AIR MATA buat MERAH DAN PUTEH…

Posted: April 24, 2009 in BERFIKIR SEJENAK

merah-putih

 

 

Selepas selesai sembahyang isyak, aku singgah sebentar di bilik tv bagi melihat rancangan yang menarik hati.

Lengang bilik tv, hanya ada seorang yang sahabat yang khusyuk menonton drama.

 

“Cerita apa? ” Sapa ku mesra kerana aku kenal benar dia.

“Cerita merah dan putih. Popular sekarang ni.”  Tambahnya tanpa segan dan silu walaupun aku tak pernah bertanya.

“Ooo… ” balasku bersama iringan senyuman sedekahku padanya.

 

Dalam masa 15 minit memerhati, sedih dan kecewa hati ini…

kenapa?

 

  1. Tiada unsur pedoman yang boleh diselitkan untuk muda-mudi. Soal agama lansung dibiarkan sepi.
  2. Sudahlah tiada yang bertudung, nampak rambut keperangan dan kehijauan.
  3. Sudahlah tidak menutup aurat, seluar baju ketat dan sendat.
  4. Sudahlah tiada pedoman, malah menggalakkan pada kemaksiatan.
  5. Lelaki dengan fesyen terkininya yang entah apa-apa.
  6. Muda mudi dengan pergaulan tanpa batasan. Berpegangan tangan… berdua-duan menghalalkan apa yang di larang.

 Semua itu cerminan masyarakat kita kian tenat. Pemakaian, percakapan, dan  pergaulan yang dilarang itulah adat.

 

Kepada penerbit dan pengarah filem mahupun drama.

Anda boleh dapat pahala dengan mudah sebenarnya. berdakwah kepada masyarakat ini bukan hanya pergi ke masjid dan surau sahaja. Namun menerusi filem dan drama juga.

Tunjukkanlah contoh yang baik. Akhlak yang terpuji agar menjadi pedoman dan ikutan kepada muda-mudi.

Janglah fikirkan keuntungan dunia semata-mata, kerana di akhirat kita lagi memerlukanya.

Contohilah drama negara jiran kita, ada saja drama yang memberi pengajaran yang berguna kepada masyarakat.

 

Sabda nabi : “sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.”

 

Fikirkanlah… satu filem yang diterbitkan, 27 juta rakyat Malaysia akan menonton dan memerhati.

 

Adakah anda sanggup menanggung dosa akibat daripada ikutan dan pengaruh daripada filem anda?

Tepuk dada tanya amalan yang bakal dicuri dan dirampas ‘di sana’.

 

  

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements
Komen-komen
  1. qdetactive berkata:

    macam mane kepala??
    hahaha…

    penglipurlara : masih terasa getarnya… hehe

  2. putraim berkata:

    inilah hakikat masa akhir zaman ni….. kita lupa akan dosa n pahala. muda mudi terdedah sana terdedah sini…pegang sana, pegang sini, date sana, date sini….wanauzubillah jauhi segala daripada ku…. artis or pelakon x kisah apa yang berlaku, seolah2 kita tanpa agama…. biarlah bodoh didunia, tapi jangan bodoh diakhirat… yang sedihnya masyarakat kini bodoh dunia dan akhirat… renungkan bersama.

    penglipurlara : ustazzz…. hehe

  3. lurunna berkata:

    lama xtgk TV…(cam baik jeR kn)…ntah la, depend pd kita la nk btk diri camne…

    penglipurlara : ya betul tu, tapi persekitaran juga mainkan peranan

  4. missungu berkata:

    aku kan kt umah hari2 tgok cite ni..
    hehe..
    tp mmg ye la..
    cite y xde hala tuju..
    lau xde pon xpe kot aku rse..
    huhuhu~

    penglipurlara : pendapatku diterima.. bestnyeee.. hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s