang Allah akan menunaikan permintaan kita.

Dari Abu Hurairah R.a berkata, Rasulallah S.A.W pernah bersabda ” Berdoalah kepada Allah dengan hati yang sangat yakin bahawa doa tersebut pasti akan dikabulkan. Dan ketahuilah bahawa Allah tidak menerima doa yang datang daripada hati yang lalai”
 
2. Masih bergelumang dengan dosa
Dosa ni tak semestinya dosa yang besar sahaja. dosa yang kecil pun dikira sebagai dosa juga. cuba kita semak balik dosa-dosa yang kita lakukan seharian. Percakapan kita, perlakuan kita, pandangan kita, pergaulan kita banyak menyumbang kepada dosa. Dosa-dosa lah yang melambatkan termakbulnya doa kita.
Yahya Ibn Mu’adz Ar-Razi berkata ” kenapa kamu begitu tidak sabar menunggu jawapan dari sebuah doa. sedangkan kamu sendiri yang telah memperlambatkan datangnya jawapan itu dengan dosa-dosa yang masih tetap engkau lakukan.
Pendek Kata
Nah, jelas lagi terang penghalang kepada doa tidak dimakbulkan. cuba semak dua perkara ini dahulu sebelum menuduh Allah pilih kasih atau sebagainya.
pikiaq-pikiaq la no… ūüôā

“nak tegur… tak nak…. nak tegur… tak nak…., hmmm tak pelah tunggu next time jumpa aku tegur.” bisik hati kecilku selepas berkecamuk melihat gelagat Si Kaki Panjang yang sedang asyik bermain takraw.. walaupun aku amik keputusan untuk tak nak tegur, tapi ia jelas menggambarkan lemahnya imanku..

Budaya HARAM ini semakin mendapat tempat dikalangan anak muda. Ke hulu hilir naik motor dengan berseluar pendek. Selamba saja. No Problem Punyo. Siap bawak awek lagi.. kadang-kadang bawak mak. Korang pon biasa nampak kan cam gini?

“Mana haram, ramaikan orang pakai sekarang, dah jadi budaya dah, parent aku tak cakap pe-pe pun?” ¬†Kata Adam selepas di tegur oleh Aidil (bukan hero nur kasih ye.)

Pala hotak mung..! (3 kali ye) ramai buat bukan bermaksud benda tu halal. Islam tetap Islam. Halalnya jelas, Haramnya pun jelas. Sejak zaman nabi lagi dah kata dedah aurat mana halal… HARAM. kita yang kena ikut islam… bukan islam yang ikut kita.

lagi satu, parent kau tak tegur ke, tegur ke , benda tu adalah SALAH dan BERDOSA.

“dosa kat mana, bukan buat apa-apa pun?” sedikit memberontak

“aku kata benak marah.. gila tak logik pulak. Payah. BERDOSA sebab dedah aurat la. kan aurat lelaki dari pusat hingga lutut. PMR 8 A, benda gini pon tak tau..¬†

Ya la, aku tau tu, tapi sekarang ni aku bukan pakai melepak atau naik motor. Aku pakai sebab nak bersukan, senang sikit ‘beraksi’. balasnya membela diri.

Kau ingat dedah aurat ada rukhsah? macam sembahyang. Mayat pun dijaga auratnya tau. tak kiralah kau bersukan ke, ber apa lagi ke, aurat kena jaga. kan banyak pilihan pakaian sekarang. pakailah seluar fit kat dalam. tutup lutut tu. Jangan jadikan alasan bersukan. ramai je atlit yang hebat-hebat yang jaga aurat. siap lawan lari lagi. ko main apa, bola je… peringkat kampung pun dah tersingkir. ¬†

Allah tak redha perbuatan tu, macam mana nak berjaya. kejayaan itu hak Allah. Allah kan bagi kepada sesiapa yang dia nak.

“aku terikut dengan dunia hari ini sampai lupa Islam yang suci”

“Tak pe masih sempat..”

si kaki panjang

Note : Si kaki panjang ialah mereka yang memakai seluar pendek, so seluarnya pendek kakinya jadi panjang…. ayat ustaz ak msa sekolah dulu.

P/s : niat berdakwah ketika bersukan dengan menutup aurat

Sekarang musim hujan. Asal petang sahaja insyallah (dengan izin Allah) pasti hujan. Paginya terang benderang dengan mentari yang bagai tersenyum menyinari pagi. Segar rasa.

“Alhamdulillah… aku masih lagi hidup dan bernyawa untuk hari yang ke 8395 hari ini.” Ucapku (Kadang-kadang terlupa juga).

