Aku, UPM dan Finishing School…

Posted: Oktober 16, 2010 in DIARIKU, SANTAI-SANTAI

Hari ini sabtu (16hb Oktober 2010) aku dan kawan2 kelas ku kena ambil finishing school (kursus keterampilan graduan). Esok Ahad kena lagi satu sesi. Maknanya kena 2 sesi. Ia kursus wajib untuk semua pelajar UPM dan menjadi syarat untuk bergraduat. Maknanya, siapa yang tak lalui kursus ini tidak akan dapat bergraduat. Tapi aku difahamkan syarat ni masih lagi belum mandatori. Tetapi akan dikuatkuasakan dalam masa yang terdekat.

Semasa aku dalam kursus ini, sekali lagi bahasa inggeris ditekankan. Syarat pertama untuk semua peserta kursus ialah ‘mesti bercakap dalam bahasa Inggeris sepanjang kursus berjalan’ . Syarat ini diceritakan oleh Fasilitator seawal memperkenalkan dirinya.

Setakat hari pertama ni, aku sangat suka dengan aktiviti yang dijalankan. Kebanyakkanya lebih menjurus ke arah untuk yakin diri bercakap dalam bahasa inggeris. Permainan yang selingan yang dijalankan juga menarik. Walaupun Nampak simple, tetapi mempunyai makna dan falsafah yang cukup besar.

sebagi contoh, permainan “cat walk” . cara mainya mudah. Hanya berjalan ke garisan penamat, dengan gaya dan cara yang tidak boleh sama dengan orang lain.

Falsafahnya ialah, sesiapa yang merebut peluang pertama, dia akan mudah. tetapi sesiapa yang leka, asyik menunggu sahaja orang lain buat dulu lama2 akan menjadi semakin sukar. situasi ini sama macam di alam pekerjaan. Persaingan semakin hari semakin banyak, siapa yang peka, pandai cari peluang dia akan mudah dan berjaya. Menarik kan?

Esok, mungkin akan diajarkan cara-cara nak temuduga. Sebab fasi bagi taklimat ringkas sebelum kelas ditangguhkan tadi. kena bawa laptop, tak tahu sebab apa. maybe they want to teach us about how to write resume I guess. Wait and see.

sekian dulu dari aku untuk laporan finishing school. sesiapa yang berminat untuk pelajar UPM tunggulah anda semua final year. Kalau U lain, masuk la UPM… hehe.

bye2…

Advertisements
Komen-komen
  1. bidadari berkata:

    salam ziarah…tahniah dah final year pun….=) best finishing school…xmembosankan pun..=)

  2. lalink7 berkata:

    a’ah mmg best finishing school..
    rasa nak join lg jika berpeluang..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s