Antara Dua

Posted: Jun 1, 2012 in DIARIKU

Ada yang mula membeliakan mata, melebarkan telinga saat membaca tajuk entri aku kali ini. Bunyinya agak dramatik dan penuh dengan gosip. Harap Nas Ahmad jangan menerjah aku untuk melariskan melodi. hehe

Aku ingin bercakap soal membuat pilihan

Baru-baru ini, aku mendapat dua tawaran pekerjaan yang memang aku nantikan. Pertama aku mendapat tawaran sebagai kaunselor di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang bertempat di Parit, Perak (Akan beroperasi 11 Jun 2012). Aku juga turut mendapat tawaran sebagai kaunselor di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (akan beroperasi 15 Jun 2012). Ya, keduanya kerjaya sebagai seorang guru.

Maka dalam kes ini, aku ada dua pilihan dan aku dikehendaki memilih satu sahaja. Sangat tertekan dan berserabut. Tertekan kerana takut yang dipilih oleh aku itu adalah pilihan yang salah dan aku akan menyesal sepanjang hayat aku. itulah yang bermain difikiran ku.

1)Meninjau suasana

Apa yang aku lakukan ialah meninjau suasana. Untungnya aku ialah kerana MRSM dikehendaki melaporkan diri pada 13hb Mei 2012 manakala SMAP Bentong pada 23 Mei 2012. Jadi ada jarak masa untuk aku membuat pilihan. Dipendekan cerita aku telah melaporkan diri sebagai staf MARA dahulu. Aku ingin meninjau suasana dan kesesuaian aku dengan MARA. Pada mulanya rasa macam ok. Tetapi lama-kelamaan pendirian makin digugat. Lantas pada 25 Mei 2012 (selepas memohon penangguhan lapor diri) aku pergi ke SMAP Bentong untuk meninjau pula.

2) Mengumpul maklumat

aku cuba mendapatkan seberapa banyak maklumat yang boleh. Maklumat ini sangat penting untuk mengukuhkan pendirian atas pilihan yang telah aku buat. Antara aku lakukan ialah berbincang dengan kaunselor MRSM, bertanya kepada guru-guru lama yang berpengalaman. Bertanya kepada kaunselor sekolah lamaku. bertanya dengan kaunselor yang pernah mengajar di sekolah SMAP dan bertanya kepada guru-guru yang pernah menghadapi dilema. Ternyata semua menyarankan aku agar memilih mara.

3) memohon petunjuk dari Allah.

Ini yang paling penting. Aku berdoa kepada Allah agar memberikan ilham kepadaku agar memilih yang terbaik. Istikarah juga dibuat. Pilihan ini bukan untuk sehari dua. Tapi untuk sepanjang hidup aku. inilah karier aku.

4) membuat pilihan.

setelah maklumat aku dapat. aku bercakap kepada diri aku. “manakah yang hang selesa dan seronok bekerja?” Hatiku macam memberikan isyarat sesuatu. Jawapanya sudah ku temui.

Pilihanku

aku memilih untuk berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan Siswazah di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SMAP Bentong). Ketenangan hatiku ada disana. Satu perasaan yang tak boleh digambarkan dengan kata-kata. I’allah aku tidak akan menyesal dengan pilihanku. Ibu menyokong apa yang terbaik untuk karierku. Terima kasih ibu. Syukur kepada Allah.

Tamat kontrak

Tanggal 29 Mei 2012 kontrak telah ditamatkan dengan MARA. urusan berjalan dengan baik. Mintak maaf sangat kepada mereka yang rasa kecewa dengan pilihanku. Doakan kemajuanku dimana aku berada.