Bayangkan, ada je kawan-kawan kita atau mungkin kawan-kawan tak berapa rapat kita yang hari ni tak dapat lagi menikmati keindahan pagi kerana telah pergi mengadap Ilahi. Bersyukurlah jika masih bernyawa. Masih ada kesempatan buat kita.

“Wahhh… dah macam ustaz” Sapa satu suara yang biasa aku dengar¬†dari belakangku. Aku tak menoleh, sekadar senyum sahaja.

“Tak de lah.. ayat biasa je, mana ada dalil-dalil apa pun”. Jawabku sambil¬†tersipu-sipu.

“Bukan kaulah.. gambar¬†sepupu aku ni, kau memang bukan ustaz¬†pun.” Balasnya selamba yang sedang melayari Facebook sepupunya.¬†

“Err…” kataku sambil menolehnya.¬† ūüėõ

Ok, berbalik kepada hujan. Manusia tidak pernah puas, pasti ada sahaja yang merungut disebabkan cuaca hujan begini. “Aduh, hujan pula.. nak buat keja pun susah”¬† ayat biasa kedengaran. Atau lebih dahsyat… “Hari-hari hujan, matila macam ni, nak makan apa”.

Itula manusia, pasti tidak akan pernah puas dengan apa yang diberikan. Kalau tak hujan, minta hujan. Kalau dah hujan pasti minta panas semula. Aku pernah terdengar orang bercerita..

“Manusia, kalau diberikan 2¬†bukit yang penuh dengan¬†emas dan permata, pasti dia akan meminta diberikan¬†gunung yang ketiga.”

Jadi dalam konteks ini, kita kena bersangka baik dengan Allah (baru terbaca artikel tentang ini). Setiap apa yang diberikan pasti ada sebab dan hikmahnya. Kena yakin perkara ini. Inilah namanya beriman kepada Allah. Allah tidak akan buat sesuatu tanpa sebab. Allah tidak akan jadikan sesuatu perkara itu sia-sia. YAKINLAH!.

Jadi, selepas ni kalau hujan, bersyukurlah,.. kalau panas pun bersyukurlah. Allah maha mengetahui dari kita.

SELAMAT BERAMAL

P/S : teringin nak belajar kat Mesir…

islam meletakkan cara dan etika dalam semua aspek kehidupan. begitu juga dalam hal persahabatan. berikut merupakan tatacara  yang digariskan. ini adalah hasil dari kuliah di masjid mardi yang saya ikuti. masih banyak kelemahan dan perincian yang perlu diperincikan, namun ini boleh dijadikan asas yang mudah untuk di amalkan.

  1. jangan mengaibkan sahabat kita dihadapan khalayak ramai. jika nak tegur, ambil masa bercakap secara berhadapan dan berhikmah agar tidak memalukan sahabat kita. cuba ambil kisah saidina abu bakar yang membenarkan kata-kata nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa israk dan mikraj. walaupun sukar diterima akal peristiwa yang berlaku kepada nabi, tetapi sebagai sahabat saidina abu bakar sangat menyokong dan membenarkan kata-kata nabi. tat kala orang lain menganggap nabi sebagai ‘majnun’, abu bakar tetap teguh disisi nabi.
  2. jika sahabat datang kerumah, raikan dengan penuh mesra. jangan buat muka.¬†MAKRUH jika bertanya kepada tetamu “agak-agak bila nak balik ye?”. sampai 3 hari baru boleh bertanya tentang balik. TETAPI pastikan ia berhemah. sebagai contoh ” banyak tempat ke nak pergi ni?”.
  3. kita kena ingat !!! kata nabi, tetamu yang datang kerumah membawa rahmat, mereka keluar dari rumah membawa segala musibah dan bala keluar dari rumah kita. maka rumah kita akan terhidar dari bala. jadi? raikan tetamu sebaiknya kerena mereka penyelamat kita dari musibah.
  4. kalau kita tetamu, mintak izin dahulu sebelum melihat sekeliling rumah. kalau tuan rumah tak bagi, JANGAN PANDAI2!!
  5. berbual dengan sahabat tentang hal yang menyeronokkan. bukan yang mengaibkan dan memalukan. contoh ” macam mana dengan anak hang yang masuk¬†pusat serenti¬†tu, ok tak?” JANGAN BUAT MACAM NI. never… NEVER.. NEVER..¬† kecuali dia yang memulakan cerita itu dahulu.
  6. AKHIR SEKALI… kalau ada kawan yang sakit ziarah dia… berdoa untuknya. contoh doa nabi ” tak mengapa. baiklah tu.. dengan izin Allah”¬† JANGAN merungsingkan dia lagi. contoh ” teruk ni, kawan aku dulu sakit macam ni juga, dalam 5 hari terus arwah” .. ini TARAK GUNA punya kawan. meninggal bukan sebab sakit, tetapi sebab sakit hati nanti.

renungan : dalam islam sangat menekankan etika dalam bersahabat dan bersosial. buktinya dala kitab al-mukadimah ibnu khaldun, bab pertama sudah menceritakan tentang etika bersosial yang dibenarkan dalam islam.

sekian.

