Sekilas Pandang dari Jogjakrta.. BHG 1

Posted: Disember 31, 2009 in DEBAT, SANTAI-SANTAI

 

kolam di hotel yang menjadi tempat menarik buat kami tatkala kepenatan seharian.

menariknya, kami sanggup membeli gogal (spek mata renang) dengan harga Rp 6000 (rm 2.43) untuk berenang lebih seronok..

 

kapal terbang AK 594  AirAsia ini telah menerbangkan kami ke Jogja. ini hari pertama sampai,

aku kelaparan ketika ini kerana tak tahu makanan ada ditempah buat kami. masa balik aku pastikan aku dapat makanan.. hehe

 

ini merupakan kawasan pentadbiran Universitas Gadjah Mada, Jogjakarta.. macam kat london tak? 

 

ini merupakan gambar Candi Borubudor, candi lama agama Budha. sangat besar dan aku berasa kagum dengan seni bina dan ukiran-ukiran cantik dengan hanya menggunakan batu. bayaran masuk menggunakan student kad Rp 70,000 (RM 27.30). agak mahal kan? tapi kalau kita datang sebagai rakyat indonesia ia akan lagi murah.

 

masih di candi borubudur, kelihatan ukiran2 pada dinding di setiap inci candi mempunyai cerita dan falsafahnya tersendiri. yang tangan ternagkat itu meupakan pemandu pelancong di candi ini namanya Pak Budi. very good in english and also expert all about this candi. u can ask him anything. oh sebelum terlupa, warna asalnya adalah hitam mengikut warna batu, telah di warnakan dengan cat kuning oleh belanda semasa dulu untuk nampakkan lagi gah. tapi sekarang dah luntur. tinggal sisa-sisa sahaja.  

 

 ini adalah di kawasan Pantai Parang Tritis, Jogja. ini tempat nelayan. boleh tengok ikan segar di sini.  gambar kedua ini pula ialah pasirnye yang unik sebab berwarna hitam hasil daripada lava gunung berapi dulu-dulu. sangat halus pasirnya. try tgok dalam gambar betul2.

 

Ini merupakan gambar Candi Parambanan, Jogja. yang tgah pose tu aku la, takkan candi pulak kot.. hehe.  candi ini merupakan candi bagi agama Hindu yang mula bertapak di jogja ratusan thun dahulu. batu-bata yang bergelimpangan itu merupakan runtuhan candi kesan daripada gempa bumi yang melanda jogja pada tahun 2003 (kalau tak salah).

 

ini merupakan ukirang patung sapi (lembu) yang terdapat di dalam candi Parambanan yang tinggi2 tu. aku kagum dengan ukirang daripada batu yang sangat keras ini, sangat real dan halus sekali seninya. pelik bukan, zaman dahulu mana ade alatan yang canggih macam sekarang. tanduknya patah satu akibat gempa juga.

 

ini makan malam pertama kami sampai di jogjakarta, Bebek goreng (Itik goreng). lauknya simple dan pedas sekali. mau bercucuran air mataku ketika merasa sambal tumbuknya. kalau disana itik sangat terkenal. di Malaysia pula, itik hanya terkenal dalam kalangan masyarakat cina. kedai ini namany “warung makan bu fitri”  tak jauh dari hotel kami.

 

 

orang jogja sangat kreatif kan? tgok sajalah patung-patung McD ni di inovasikan, dah macam-macam rupa ada. tak tahulah syarikat McD akan saman atau tak. ini hanya sebahagian ye, banyak lagi di sekitar taman seni jogja ini.

 

SEKIAN DAHULU UNTUK BAHAGIAN SATU…

TO BE CONTINUED…

 

 

 

Advertisements
Komen-komen
  1. husna adilah berkata:

    wah jauh merantau, luas pula pandangan. 🙂

  2. nurthurayya berkata:

    smpai ati xbawak aku~

  3. eyriqazz berkata:

    bestnya..tak pernah sampai Indonesia lagi…teringin juga nak pi..

    Great Teacher Onizuka

  4. biha berkata:

    kolam itu……..seperti kukenal saja…haha

    penglipurlara : hehe semestinya kenal kerna ia tempat ku belajar dari renang stempat ke bergerak sikit. hehe

  5. ella berkata:

    syoknya………da bwa blik ole2 x?hihihihi

    penglipurlara : tak banyak, tapi untuk anak buah pasti ada… hehe

  6. ella berkata:

    ehehehehhee…nie y syg lebih nie kt pak nakan sorang nie…uhuhuhuh…
    p/s : mak ckp time kasih ole2 2…cntik…….(mak pesan sruh gtau)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s