1. Aku pernah terdengar dibibir manis generasi tua.
2. Juga kerap dilaungkan ketika berpidato dan berceramah ditengah launtan manusia.
3. “PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA”…. bunyinya
4. aku pemuda….
5. kau…. dia.. kamu… mereka… anda… dan siapa saja. janji telah layak umurnya.
6. Tak perlu diminta… memohon untuk ditemuduga.. tak perlu itu semua!! kerana ia percuma dan pasti setiap orang akan merasainya
7. tapi, layakkah kita digelar harapan bangsa andai hidup sendiri tunggang terbalik saja.
8. apa yang dilarang, ditegah, itu yang kita suka buat buat.
9. harapan bangsa? budaya bangsa tak pernah terbudaya dalam kehidupan kita.
10. kalut…. kecoh…. dengan budaya luar yang entah apa-apa.
11. lihat sajalah dari cara pakaian…. pergaulan… pertuturan… kontra lansung kesantunan bangsa yang pernah dijaga.
12. pemuda hilang jati dirinya… pemudi hilang peribadi dan maruah diri.
13. persoalanya : andai pemuda tidak pernah menunjukkan ia harapan banngsa dalam kehidupanya, bolehkah dijamin akan mengangkat harapan bangsa ketika diberi amanah dan kuasa?
14. analoginya…. bolehkan seorang pemuda memakan nasi enaknya andai sepanjang kehidupanya tidak pernah memakan nasi dan elergi dengan nasi.
15. anda jawab dan fikirkan dalam hati… lepas tu, pergi makan nasi.
16. cadanganku, kalau benar harapan bangsa dan tiang negara…. tunjukkanlah dari sekarang.
17. kalau benar harapan bangsa dan tiang negara…. persiapkan diri dan buktikan dari sekarang
18. jangan sampai kita terlewat dek kerana terleka di waktu kesenggangan.
19. sekian. untuk renungan ‘PEMUDA dan PEMUDI MALAYSIA’
20. BAKAL HARAPAN DAN TIANG KEPADA NEGARA….
kerana iman tiada dijiwa…
penglipurlara : sangat bersetuju.