MARI BELAJAR BAHASA MELAYU….

Posted: Ogos 27, 2009 in BERFIKIR SEJENAK, DIARIKU

bahasa kita kaya sebenarnya… kita saja yang tak  tahu menggunakan ia  dalam kehidupan seharian kita..

aku diberi tugasan oleh ‘sifu’ untuk menghayati puisi-puisi moden dan lama bagi menambahkan kosa kata  dalam minda. (aku memang lemah kosa kata ).

banyak yang aku jumpa. dari karya  A.Samad Said dan Usman Awang sehiggalah kepada W.S Rendra dari tanah seberang.

 

menarik untuk dikongsi perkataan ini :

1) leluhur = nenek moyang

2) buana = dunia, bumi

 

dua perkataan ni banyak aku jumpa dalam karya W.S Rendra dan A Samad Said.

 

MARI BANYAKKAN KOSA KATA !!!!

Advertisements
Komen-komen
  1. BOBO berkata:

    Salam.

    Bagus-bagus, usaha yang perlu dikekalkan. Saya pernah terbaca rangkai kata atau peri prinsip hidup seseorang yang bukan dalam kalangan orang bahasa iaitu ‘bahasa memanusiakan insan’. Memang indah perihal 3 frasa itu.

    Mendalami ilmu dan bahasa suatu keunikan. Apabila kita berjaya menyusun simbol-simbol itu menjadi sesuatu yang bermakna. Istilah dan terma yang berbeza menjadikan penguasaan kosa kata lebih menarik.

    Teruskan semangat untuk menghayati keindahan bahasa Melayu dan jangan biarkan bahasa indah itu sirna dimamah usia.

    W’salam.

  2. putraim berkata:

    selamat menambahkan kosa kata anda. harapanku, jgn setakat di blog ja tp kongsilah kosa kata itu kepada roomate anda. huhu… kita memberi orang lain ilmu insyaallah, Allah menambahkan ilmu kita….. 🙂

    PENGLIPURLARA : bukan roomate je..dengan orang lain juga. tapi kalau roomate pun share balik semula kan lagi baik.. ada 2 input berbanding 1.. hehe

  3. put3alam berkata:

    usaha yg bagus…teruskan gigih berusaha…semoga persediaan yg awal ini membawa impak yg tinggi pd performance hujung thn ni

    PENGLIPURLARA : Insyallah… itulah hajat sebnarnye… Aminnn..

  4. tenzokami berkata:

    yea…meh blajar bhasa melayu…
    bhsa kedah jua…*fazil cikgu nyer*

    PENGLIPURLARA : jom ramai2…. “hang nak pi mana?”.. hehe

  5. anakkawi berkata:

    haha, masa muda2 dulu org cakap bahasa melayu lama itu adalah bahasa indon.

    bahasa malaysia skrg lebih kepada bahasa sms.

    so aku rasa la kan, budak2 zaman skrg ni xreti nk baca buku yg semirip indon, wlpn sbnrnya itu adalah pusaka org melayu yang penulisnya lahir dan hidup di Tanah Melayu.

    hahaha

    PENGLIPURLARA : atau baca reti, tapi tak faham je… hehe

  6. shida berkata:

    tapi akak still xleh trime bl fazil bcakap…bkn sbb nyampah…tp sure pecah perut gelak sbb each of ur word mesti klako…huhu

    PENGLIPURLARA : touching seketika… hehe

  7. hazri87 berkata:

    banat? waadat? marhein? andal? jemala? haha…

    PENGLIPURLARA : mintak kerjasama hazri87 terjemahkan juga dalam blog tongkang bocor… sama2 kita tingkatkan BM… hehe

  8. insan peace berkata:

    saya yang kerdil ni nak bagi sikit pendapat,walaupun saya tak belajar untuk stpm yang ada subjek bm yang juga wajib ambil,tapi saya ada baca buku bm tu,sukatan yang ada dalam buku tu memang menarik sehinggakan saya minat dengan bm ni,lain pada waktu spm,sukatannya terlalu mudah dan pelajar tak ambil kisah dengan subjek ni,ala mudah ja cakap diaorang,apa kata sukatan stpm diadakan dalam spm,bagi susah sikit,sebab ada yang memang lemah dalam tatabahasa terutamanya..minta kementerian beri perhatian kan…cuba baca sejarah bm ni,terlalu menarik,boleh dijadikan satu kebanggaan…..

    PENGLIPURLARA : cadangan yang menarik… best sangat belajar BM semasa STPM… lagi best bila dapat skor. hehe (Terima kasih Cikgu Ng)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s