Advertisements
Komen-komen
  1. putraim berkata:

    Alhamdulillah…InsyaAllah sahabat, ini keputusan yg akan membahagiakan dirimu… 🙂 aku hanya mampu menyokong 🙂

  2. mohd shazwan amir berkata:

    tahniah lel,hang ja tau apa keputusan terbaik untuk diri ang,moga terus istiqamah dan istikharah dalam menjalankan tugas dan membuat pilihan..aku sentiasa doakan kejayaan ang..:)

    amir : terima kasih sahabat atas sokongan dan doa. 🙂

  3. suhaiza bahari berkata:

    TAHNIAH KERANA ANDA MEMBUAT SUATU KEPUTUSAN YANG BIJAK???SEMUGA ANDA DAPAT MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG DI SEKOLAH BERKENAAN???SEMOGA SELAMAT MENJALANKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB DENGAN PENUH HIKMAH DAN DEDIKASI…..AKHIR KATA SEMUGA ALLAH PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN MU ITU…….AMIN

    fazilyahaya berkata : terima kasih ka.chaq 🙂

  4. hani berkata:

    assalamualaikum.
    cikgu, link mana ada gambar SM agama nI? Tq

    fazilyahaya berkata : waalaikumusalam, datang je dulu. tengok live. cikgu tak sempat nak upload lagi. 🙂

  5. Ana berkata:

    Salam Cikgu, anak saya baru ditawarkan ke SBP SMP Bentong baru2 ni. Sekolah ni baru ke ataupun dinaiktaraf?
    Anak saya sekarang ni SMKA (duduk asrama juga)
    Saya ingin tanya beberapa perkara jika tidak keberatan… (harap dapat emel secepat mungkin kepada saya) Terima kasih banyak2 Cikgu.

    fazilyahaya berkata : waalaikumusalam puan, 1) sekolah ini baru dibuka. pelajar kohort pertama akan masuk 15 Jun 2012 seramai 150 orang. 2) boleh emel saya di fazilyahaya@yahoo.com. 3) apa yang boleh saya jawab akan saya jawab sebab saya masih baru. ini penempatan pertama saya sebagai seorang guru.

  6. izzah j berkata:

    salam,sy akn masuk ke smap bentong pd 15 jun ni.
    cikgu merupakan kauselor di sane ke?

    fazilyahaya berkata : waalaikumusalam, ya cikgu kaunselor di sana. selamat datang ke Smap Bentong!

  7. wan muhd berkata:

    Salam, Tahnah cikgu atas kerjaya baru. Di sini saya nak tanya tentang kurikulum di MRSM Parit, adakah terdapat program ulul albab atau agama di situ? Ini kerana anak saya mendapat tawaran ke situ, cuma kalau boleh saya mahu MRSM yang ada program agama atau ulul albab. Harap cikgu dapat respon segera supaya saya dapat membuat keputusan sebelum 18/6.

  8. Zulkhairi Abdul Rahman berkata:

    Assalamualaikum Ustaz, anak saudara ana dapat tawaran ke SMAP Bentong, tapi masalah saya ialah tak tau jalan menuju ke sekolah tersebut… Kami dari Kuala Lumpur. Boleh Ustaz terang kan panduan menuju sekolah tersebut.

    Jazakallahukhairankathira

    • fazilyahaya berkata:

      ikut higway karak… terus sahaja sampai jumpa tol bentong….terus lagi dalam 15km akan jumpa exit chinta manis, sertik mempaga.. masuk ikut situ.. akan jumpa sekolah dalam 10km.

  9. Adden berkata:

    Assalamualaikum cikgu. saya akan mendaftar di smap Bentong pada 29 Januari 2013 .. pelajar tingkatan empat yang paling senior kan? hehe

    • fazilyahaya berkata:

      wasalam.. ya paling senior dari segi umur. dari segi pengalaman selok belok sekolah. form 2 lagi senior. selamat datang 🙂

  10. hanif berkata:

    as salam..cikgu,saya ingin bertanya bagaimanakah kemudahan di smap bentong dan bagaimanakah suasana/kaedah pembelajaran di sana?? ini kerana sy telah ditawarkan ke smap bentong dan sy berminat utk tahu lbih lnjut tntang sekolah ini..harap cikgu memberikan respon segera

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s