sesekali macam artis

Posted: Julai 4, 2012 in DIARIKU

hehe aku mulakan dengan ketawa sendiri. kecil sahaja bukan ketawa besar. perkara yang tak pernah bermain difkiran tiba-tiba sahaja berlaku. dah tersenyum tu confirm la yang baik kan. Yang tak baik tentunya menangis.

“cikgu penulis blog tu kan?” seorang waris kepada pelajar bertanya kepada aku. “er, ya saya’. nadaku segan bercampur bangga. Ini cerita pada hari pendaftaran pelajar baharu SMAP Bentong 15 Jun yang lalu.

“Cikgu ada blog ye… saya dah baca blog cikgu” kata seorang orang pelajar

“Mak saya baca blog cikgu la” kata seorang lagi

“antara dua” sekumpulan pelajar menyebut tajuk entri blogku sambil tersenyum melintas dihadapanku.

rasa macam artis! mereka mengenaliku dan aku tidak pun mengenali mereka.(sebelum menjadi pelajar SMAP Bentong)

aku tidak menyangka tulisan Antara Dua aku begitu mencuri banyak perhatian kepada para pelajar dan ibu bapa yang ingin mengetahui dengan lebih dalam tentang SMAP Bentong. Al-Maklumlah sekolah baharu. Maaf sangat kerana tidak dapat memberikan maklumat yang banyak. kerana aku pun guru yang baharu dekat situ.

terfikir juga kekadang, sangat hebat budak-budak sekarang. Internet, blog, itu satu benda yang biasa bagi mereka. aku dulu apa pun tak tahu. sebelum masuk sekolah tak ada pun rakan yang seangkatan dengan aku mencari maklumat tentang sekolah di internet. waktu tu, internet belum jenuh lagi. tidak seperti sekarang.

oklah, dikesempatan ini, nak ucap selamat datang dan selamat berjuang kepada permata-permata SMAP Bentong generasi pertama. kehadiran putera puteri ini menceriakan suasana. Jujurnya anda semua hebat! cikgu kagum dengan bakat dan kepintaran kamu. teruskan usaha. sama-sama kita angkat martabat SMAP Bentong ke persada duni.

sekian dulu.

Advertisements
Komen-komen
  1. Fazid berkata:

    Cikgu kenal tak Cikgu Sohana Samlan? Sy bekas pelajar dia masa di SERATAS dulu.. Kirim salam kat dia ye.. Hehe~ 🙂

    fazil yahaya >>> sangt kenal. kaunselor disini. i’allah cikgu akan sampaikan

  2. Huda Zainal berkata:

    Assalamu’alaikum

    anggap jela cikgu memang dah jadi selebriti skrg.. 🙂
    saya google pasal sek ni juga, terjumpa blog cikgu ni..
    buat makluman cikgu,emak saya nak apply rayuan masuk Sekolah ni untuk adik saya memandangkan adik saya ni memang dapat 5A dan mak saya maklumkan saya yang masih banyak kekosongan memandangkan pelajar asal yang terpilih ramai yg tarik diri. am i rite?
    mak saya dengan saya tgh dok memujuk dia ni, adik saya ni bongsu dan sekarang dalam kelas RK di sekolah Sulaiman, dia quite hesitate & reluctant kalau nak masuk sek asrama ni..anak manjalah katakan.
    mak saya dengan saya sebenarnya rasa sayang sgt kalau adik saya ni tak teruskan pengajian agama dan bahasa arab sebagaimana yang ada ditawarkan di SMAP Bentong ni.

    Sehubungan dengan itu, cikgu sebagai kaunselor sek ni, apa pandangan cikgu tentang sek ni & apa lagi nasihat2/pujukan yang saya boleh bagi kat adik saya ni tentang kelebihan SMAP Bentong?

    terima kasih

    Huda Zainal

    fazil yahaya >>> itu betul. masih ada kekosongan kerana kouta yang diperuntukan oleh sekolah masih belum penuh. bukan kerana menarik diri, tetapi mereka lebih selesa berada disekolah lama dan ingin menetap disana
    dalam menjawab isu berkaitan dengan adik huda,

  3. nurul berkata:

    wow….famousnye cikgu…sy ingat sy sorang je yg bace.

    fazil yahaya>>> hehe tahu tak pe. 🙂

  4. hahahaha

    fazilyahaya >>>> hihihi (gelak sikit sahaja)

  5. Abg AG berkata:

    salam cikgu… nak tanya ttg sekolah ni.. ok ker.. sy tgh mencari utk anak sy yg baru habis UPSR.. cari laman web sekolah tak jumpa la plak… 🙂 Nak compare dgn SBPI yg lain… Thanks Cikgu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s