Kisah Musim Hujan (mesti baca)

Posted: November 28, 2010 in AGAMA, BERFIKIR SEJENAK

Sekarang musim hujan. Asal petang sahaja insyallah (dengan izin Allah) pasti hujan. Paginya terang benderang dengan mentari yang bagai tersenyum menyinari pagi. Segar rasa.

“Alhamdulillah… aku masih lagi hidup dan bernyawa untuk hari yang ke 8395 hari ini.” Ucapku (Kadang-kadang terlupa juga).

Bayangkan, ada je kawan-kawan kita atau mungkin kawan-kawan tak berapa rapat kita yang hari ni tak dapat lagi menikmati keindahan pagi kerana telah pergi mengadap Ilahi. Bersyukurlah jika masih bernyawa. Masih ada kesempatan buat kita.

“Wahhh… dah macam ustaz” Sapa satu suara yang biasa aku dengar dari belakangku. Aku tak menoleh, sekadar senyum sahaja.

“Tak de lah.. ayat biasa je, mana ada dalil-dalil apa pun”. Jawabku sambil tersipu-sipu.

“Bukan kaulah.. gambar sepupu aku ni, kau memang bukan ustaz pun.” Balasnya selamba yang sedang melayari Facebook sepupunya. 

“Err…” kataku sambil menolehnya.  😛

Ok, berbalik kepada hujan. Manusia tidak pernah puas, pasti ada sahaja yang merungut disebabkan cuaca hujan begini. “Aduh, hujan pula.. nak buat keja pun susah”  ayat biasa kedengaran. Atau lebih dahsyat… “Hari-hari hujan, matila macam ni, nak makan apa”.

Itula manusia, pasti tidak akan pernah puas dengan apa yang diberikan. Kalau tak hujan, minta hujan. Kalau dah hujan pasti minta panas semula. Aku pernah terdengar orang bercerita..

“Manusia, kalau diberikan 2 bukit yang penuh dengan emas dan permata, pasti dia akan meminta diberikan gunung yang ketiga.”

Jadi dalam konteks ini, kita kena bersangka baik dengan Allah (baru terbaca artikel tentang ini). Setiap apa yang diberikan pasti ada sebab dan hikmahnya. Kena yakin perkara ini. Inilah namanya beriman kepada Allah. Allah tidak akan buat sesuatu tanpa sebab. Allah tidak akan jadikan sesuatu perkara itu sia-sia. YAKINLAH!.

Jadi, selepas ni kalau hujan, bersyukurlah,.. kalau panas pun bersyukurlah. Allah maha mengetahui dari kita.

SELAMAT BERAMAL

P/S : teringin nak belajar kat Mesir…

Advertisements
Komen-komen
  1. sea_lavender berkata:

    sye sokong post anta nie…sye stuju sekali..
    setiap perkara yg berlaku bukan la sia2 sgalanya ade hikmah dr-Nya
    buat hamba2-Nya…
    sye juga salu teringat pesanan sms ni~~
    mohon berkongsi…

    aku minta kpd-Nya setangkai bunga segar,namun Dia berikan kaktus berduri,
    aku minta kupu2,diberi ulat berbulu,
    aku sedih dan kecewa,namun kemudian kaktus itu berbunga…indah sekali,
    dan ulat itu menjadi kupu2 yg cntik..itu la jalan-Nya..
    indah pd masanya!! Allah tidak memberi apa yg kte harapkan tpi Dia memberi apa yg kta perlukan.kdg2 kta sedih,kecewa,terluka tetapi jauh d ats sglanya Dia telah mengatur yg terbaik dlm kehidupan kta..Insya-Allah~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s