teori Perut Buncit Sebelum Masanya..

Posted: Ogos 26, 2010 in BERFIKIR SEJENAK, SANTAI-SANTAI

teori perut buncit sebelum masanya..

Penafian
– Penulisan tiada kaitan antara yang hidup ataupun yang mati, yang kenal atau tidak mengenali, hanya sekadar berdasarkan pengalaman dan pemerhatian.
– Ini adalah kisah buat sang lelaki, tidak ada kaitan dengan ‘buncit’ bagi wanita
– Bukan mendiskriminasi, hanya berkongsi
– Bukan yang berbadan gemuk atau besar, tetapi mereka yang perut sahaja besar, yang lain normal.
————————————————————————————————————————————-
“ andai diberikan emas permata, ku pilih senyumanmu” ( lagu yang betul)
Andai diberikan emas permata, ku tetap tidak memilih untuk perut buncit” (hehe). lagu ni aku dengar semasa dalam bas. tergiang-ngiang.
Aku masih muda belia, belum berkahwin (in progress). Aku takutkan dan tak suka dengan perut buncit. (mintak simpang)
Majoriti jika ditanya kepada mereka yang lingkungan seusiaku… semuanya tidak mahu berperut buncit. walaupun ia hadir tanpa rela menemani kita.

Cuba tanya kepada wanita, “ erm.. nak tak abang perut buncit? comel tau”
…. “uweeeekk” kedengaran suatu bunyi di ujung talian. (jangan tanya lagi kenapa)
Tak ramai akan menjawab dengan pantas lagi jelas “ wooooowww… suka-suka..!!!!!!” (mustahil kot)
kalau ada pun ia khas buat anak ‘Datuk Seri atau Jutawan’ yang buncit sebab harta banyak. (tawa dalam tangisan)

SELESAI REALITI YANG TERJADI HARI INI…

Persoalanya : kenapa muda-muda dah buncit?

1) Kerana Lepas Makan Terus Tidur.
Ini ramai yang amalkan. Sebenarnya perut kita mempunyai lapisan yang bertindak sebagai ‘bengkung’ agar perut kekal pada tahap yang biasa yakni tidak ‘terkehadapan’. Ini benar, cuba kita makan dengan banyak dan rasai perut akan menjadi tengang. Inilah masanya lapisan pengekal mainkan peranan.
Malangnya, apabila lepas kita makan, kita akan terus tidur, lapisan ini tidak akan menjalankan tugasnya. Hal ini kerana ia hanya berfungsi ketika kita sedar dan jaga. Disebabkan lapisan ini tidak mengawal perut, maka lama-kelamaan ia akan terkehadapan dan menjadi buncit. Jadi lepas makan jangan tidur, agar lapisan ini akan menjadi bengkung bagi mengelakkan buncit. Betul ke tidak? Mungkin ada benarnya kerana, kebanyakkan orang yang buncit gemar makan selepas tidur. Selesa katanya, maka perut pun dengan selesanya ke hadapan.

2) Kerana Makan Bersulam
Ini satu halnya. Nampak remeh tetapi impaknya sangat besar. Islam pun melarang umatnya makan bersulam air. Kalau ikut sunnah nabi, hampir 20 minit selepas makan baru boleh minum air. Tercekik la? Tak ada maknanya, itu semua kelemahan psikologi kita yang mengatakan setiap kali makan mesti tercekik kalau tidak bersulamkan air. Cuba tahan sekejap. Lama-lama akan menjadi kebiasaan. Bagilah lauk apapun, termasuk sambal yang pedas, tetap tidak akan bersulam air bila dan amalkan selalu. Pakar kesihatan batin pun tidak menggalakkan makan bersulam air kerana ia bakal melemahkan tenaga batin. Hakikatnya, ramai isteri-isteri mengadu tidak menikmati kepuasan bila ‘bersama’ dek kerana masalah suami. Lalu ubat kuat, tahan lama, super power pun di ambil si suami. Malangnya indah khabar dari rupa. Tenaga batin hilang, mati pucuk yang kunjung tiba. Kata orang tua-tua, masa ni dah tak guna jadi lelaki. Emm… moral of the story, jauhi air dari anda semasa makan.

Advertisements
Komen-komen
  1. putraim berkata:

    perli ke ape ni?? huk3x

  2. sue@pleiades berkata:

    hri2 sit up tp bunchet xmo gak ilang…huuuuuuuu

  3. azizai usim berkata:

    salam…haha..kelakar..ang pn dah mcm2 ka..heee..sory to say..lma x jumpa kan.

  4. Sahabat berkata:

    xhabis2 yer??ala klu dia tua pon sma jgak!!jga lar..ehem2,…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s