kami sudah termaklum….

Posted: Disember 29, 2009 in BERFIKIR SEJENAK, DIARIKU

Kami sudah termaklum…

Demikianlah kata-kata yang terlekat dalam ingatanku sepanjang aku ke Jogjakarta (Yogjakarta) berdiskusi dengan Unit Kegiatan Mahasiswanya. Kata-kata itu lahir apabila kawanku bertanya kepada anggota Rejimen Mahasiswa (Menwa) atau di Malaysia dikenali sebagai PALAPES tentang kelebihan dan insentif yang diperolehi. “Kami tidak akan dapat kelebihan apa-apa, tiada insentif, dan juga jawatan tingi dalam tentera, tapi berbangga kerana bukan sekadar tahu akademik malah akan tahu berjuang untuk Negara. Kerana kami sudah termaklum, kami bukan Negara yang kaya…”

 

Kagum aku mendengar kata-katanya seketika. Mahu saja aku bangun dan menepuk tangan tanda penghormatan melihat kepada nilai keikhlasan yang cukup tinggi itu. Aku tak merasa ia hanya retorik bahasa, kerana air muka dan matanya tidak bisa menipu sesiapa. Begitu tinggi nilai patriotisme yang dimiliki olehnya membuatkan aku terbayangkan rejimen mahasiswa di Malaysia adakah mempunyai nilai yang sama dalam kenikmatan elaun dan jawatan tinggi kelak.

 

Lantas dengan penuh ingin tahu aku bertanya “ apa yang menjadi pengangan kalian semua?”

 

Kami berpaksikan TRI-BINA… pertama Bina Diri, kedua Bina Satuan, dan Bina Masyarakat. Semua pertubuhan uniform akan berpengang kepada ini. Pengakap juga begitu.

 

Barulah aku faham,. Rupanya mereka punyai asas yang jelas untuk dipegang oleh semua. Kalau persatuan selain badan uniform akan berpegang kepada konsep TRI-Dharma, iaitu Penelitian (penyelidikan), Pendidikan, dan tahap tertinggi Pengabdian kepada Masyarakat.

 

Bayaran dan juga elaun bukan mustahak bagi mereka, asalkan dapat berbakti kepada masyarakat itu yang utama. Sebab itulah 2 akhbar kampus Universitas Gadjah Mada iatu BULAKSUMUR dan Balairong Koran tidak menawarkan apa-apa bayaran kepada ahli penggeraknya. Walhal komitmen untuk menggerakkan sebuah akhbar kampus pasti perlukan 1001 pengorbanan.

 

Dengan nada berseloroh mereka berkata, “kami akan cepat masuk syurga, sudahlah buat kerja tidak berbayar, akhbar juga diberi kepada mahasiswa secara gratis (percuma)”. inilah yang membuatkan aku kagum bukan seketika, tapi sampai bila-bila…

 

Pesananku kepada semua mahasiswa yang berpersatuan betulkan niat,  “persatuan bukan tempat meraih peluang, tetapi tempat untuk berkongsi peluang dengan mereka yang tidak berpeluang” 

Advertisements
Komen-komen
  1. biha berkata:

    okeh…abg fazil bila nak stat pengabdian?hehe

  2. lurunna berkata:

    mengabdikan diri kpd ilmu ye fazil…
    bgs tu…hehehe

  3. kak shida berkata:

    dan kami sudah maklum…fazil juga sengal orgnya…hekhek ;p

  4. BOBO berkata:

    Salam. Sungguh tinggi nilai perjuangan dan pegangan jati diri mahasiswa di Indonesia. Walau tidak berkesempatan, tetapi dari mata pena saudara Fazil sudah cukup untuk mengungkapkan keberjayaan mereka dalam berpersatuan.

    Konsep yang dipegang oleh mereka sangat tinggi kecapaian maksudnya seibarat tidak terduga dengan kemampuan mahasiswa di tanah air.

    Setiap patah kata yang dilontarkan memang bermakna.

    Sungguh pun demikian, entri ‘sedia termaklum’ ini memberikan impak yang besar kepada aktivis pelajar di kampus sekiranya kita benar-benar menjiwai kebestarian berpersatuan.

    Syabas pemuda-pemudi intelektual di Indonesia. Semoga usaha itu akan membuahkan hasil yang hanya dibanggai bukan kerana balasan tetapi kesedaran. InsyaALLAH.

    Kelestarian Ilmu Bermula Dengan Pendayaupayaan Bahasa

  5. zizaiusim berkata:

    salam..possing sakan noh..x dk buah tgn utk kami ka?

  6. Dwi Rendy berkata:

    Alangkah indahnya persatuan antar bangsa….
    Saya termasuk salah satu anggota Resimen Mahasiswa UGM yang memberikan penghargaan setinggi-tingginya kepada Saudara Fazil
    Bukan karena beliau membanggakan Resimen kami, melainkan karena beliau merasa sama dengan kami dimana seharusnya memang muncul jiwa pengabdian pada negara dan masyarakat yang tidak diukur dengan uang semata
    Jiwa-jiwa inilah yang membuat sebuah bangsa bersatu
    Dan baru kali inilah saya melihat dengan mata saya sendiri terdapat post dari mahasiswa Malaysia yang memuji kami, bangsa Indonesia. Sudah lama saya lelah melihat banyak tulisan antara orang Indonesia dan Malaysia yang berseteru di internet. Saling mencaci, menghina, dan sebagainya.
    Sekali lagi penghargaan setinggi-tingginya dari saya dan Resimen Mahasiswa UGM atas jiwa besar Saudara Fazzil, dan semoga dua bangsa yang bertetangga ini (Indonesia-Malaysia) bisa menjadi sebuah sahabat erat dan tidak pecah karena nasionalisme sempit.

    penglipurlara : terima kasih juga kepada Dwi Rendy atas kesudian membaca kiriman yang tak seberapa. ia adalah tulisan yang ikhlas dari hati yang kagum dengan semangat kalian. semoga kita menjadi jiran saling bantu-membantu bukan bermusuhan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s