Operator Pengeluaran…

Posted: Ogos 12, 2012 in Uncategorized

kisah ini berkaitan dengan penyempitan maksud perkataan. aku tak pasti sama ada korang pernah alami ataupun tak. yang pasti aku alami sendiri. kisahnya bermula begini. satu hari aku ada urusan dekat pejabat asrama. masa tu aku baru masuk asrama. tingkatan 1. Kak Shah (penyelia asrama) bertanya kepadaku selepas selesai aku membayar yuran makan asrama berjumlah RM33.00 . 

kak shah : fazil ada berapa orang kakak?

aku : saya ada 3 orang. yang kandung sorang saja. 

kak shah : dah keja? 

aku : sorang dah kawin, sorang tgh belajar.. sorang lagi tengah kerja.

kak shah : kerja apa?

aku : kerja kilang.

kak shah : oooo… operator ke?

aku : (berfikir) err.. tak lah pekerja biasa ja. balasku spontan.

kak shah : operator la tu. sambil tersenyum

aku : (terdiam)

tahu tak apa yang aku fikir bila disoal “operator ke?” oleh kak shah?yang aku sedia maklum operator bermaksud orang yang menjawab panggilan telefon shaja. sebab itu jawapan aku macam tu. selepas terbaca kain rentang iklan jwatan kosong baru aku tahu pekerja kilang pun dipanggil “operater pengeluaran” sempitnya maksud perkataan operator tu bagi aku.

p/s : nasib baik budak-budak lagi.. anda bagaimana?:-)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s