PERSAHABATAN : ETIKA DAN CARA DALAM ISLAM

Posted: Julai 15, 2010 in AGAMA, BERFIKIR SEJENAK

islam meletakkan cara dan etika dalam semua aspek kehidupan. begitu juga dalam hal persahabatan. berikut merupakan tatacara  yang digariskan. ini adalah hasil dari kuliah di masjid mardi yang saya ikuti. masih banyak kelemahan dan perincian yang perlu diperincikan, namun ini boleh dijadikan asas yang mudah untuk di amalkan.

  1. jangan mengaibkan sahabat kita dihadapan khalayak ramai. jika nak tegur, ambil masa bercakap secara berhadapan dan berhikmah agar tidak memalukan sahabat kita. cuba ambil kisah saidina abu bakar yang membenarkan kata-kata nabi Muhammad S.A.W ketika peristiwa israk dan mikraj. walaupun sukar diterima akal peristiwa yang berlaku kepada nabi, tetapi sebagai sahabat saidina abu bakar sangat menyokong dan membenarkan kata-kata nabi. tat kala orang lain menganggap nabi sebagai ‘majnun’, abu bakar tetap teguh disisi nabi.
  2. jika sahabat datang kerumah, raikan dengan penuh mesra. jangan buat muka. MAKRUH jika bertanya kepada tetamu “agak-agak bila nak balik ye?”. sampai 3 hari baru boleh bertanya tentang balik. TETAPI pastikan ia berhemah. sebagai contoh ” banyak tempat ke nak pergi ni?”.
  3. kita kena ingat !!! kata nabi, tetamu yang datang kerumah membawa rahmat, mereka keluar dari rumah membawa segala musibah dan bala keluar dari rumah kita. maka rumah kita akan terhidar dari bala. jadi? raikan tetamu sebaiknya kerena mereka penyelamat kita dari musibah.
  4. kalau kita tetamu, mintak izin dahulu sebelum melihat sekeliling rumah. kalau tuan rumah tak bagi, JANGAN PANDAI2!!
  5. berbual dengan sahabat tentang hal yang menyeronokkan. bukan yang mengaibkan dan memalukan. contoh ” macam mana dengan anak hang yang masuk pusat serenti tu, ok tak?” JANGAN BUAT MACAM NI. never… NEVER.. NEVER..  kecuali dia yang memulakan cerita itu dahulu.
  6. AKHIR SEKALI… kalau ada kawan yang sakit ziarah dia… berdoa untuknya. contoh doa nabi ” tak mengapa. baiklah tu.. dengan izin Allah”  JANGAN merungsingkan dia lagi. contoh ” teruk ni, kawan aku dulu sakit macam ni juga, dalam 5 hari terus arwah” .. ini TARAK GUNA punya kawan. meninggal bukan sebab sakit, tetapi sebab sakit hati nanti.

renungan : dalam islam sangat menekankan etika dalam bersahabat dan bersosial. buktinya dala kitab al-mukadimah ibnu khaldun, bab pertama sudah menceritakan tentang etika bersosial yang dibenarkan dalam islam.

sekian.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s