SEKITAR PERCUTIANKU…

Posted: Julai 6, 2009 in DIARIKU

“kenapa makin gelap ni?” kawan2 menyapa tatkala kaki mula melangkah ke Kolej kediaman Canselor UPM. aku tersenyum sahaja walaupun dalam hati tertanya hitam sangatkah aku ini?

ehh? ape aku merepek ni?? astaga.. aku nak cerita masa cuti ni…

macam-macam yang terjadi sepanjang sebulan lebih aku bercuti.

Pertama tentang perkahwinan kakak ku

– kakak kesayanganku (bakal pengantin) terlibat dalam kemalangan jalan raya. mujur tidak melibatkan orang lain sebaliknya dia hilang kawalan lalu melanggar papan tanda jalan.  “teruk tak?” riuh satu kampung dengan soalan dari perkataan yang sama dalam gaya yang berbeza. andai ditafsir berdasarkan motosikal, ramai yang beraggapn dia sudah tiada.. tapi Mujur juga dia hanya patah pergelangan tangan kanan, patah gig hadapan 3 batang dan beberapa jahitan di kening dan kepala. Syukur. perkahwinan berlangsung dalam suasana yang agak meriah kerana pengantin sudah boleh tersenyum dengan menutup mulut pada hari persandingan tersebut. 😉

 

Kedua… selepas kenduri

– gara-gara kenduri sebahagian pagar dawai kawat rumahku terpaksa dirobohkan bagi mendirikan khemah. Maka selapas majlis kenduri, tugasan aku pun bermula iaitu mendirikan semula kota melaka.. eh silap mendirikan apa yang telah binasa. aduhhh… tak semudah yang disangka. berbekalkan pengalaman masa kecil membantu abang iparku membuat pagar kawat, aku meneruskan niat. tambahan pula dengan ragutan rakus  lembu-lembu liar pada pokok pisang emas kesayangan ku membuatku bertambah nekad. sedikit demi sedikit aku barusaha membina… dan akhirnya aku berjaya. sehingga aku melangkahkan kaki meninggalkan rumah untuk kembali ke UPM, pagar itu masih teguh berdiri. (cerita ini ada kaitan dengan kehitaman aku.. hehe)

 kawatduri

contoh kawat duri

ketiga… kenduri durian

3 malam berturut-turut aku disajikan dengan sajian pulut durian. memang kebiasaanya di kampungku orang yang banyak durian akan membuat kenduri. Menunya ialah pulut, santan dan isi durian. Selepas daripada sembahyang isyak di surau, kami akan bergerak ke rumah ‘sasaran’ (setelah dijemput). Majlis di mulakan dengan bacaan tahlil dan diakhiri dengan doa selamat oleh imam kampung. selepas itu barulah upacara menyantap hidangan yang telah lama mengiurkan mata. akibatnya 3 malam juga aku tak boleh tidur lena dek kerana panas durian. namun aku tak pernah serik kerana ‘dia’ antara makanan kegemaranku.. 🙂

durian

 

keempat… anak buahku

– kakaku selamat melahirkan anaknya yang pertama seorang putri yang diberi nama Nur Fatihah Balqis. bagiku dia baby yang comel dan sangat cerdik. sekarang ni dia sudah pandai gelak ketika diacah dan akan buat muka sedih jika di marah. walaupun masih baru  2 bulan usianya. aku lah yang dipertanggugjawabkan untuk mengambil surat beranak dan juga kad pengenalan kanak-kanak (Mykid). akulah juga yang mendodoikannya tidur dengan alunan selawat ketika ibunya sedang memasak. rasa macam ayah tapi belum lagi..hehe. melihat telatahnya kadang-kadang boleh membuatkan kita tersenyum dan ketawa. semoga dia akan membesar sebagai seorang anak yang berguna. Aminn..

DSC00517

3 minggu… keja tidor je

DSC00783

2 bulan.. dah pandai nak bersembang

 

demikianlah serba sedikit cerita tentang percutianku..

Advertisements
Komen-komen
  1. missungu berkata:

    comey baby tuuu~
    naseb x ikut muke ko..
    hehehe

    penglipurlara : ooo.. sempat lagi mengumpat ye..

  2. lurunna berkata:

    sian la kakak ko…moga hubungan mereka bkekalan hingga ke akhir hayat…neway, mata anak buah ko sgt comel!!!

    penglipurlara : tgokla mata bapa saudara dia camana… hehe (tak sama pun)

  3. putraim berkata:

    agaklah gelap sikit tp sy ykin anda boleh atasi dgn penggunaan pencerah (NIVEA) anda. hahahaha…

    1- smoga akak anda bhgia slalu.

    2- dah nmanya anak lelaki, so kne r buat bnda2 mcm 2. huhu.. oh adakah anda suke mkn pisang emas??? knp time ak beli ko kurang mkn?? ada persoalan disitu. huhuhu.

    3- waaahhhh…durian, napelah x bwak ke kolej?

    4- tahniah! dapat ank buah baru, smoga dia chat slalu…

    penglipurlara jawab.
    1- doakan untuk aku juga.. hehe
    2- sebab ko tak tananm hehe..
    3- pokok orang da.. aku tukang perabih kan je.. hehe
    4- time cacih.. di wakilkan kat aku,, hehe

  4. upmkb berkata:

    comel tul la baby tuuuu….

    penglipurlara : exitednye…. hehe

  5. el berkata:

    baby tu bkn nk sembang ngn pakcik dy pon…tp p.cik dy yg pkse…kui3…

    penglipurlara : tak baik tuduh.. 😦

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s