Kisah Para Sahabat

Posted: April 24, 2010 in AGAMA, SANTAI-SANTAI

Setelah membaca beberapa kisah dalam satu buku, tergerak hati ini untuk berkongsi denga teman-teman semua. Mudahan kita dapat hayati contoh tauladan yang dikisahkan.

Pertama kisah 2 pemuda yang tidak takut mati demi syahid dijalan Allah. Mereka dari kaum Ansar. Mereka sangat geram kepada Abu Jahal kerana telah banyak menyakiti Nabi. Semasa perang Uhud tak silap, dipendekkan cerita mereka meluru kepada Abu Jahal yang sedang menunggang kuda. Mereka menyerang sampai Abu Jahal jatuh daripada kuda tersebut. Ikramah, anak Abu Jahal yang melihat kejadian tersebut datang membantu ayahnya. Lalu ikramah memotong lengan salah seorang dari pemuda tersebut.

Aduh… bayangkan lengan dipotong. Diceritakan ia tidak terus jatuh sebaliknya masih tergantung dengan kulit. Semangat tidak pernah luntur, lalu lengan yang tergantung itu dipikul di atas bahunya. Tangan sebelah lagi digunakan untuk menyerang abu jahal. Lebih dashyat, dek kerana tangan yang tergantung itu menyusahkan pergerakkanya, lalu pemuda itu memijak dengan kaki dan menyentap kuat2 agar terpisah terus. Subhanallah…

Maka datanglah Abdullah Bin Mas’ud ¬†memberi bantuan. Akhirnya kepala Abu Jahal terpenggal juga dalam peperangan itu.

Inilah nilai keimanan anak muda pada zaman kegemilangan islam. Tak mustahil lah islam diangkat dengan cukup tinggi pada zaman itu. Masih wujudkah pemuda hari ini seperti itu? Mari kita fikirkan bersama. Kalau sembahyang subuh pun selalu kalah dengan syaitan, mana mungkin kita sanggup korbankan lengan untuk berjuang dijalan Allah.

Sekian sekadar berkongsi

Apa-apa pun, Agama No.2….

Posted: November 5, 2009 in AGAMA, BERFIKIR SEJENAK

Agama  no. 2..

Hari ini, kita meletakkan agama sebagai no. 2 dalam aktiviti kehidupan kita… setuju tak?

Cuba renungkan,

hal dunia kita dahulu kan…  kita sanggup pergi meting, sanggup pergi discussion, sanggup pergi study group walaupun azan tengah berkemundang.. betul..? Walhal Allah perintahkan kita supaya sembahyang tepat pada masanya… perintah Allah itu perintah siapa? Kawan kita ? roomate kita?

kehendak siapa yang perlu didahulu kan…? anda jawab.

“tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada ku”

kita telah ditanam, dididik, ditarbiyah, diasuh, dan dicanang dengan mengatakan hanya kerja yang baik sahaja menjamin kehidupan bahagia.. dapat sijil, ijazah,  dapat Phd, hidup akan senang lenang. Adakah kita lupa bahawa rezeki, pekerjaan, makan, minum itu milik Allah SWT. Kebergantungan kita kepada Allah semakin terhakis dengan menampakkan pencapaian menentukan kejayaan.

Memang Benar,

¬†“Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya”

Tapi adakah itu prasyarat untuk kita mendahulukan dunia dari agama..?? cuba¬†bayangkan¬†ada sahaja orang yang pandai, cerdik, kelulusan tinggi¬†tapi¬†tak¬†ada kerja‚Ķ¬† dan ada saja orang rendah akademiknya, tapi ¬†besar pendapatanya, senang hidupnya‚Ķ jadi siapa tentukan itu semua? Tidak lain dan tidak Maha Pemberi Rezeki …Allah SWT.

jadi, dalam apa jua keadaan, dahulukan agama, kerana agama penentu kepada kejayaan dunia dan akhirat.

“jika kamu mencari dunia, akhirat akan menjauhi kamu, tapi jika kamu mencari akhirat…. dunia pasti datang kepada kamu..”

p/s = Agama mesti NO. 1.. !! Allahuakbar