Kurus Vs Gemuk…

Posted: Januari 10, 2010 in BERFIKIR SEJENAK, DIARIKU

Bukan niat hati ingin mengata, apatah lagi mencaci dan menghina. Jauh sekali mendiskriminasi gender.. hehe.  Maaf kepada mereka yang terasa. aku sekadar ingin berkongsi pengalaman dan pengamatan sepanjang aku disana (Jogja).

Pada pengamatan aku, masyarakat Jogja jarang sekali kelihatan yang gemuk-gemuk. maksud aku yang lebih berat badan la. aku hairan.. aku terfikir juga. kemana sahaja aku pergi pasti mataku meliar mencari lelaki atau wanita yang gemuk. kerana kalau di Malaysia, pasti ade sahaja mereka yang  ‘comel2’ ini. tapi di sini sebaliknya.

lantas aku pun membuat inferens  ” Mungkin faktor pemakanan menjadikan mereka tidak obesiti atau gemuk”. ini kerana, makanan Jogja bersifat kering yakni tidak berkuah tidak seperti di Malaysia. Kalau berkuah hanyalah masak Asam yang disebut sebagai ‘ayur Asem’. itupun tidak berminyak dan berlemak. Tambahan pula setiap hidangan pasti disertakan dengan ulam-ulaman dan juga sambal tumbuk. kepedasanya boleh tahan. Ada kawan aku berkata, cili boleh mengurangkan kalori dan ada anti oksidan yang akan menjadikan awet muda. tak tahulah pasal itu.

untuk memastikan kesimpulan awal aku itu, aku bertanya kepada Travel Guide kami, Pak Supardi. Katanya Masayarakat disini kuat dan rajin bekerja. Tambahan pula mereka jarang sekali dapat makan daging dan ayam dan sebagainya kerana status sosio ekonomi. dalam seminggu hanya 2 atau 3 kali sahaja. Kalau makan pun hanya ayam dan itik kampung sahaja.  Tambahan pula masyarakat Jogja tidak suka berbadan  gedi @ gendut ( bermaksud gemuk dalam bahasa Jogja). Bagi mereka badan gemuk susah untuk melakukan kerja.

Hmm.. maka terjawab sudah segala persoalan yang bermain difikiranku. Jadi nak jadi kurus, jadilah orang Jogja. Tak Percaya kata ku? datang dan saksikan sendiri. Mungkin akan terjumpa, tapi 1 dalam seribu…  🙂

Advertisements
Komen-komen
  1. putraim berkata:

    kat kedai kak ema pun ade gak ulam2an… huhu. ha betul cili boleh kurangkan kalori n ade anti-oksidan…. tu pasal org n9 suke makan pedas coz nk jaga awet muda. hahahaha…. ttapi silapnya ado masak lomak lomak cili api, 2 pasal org n9 comel2. hahaha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s