aku dan inovasi

Posted: Februari 26, 2013 in Uncategorized

Sentap, idea yang pernah aku fikirkan 13 tahun dulu telah dihasil tahun 2013 ni. Tapi sayangnya bukan aku yang terjemahkan idea tersebut, tapi orang lain. Apakah itu? jeng..jeng...collar fashion yang hangat diperkatakan sekarng ini. Malah telah mencomelkan ramai gadis korea yang memang comel itu. hehe

Imej

Imej

IDEA AKU
tahukah kalian semua yang aku 13 tahun dulu pernah memikirkan untuk membuat kolar tiruan?. Betul aku tak tipu. Idea ni datang sebab aku menyertai satu kursus kepimpinan. Bila sebut kursus confirm-lah baju berkolar menjadi agenda wajib taklimat komanden kem. Nak dijadikan cerita, baju yang aku bawa berkolar tak cukup sampai ke akhir kem. Yang dah dipakai berbau, yang dijemur tak sempat nak kering… pada saat genting itulah ak terfikir, alangkah bangusnya kalau ada kolar palsu. Nak datang kursus bawa t-shirt biasa sahaja, pasang ja kolar tu, dah boleh pakai.

aku hanya terfikir,sebab nak menyelesaikan masalah  pada waktu tu, bukan sebagai fesyen. tapi sekarang dah jadi fesyen. tak pasti sama ada ia dihasilkan berdasarkan masalah atau sekadar mencuba sesatu kelainan.

NAK SAMAN KE?

Biasanya bila idea kita dicedok orang, kita berhak menyamanya. Tapi kena  lalui prosedur mempatenkan inovasi kita itu terlebih dahulu. Maknanya dalam kes ini, memang tak dapat nak saman la. sebab aku tak pernah pon menterjemahkan idea aku dalam bentuk benda. Sebaliknya hanya di alam idea. kalau aku buang tebiat nak saman, memang bakal kena saman balik la aku. hahaha. Elak kemudaratan lebih baik dari mengambil kebaikan (usul fiqh).

akan datang, kalau aku ada idea, aku akan buat hitam putih dan gazetkan sebagai hak aku. supaya aku boleh claim itu idea aku. korang pun diluar sana yang ada idea. terjemahkan saja. mungkin dalam tulisan dulu. sekurangnya orang tahu daripada ko sorang ja tahu.

TAK ADA YANG MUSTAHIL

Pada waktu tu ak rasa idea ni macam mustahil. bagi aku, kalau ada pon aku yang buat dan aku pakai sendiri. Maksudnya tidak akan menjadi kegilaan orang ramai. Bila dah jadi satu fesyen sekarng, baru ak sedar tak ada benda yang mustahil pun kita lakukan. Nothing possible!!

BIARLAH AKU TERSENYUM SENDIRI

aku terseyum dan sedikit bangga dengan idea aku. walaupun hanya idea. dan tak dapat apa2 keuntungan pon. hanya rasa seronok sebab aku pernag memikirnya suatu masa dahulu yang prerka fesyen tak pernah terfikir pun (kalau dia dah terfikir mesti dah buat kan waktu tu :-).. sekadar berkongsi dan share rasa dihati..

p/s : nak memikirkan untuk 13 tahun akan datang. hehe

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s