Tulisan kali ini berkaitan sembelit
Ada sesiapa yang tak tahu tentang sembelit? Kalau ada yang angkat tangan, satu soalan je aku nak tanya: Er, awak dari planet mana ye? Hehe gurau je ye.
Sembelit juga disebut sebagai constipation. Terjadi apabila najis menjadi keras dan susah sangat nak ‘membuang’. Kadangkala ia boleh menyebabkan pendarahan disebabkan usus terluka. Jika dibiarkan tanpa rawatan ia boleh menyumbang kepada buasir. Aku bukan pakar sangat. itu sajalah yang dapat aku nak kongsi tentang maksud sembelit.
Menurut kawan baik aku (syazwan amir) sembelit disebabkan oleh kurang minum air, kurang makan serat dan buah-buahan, banyak makan pedas, kurang bersukan, dan banyak lagi. Boleh google je sendiri nak lagi lanjut
Banyak ubat yang boleh mengatasi masalah sembelit. Dekat farmasi memang banyak. Jangan malu2 nak mintak. Ada yang jenis pil dan jenis cecair (syrup). Tapi ingat, ubat-ubat ini adalah bahan kimia. Kita tahu apa kesan sampingan pada diri kita. Aku tak syorkan sangat.
Kat sini ak nak berkongsi tentang satu ubat yang sangat mujarab dari alam semulajadi untuk merawat sembelit. Iaitulah buah oren. Serius sangat baik. Aku kadangkala jika tak jaga pemakanan akan kena. Jadi selepas aku amalkan buah oren. Tak ada masalah lagi.
Caranya :
1 biji oren 3 kali sehari ( banyak lagi baik)
1 biji yang terakhir makanlah sebelum tidur malam. Insyaallah esok pagi membuang dengan muka yang senyum.
Kesan sampingan sudah pasti tidak ada sebab ia semulajadi. Tambahan oren kaya dengan pelbagai jenis zat. Baca ni untuk maklumat lanjut
http://insanidaily.wordpress.com/category/khasiat-buah-oren/
Aku sebenarnya tidak suka buah yang masam termasuklah oren. Tetapi memandangkan ia baik untuk kesihatan. Aku paksakan diri aku untuk menyukainya. Akhirnya semakin kenal semakin sayang. Setiap minggu aku akan beli 2 bakul (dalam 15-20 biji) untuk menikmatinya.
Selamat mencuba.