Andai mak buat deek ja…

Posted: September 7, 2011 in BERFIKIR SEJENAK

Benarlah kata orang, budak-budak tak fikir jauh. Pemikiran mereka terhad. Tak Nampak apa yang akan terjadi di depan. Yang mereka tahu suka dan gembira.

Awat hang buat kesimpulan macam tu sekali?

Ceritanya macam ni. Suatu malam jumaat yang lalu (aku tak ingat dah bila)aku duduk tepi mak aku yang tengah baca surah Yaasin. Bacaan mak aku lancar dengan taranumnya yang tersendiri. Tengah-tengah aku membaca, tiba—tiba dadaku sebak. Air mata bergenang. Rasa sayu dalam hati.. Mak..! hati kecilku macam menjerit sambil menangis.

Bukan sebab ku faham maksud ayat. Bahasa arab pun baru ‘Ana’ dan ‘Anta’. Tapi aku terbayangkan nasib aku kalau mak aku buat deek* je dulu.

Awat?

Masa aku kecik-kecik dulu, waktu malam adalah waktu yang aku trauma. Bukan sebab takut hantu, tapi takutkan mak aku. Emak aku dengan diktatornya akan memaksa aku, kakak dan adik aku untuk mengaji al-quran. Siapa yang membantah, alamatnya menjemput musibah. Tamparan maut dan cubitan naruto pasti hinggap di mana-mana bahagian badan. Sakitnya usah ditanya. Tak tertahan air mata. Meleleh di pipi jua.

Bila mengaji pula, pahaku sentiasa bersedia untuk dicubit. Salah sebut atau asyik salah sebut, pasti akan merasa. Mengeliat je bila dah kena. Rasa macam trauma pun ada. masa tu, aku tak tahu apa kepentingan mengaji. sebab tu malas sangat mengaji. aku masih budak waktu tu.

Kesimpulanya?

Er.. mak aku memang garang. ampun mak.. hehe

Tapi sekarang, aku tidak pernah berdendam. Malah bersyukur sangat-sangat mak buat aku macam tu. Disebabkan diktatornya ibu dalam mengajar aku mengaji, aku kenal alif, ba, ta, tahu sebut dan membacanya. Andai mak buat deek je… pasti aku teraba-raba dalam terang cahaya. Terima kasih mak untuk ‘hadiah’ yang cukup berharga ini. Sayang kamu mak.. I love u.

Sekian.. 🙂

p/s : bila kita dah ada anak… jangan buat deek je kat mereka. Kesian mereka. Mereka tak tahu depan macam mana. Bila dah besar baru tahu.

KK : deek = tak peduli

Advertisements
Komen-komen
  1. missungufaiza~ berkata:

    kalau aku dulu ayah aku siap sedia ngn rotan. salah bace mmg hinggap kt peha. kdg2 kt lantai jek. tp die punye takut. ibarat jantung tuh keluar leh msuk semula. hehehe. air mate setitik jatuh kene jek quran. double rotan ayah aku bg….

    ko ni wat aku ingat ke masa lampau jek aaa. huhu

    fazil kata : memeng disengajakan.. heheh

  2. putraim berkata:

    tq mate…tq sesangat… ko lah sahabat yg terbaik dunia akhirat…insyaAllah…

  3. Nuurul Afifah berkata:

    ye..betul kalau dulu masa budak2 pernah terfikir kenapa mak x macam amk orang lain…x marah anaknya x ngaji quran…tapi sekarang rasa syukur sangat2…cubitan yang sampai sekarang kalau sebut ja pasti akan mengalir air mata bukan apa, trauma mungkin…namun disebabkan semua kesakitan itulah yang mampu membuat saya dapat membaca ayat suci Al-quran. Kalaulah mak x buat macam tue, xtaulah apa akan jadi pada diriku sekarang… Rasa bersyukur sangat2…Terima kasih Ya Allah kau hadiahkan daku ibu dan abah yang memang TERBAIKKK… Tq fazil sebab menginagtkan kisah lama…huhuuh…sebak pula membacanya dan mengingatkannya…

    FAY : hehe, hargai cepat sementara diberi kesempatan 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s