English is important..?

Posted: Ogos 17, 2010 in DIARIKU

sejak akhir-akhir ini, aku begitu teruja untuk menguasai bahasa Inggeris a.k.a bahasa penjajah ini. tak tahu kenapa. Mungkin disebabkan aku sudah tahun akhirkah? atau akan masuk ke alam pekerjaan.. atau mungkin juga malu dengan rakan-rakan lain yang sudah pandai ‘kecek’ english. Terkial-kial lidah melayu aku bila menyebut perkataan yang bukan lazim dalam hidupku. Dah la tu, rasa panas otakku berfikir mencari makna perkataan yang sukar untuk difahami dengan pandangan pertama.

Kawanku pernah cakap, nak mudah faham, cuba kaitkan dengan kata dasar perkataan itu. Ada juga yang pesan, cuba fahami makna perkataan selepasnya.. hmmm macam-macam. Tapi kata aku, cari dalam kamus tak pun tanya mereka yang lebih pakar lebih selamat dan praktikal. hehe.

Sejarah berbahasa inggeris di zaman persekolahanku. Masa di sekolah rendah dulu, aku antara insan yang pandai juga  dalam bahasa inggeris ni.. (sedikit bangga.. hehe). Sekolah luar bandar la katakan. Lebih manisnya, aku dapat johan Story Telling Competition 1998 peringkat zon. Tapi masa di peringkat daerah aku dapat no. 3 saja. Masa tu aku darjah 5, comel2 lagi.hehe.  Tajuk cerita tu pun aku masih ingat lagi sampai sekarang.. “Tanggang disloyal child”. Kelakar sangat, permulaan cerita aku pakai baju compang-camping je… pertengahan cerita, aku sempat lagi bertukar dengan baju yang vogue sikit. siap tengkolok lagi tue.. tanggang kawin dengan anak raja la kata kan. Mungkin itu yang markah lebih tu. hehe.

Sekolah menengah pula aku sertai drama bahasa Inggeris.  Tajuknya tak ingat. Alhamdulillah dapat nombor 2 daerah. Ceritanya menarik.  Aku jadi Pak Seman, seorang bomoh. speaking sakan la aku masa tu.  Anak aku seorang doktor. Jadi berlaku konflik apabila perubatan moden VS cara tradisional. boleh faham kan? bagus… J

Orang cakap nak belajar English tak susah. Dua benda wajib kena ada dalam diri kita. Satu yakin diri (confindent) dan kedua mesti selalu amal (always practice). Ramai orang hasil dari temu bual rambang aku mendapati ada dua benda ni.  Manakala untuk dapat kepada dua benda ini asasnya yang tidak kurang pentinganya ialah jangan MALU. Kalau diri yakin bagai nak mati, tapi pemalu yang amat. tarak guna juga. sama juga dengan selalu amal tetapi bila suruh bercakap dengan orang malu-malu kucing belang.. tak guna juga. jadi jangan malu, yakin diri dan selalu amal.  tengok macam ni.

 

Sasaranku bila aku dah tamat belajar nanti sekurang-kurangnya aku  bisa berbual dengan orang dalam bahasa inggeris sekiranya soalan yang ditanyakan kepada aku dalam bahasa tersebut. rasa macam rugi juga sebenarnya, bila ada kursus berkaitan bahasa inggeris tapi aku tak pernah mengambil peluang untuk meningkatkan penguasaan diriku dalam bahasa tersebut. jadi masih belum terlewat untuk berubah. Jom berubah bersama-sama. J

p/s : pandai cakap bahasa inggeris  tak bermaksud aku akan melupakan bahasa melayu…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s