Renovation Rumah : Akhirnya bukan islam yang aku pilih

Tidak terlintas dihati untuk menghina bangsa sendiri, cuma sekadar berkongsi apa rasa sakitnya hati. Penulisan ini tidak merujuk kepada semua melayu, hanya segelintir sahaja yang menyebabkan aku hilang rasa percaya.

Ya, ia berkaitan dengan rumah baharu yang isteriku beli. saja nak tolong bangsa seagama sendiri memandangkan ada sedara aku yang kontraktor buat rumah.

Masalah yang pertama, sebut harga tak reti2 nak bagi. Main aggaran sahaja. “Tak mahal pon, agak2 dalam10k ja, kenapa tanya sebut harga takut tak dapat bayaq ka? Bayar ansur2 pon tak apa” katanya.

Pelik aku. Orang mesin rumput rumah aku pun buat sebut harga baru kerja jalan. Ini tak, main anggar2.

Lepas tu aku push juga nak sebut harga, maka buatlah sebut harga. Grand price untuk dapur + kabinet, tukar tingkap RM6400. Kami terima.  Tapi awas! Kontraktor melayu bermain dengan frasa ‘upah’. Upah maksudnya, upah mereka buat sahaja, barang tuan rumah sendiri beli.

Aku terkena. Duit deposit bagi 3k. siap table top (tanpa bubuh tiles pada dinding) dah minta duit lagi. Aku hairan, “kan dh bagi separuh dari jumlah keseluruhan? Siap semua kerja aku bagi la”.  Kata aku.  Depa kata 3k tu hanya modal beli barang.

Punggah! Sepanjang aku deal, depa tak pernah cakap langsung ttg barang kami kena tanggung.

Barang depa beli tanpa tawar-menawar langsung dengan tokey kedai. Main ambik sahaja. Depa joli duit aku. Barang lebihan berlambak. tiles satu dozen tak berusik pun. Belum masuk yang banyak dibazirkan sebab rosak. Simen 2 guni tak guna pon.

Nasihat aku, kalau nak upah melayu, korang pi beli barang sendiri. Bargain-lah harga barang agar dapat murah. Jangan serah pada mereka. Mereka akan pusing duit anda dengan beli murah, tulis harga resit mahal. Pastu mereka cakap kat anda, duit upah mereka tak cukup sebab barang mahal.

Lepas tu, tambah lagi 1650 untuk kerja sterusnya. Duit  aku serah 27 November 2014. Mereka janji beria, manis mulut untuk siapkan selewat2nya 15 Disember 2014. Tapi hampeh sahaja. Habiskan kredit fon sahaja call untuk kejar mereka buat kerja. Mcam2 alasan yang diberi.

Kenduri di kampung,
kenduri bapa saudara,
urusan tanah pusaka dan bla…bla…

Akhir sekali, aku habaq 24hb Disember 2014 tak siap juga, tamat kontrak dan aku nak duit aku balik. Maka dramalah terjadi.  Terpaksa buat Ugutan repot polis dan sebagainya. Huh! Letih

Lepas tu selesai. Taubat nasuha aku buat dengan melayu. Letih otak memikirkanya.

Mudahnya, aku ambil kontraktor cina, lepas dia ukur, bagi sebut harga, bayar deposit. Lagi 1 minggu gerenti siap dia kata. Puas hati.

Kepada semua kontraktor melayu ini pesanku.

1. Jangan tamak, jangan terima kalau memang jadual korang dah pack. Cakap lah dengan jujur jika tak dapat buat pada masa yang diminta.  Macam kontraktor cina, mereka sangat jujur. Jika boleh buat mereka akan cakap boleh, begitulah sebaliknya.

2. Jadilah orang bertanggungjawab. Jika sub kepada orang lain untuk buat, pergi pantau dan ambil tahu. Itu projek kita. Tuan rumah bayar duit dan deal dengan kita. Jangn main serah bulat2 sahaja. Apa pun tak tahu.

3. Jaga hati pelanggan. Jangan buat lebih kurang. Sebab pelangganlah akan promote anda jika kerja anda bagus. Begitulah sebaliknya.

4. Cakap terus terang apa sahaja perkara, bagi pelanggan jelas. Jangan aggap pelaggan tahu terma yang anda gunakan sperti “upah” dan sebagainaya. Jelas betul2. Tak ada salahnya.

5. Be professional.  Walaupaun anda bukanlah kontarktor skala besar tapi kerja mestilah sistematik. Kontraktor Cina yang aku baru ambil ni cakap buat dapur 3 hari mesti selesai. Baru boleh untung. Ni ambik masa sampai sebulan. Nak untung mai mana.

image

Tak selesai2 walaupun hampir 1 bulan

image

Kerja cincai, pecah sikit2 tu biasa katanya

image

Pecah lagi

image

Ni yang dibuka tapi guna tak habis, ada 2 lagi yang tak terusik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s