Kejahatan menghapuskan kebaikan (Malay version)….

Posted: Februari 15, 2011 in BERFIKIR SEJENAK

Sebenarnya dah lama aku ingin menulis entri ini, tetapi keadaan masa yang tidak mengizinkan menjadikan agak terlewat bercerita tentang perihal ini. Baiklah, bermulah kisah…

Apa itu kejahatan Mat? Tanya ustaz Fauzan
Segala perbuatan yang jahat la ustaz, macam mencuri ke, merompak, meragut, dan macam-macam lain. Atau secara mudahnya, benda-benda yang ditegah oleh mana-mana agama pun.

“kebaikan pula gi mana dong?” Tanya Bawang Merah kepadaku. Keras sikit nadanya sesuai dengan watak antagonisnya dalam siri Bawang Putih Bawang Merah yang pernah mencuri jutaan penonton di Malaysia.
Kebaikan tu perilaku yang baik la, macam menolong orang dalam kesusahan, memberitahu jalan kepada orang yang sesat jalan, berbuat baik kepada orang luar dan macam-macam lagi. Malaysia cukup terkenal dengan budaya murni sebegini.

“OK, jadi apa yang kau maksudkan dengan menghapuskan kebaikan tu?”
Ya, baru aku nak cerita kau dah tanya. Bagus-bagus semangat macam ni yang kita mahukan. Pujiku dengan ikhlas agar dia terus fokus kepada penceritaanku. (macam tak ikhlas je).
Macam ni bro (abang), sekarang banyak sangat jenayah berselindung disebalik kebaikan. Mula-mula berlakon baik, sopan santun, berbudi bahasa, lepas tu buang topeng iblis yang menutupi wajahnya. Kesanya masyarakat trauma dan anggap semua orang jahat. (Nauzubillah…)

Aku kongsikan  bukti nyata dengan kalian semua. Awal tahun lepas, seorang Mak Cik jiran atas sikit dari  rumah aku cuba untuk diragut rantai lehernya. Hasil jeritan dan genggaman yang erat kepada rantainya itu, maka penjenayah tak jadi meragut.

Nak tahu apa taktik penjenayah tersebut? Mudah saja, gunakan kebaikan. Iaitu berpura-pura tersesat jalan, berhenti kereta dan bertanyakan arah jalan. Sasaran utama kaum wanita yang sarat dengan barang kemas dileher ataupun tangan. Warga emas lagi disukai kerana tidak mampu melawan balas. Gigih jiran aku tu menceritakan jalan, alihalih barang kemas yang diidamkan.

Taktik yang sama juga digunakan di beberapa negeri macam di Penang. Seorang nenek diragut rantai leher selepas didatangi oleh seorang lelaki yang kononya mencari rumah kawan lamanya. Nenek tu pun cuba untuk membantu dengan menunjukkan panduan jalan, akhirnya rantai lesap disapu orang. Nenek terkapai-kapai kerana tidak kudrat melawan… Inilah yang dikatakan manusia syaitan “susu diberi, racun yang dibalas”. Dek kerana niat suci murni mahu  menolong orang yang tersesat, akhirnya barang kemas melayang. Kesiankan?

Apa kesanya?
Maka tersebarlah berita ketakutan… “Hai sekalian ummat, berhati-hati dengan orang yang sesat. Mereka sebenarnya, penjenayah yang meragut barang kemas. Usah dilayan. Abaikan. Biar mereka mampus. ” Ayat-ayat trauma dan derita mangsa terus disebarkan dari telinga-ketelinga. Ada yang menggunakan SMS juga. Jadi semua orang tidak mahu buat baik lagi. Tak mahu bantu orang sesat lagi. Kejahatan yang dilakukan, mengahapuskan kebaikan yang dipegang dan diamalkan.

Cuba bayangkan kalau yang sesat itu memang sebenarnya sesat jalan. Pasti dibiarkan tanpa arah tujuan.. .kebaikan untuk menolong orang terhapus sikit demi sikit dek kerana kejahatan sesetengah orang. Mohon agar pihak berkuasa tidak memaafkan penjenayah sebegini. Mereka yang bertanggung jawab atas kekurangan nilai mesra masyarakat kita.

Akhir kata, buat renungan kita bersama,
Manusia biasa = buat baik dibalas dengan baik
Manusia mulia = buat jahat dibalas baik
Manusia celaka = buat baik dibalas jahat

Renung-renungkan… selamat beramal

p/s : aku cenderung untuk sesat jalan…. 🙂

Advertisements
Komen-komen
  1. cik sue berkata:

    wah!! benar!! bende baik jadik jaat. bende jaat jadik baik. cth pakwe makwe asik berdating, ble msyrkt skrg tgk msti dyorg ckp..”wah romantiknyer..” “sweetnyer psngan tu..”.. kata ustaz lokman.. bende asing da jdi kebiasaan ..huhu..

    *psnan utk dri sendiri ;)”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s