kerapkanlah bertaubat

Posted: November 5, 2012 in Uncategorized

jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang suci.. tapi jalan yang penuh dengan duri dan lumpur. terkadang kita cuba mengelak duri di kiri, kaki terdung tunggul kayu. kadangkala kita cuba cermat agar tidak terpijak lumpur, malangnya terpalit lumpur di betis segaris dua. 

itulah kita. sepanjang usia kita. jalan yang kita lalui penuh dengan dosa. kita tidak maksum seperti para nabi yang terpelihara daripada melakukan dosa. Perbuatan nabi hanya berkisar kepaa 3 perkara (wajib, sunat, harus) berbanding kita manusia ada 5 (wajib, sunat, makruh, haram, harus)

janganlah kita merasa diri kita tidak berdosa. setiap detik, setiap saat kita akan terbuat dosa. kadang-kadang kerana lisan. kadang-kadang kerana hati, kadang-kadang kerana mata, kadang-kadang kerana perbuatan dan bermacam kadang-kadang lagi. jika bukan dosa hari ini, dosa semalam, dosa bulan lepas, dosa tahun lepas, dosa dahulu-dahulu.  pendek kata kita tidak sunyi dari melakukan dosa.

namun Allah itu Maha Penyayang. segala dosa akan diampunkan melainkan menduakan-Nya (syirik). itu kata Allah kepada syaitan tatkala syaitan begitu berkobar-kobar ingin merosakkan umat manusia dengan dosa. Yakinlah, Allah akan mengampunkan dosa kita, hari ini, semalam, kelmarin, tahun lepas, dan yang akan datang.. yakinlah..

lazimilah berkata astaghfirullah hal a’zim dengan seikhlas hati sambil mengenagkan dosa yang kita telah lakukan. titik hitam (dosa) pada hati kita juga akan hilang satu persatu.  lazimilah solat taubat mudah-mudahan dosa yang pernah dilakukan dahulu tidak dihisab diakhirat kelak.

bertaubatlah setiap detik dan saat. selagi masih ada kesempatan yang Allah berikan. jika nyawa sudah dihalkum. taubat tidak berguna lagi.

ayuh diriku dan teman semua.. kerapkanlah bertaubat kepada allah. semoga kita dimasukkan kedalam golongan orang yang diterima taubatnya. aminnn

p/s :  nabi yang maksum 100 kali sehari istighfar.. kita bagaimana?..:-)

Advertisements
Komen-komen
  1. siti noor umrah berkata:

    ang mmg meletup dr dulu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s