KISAH 1
Politik banyak dipengaruhi oleh utilitarianisme..
Apa itu UTILITRIANISME?
Ialah satu prinsip di mana seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan atau kebahgiaan atau keseronokkan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang ramai (Abdul Rahman,2006). seandainya natijah yang diterima oelh orang ramai adalah seronok, maka kesan keatas individu yang memberikan mereka keseonokan itu juga adalah positif.
Maknanya seorang ahli politik itu perlu mementingkan kebahgiaan kepada orang ramai bagi mendapatkan sokongan dan juga pulangan yang positif.
Sebenarnya fahaman atau prinsip ini dijadikan sandaran bagi mengukur tahap moral seseorang. maknanya mereka yang berjaya membahagiakan ramai orang akan dianggap bermoral berbanding dengan orang sedikit sahaja membahagiakan orang.
Persoalanya fahaman itu di barat. Di mana barat pada ketika itu (lebih kurang 1600 M) tercari-cari sandaran bagi mengklasifikasikan sesuatu tindakan itu bermoral ataupun tidak. biasalah barat, mereka pisahkan agama dari kehidupan mereka sedangkan agama menganjurkan cara yang terbaik menilai tahap moral seseorang. Malangnya mereka tetap berbangga dengan taakulan akal yang tidak seberapa. Maka pelbagai teori lemah yang direka, termasuklah teori Utiliti ini.
Wajarkah kita menjadikan keseronokan sebagai sandaran dalam menilai moral seseorang? Sedangkan kita ada ‘panduan’ dalam menilai perkara ini. Tepuk dada tanyalah minda.
KISAH 2
Tadi (11 julai) aku baru lepas dari mendengar berita. Berita tentang pengumuman Pemberian Mesra Rakyat oleh YAB Perdana Menteri. pemberian ini sempena 100 hari perkhidmatan beliau. sebanyak 11 pemberian yang diumumkan tepat jam 11.11 pagi pada 11 Julai 2009 tadi. (semua 1 sebab simbolik 1Malaysia). Terima kasih PM atas pemberian ini. Pastinya rakyat akan bahagia dan gembira.
dalam senyuman kawan-kawan atas pengumuman itu tiba-tiba aku termenung…… lalu terfikir KISAH 1…..
p/s : orang memberi kita merasa
wow…sjak2 dah blajar moral ni, plbgai moral diutarakan. huhuhu…
penglipurlara : demi kebaikan bersama