Huh, tak makbul pun doa aku!

Posted: Oktober 12, 2011 in AGAMA

Helaian buku “keajaiban Doa” hadiah seorang teman kesayangan ku belek. baris demi baris ku baca dan fahami. sesekali aku mengangguk tanda setuju. sesekali kepalaku menggeleng dan hatiku beristighfar.

“bagus buku ni” pujiku spontan

kadang-kadang kita rasa doa yang kita pinta tak dimakbulkan oleh Allah. kita jadi marah, dan akhirnya menjadikan kita malas untuk berdoa. Tapi pernah tak kita terfikir mengapa doa kita tak dimakbulkan? sedangkan Allah maha Kuasa, Maha Penyayang?

Mari semak sebab doa tak makbul..jeng..jeng.jeng

1. Berdoa dengan tidak bersungguh-sungguh dan mengharap

Kekadang kita berdoa pun tak bersungguh. malas angkat tangan, mata pandang ke lain. Tak hayati apa yang di doakan. Macam mana Allah nak makbul. Sepatutnya mintak dengan penuh mengharap. Tanam keyakinan dalam hati yang Allah akan menunaikan permintaan kita.

Dari Abu Hurairah R.a berkata, Rasulallah S.A.W pernah bersabda ” Berdoalah kepada Allah dengan hati yang sangat yakin bahawa doa tersebut pasti akan dikabulkan. Dan ketahuilah bahawa Allah tidak menerima doa yang datang daripada hati yang lalai”
 
2. Masih bergelumang dengan dosa
Dosa ni tak semestinya dosa yang besar sahaja. dosa yang kecil pun dikira sebagai dosa juga. cuba kita semak balik dosa-dosa yang kita lakukan seharian. Percakapan kita, perlakuan kita, pandangan kita, pergaulan kita banyak menyumbang kepada dosa. Dosa-dosa lah yang melambatkan termakbulnya doa kita.
Yahya Ibn Mu’adz Ar-Razi berkata ” kenapa kamu begitu tidak sabar menunggu jawapan dari sebuah doa. sedangkan kamu sendiri yang telah memperlambatkan datangnya jawapan itu dengan dosa-dosa yang masih tetap engkau lakukan.
Pendek Kata
Nah, jelas lagi terang penghalang kepada doa tidak dimakbulkan. cuba semak dua perkara ini dahulu sebelum menuduh Allah pilih kasih atau sebagainya.
pikiaq-pikiaq la no… 🙂
Advertisements
Komen-komen
  1. razik berkata:

    alhamdulillah.. nice blog fazil… (please visit my blog: mrazique88.blogspot.com) im just a beginner..’

    fazilyahaya : TQ… lawat2lah selalu 🙂

  2. razik berkata:

    insyaallah.. welcome.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s