CERITA NENEK

Posted: April 1, 2009 in DIARIKU

1. nenek pernah bercerita pada aku.

2. “cu.. kat Mekah keadaanya lain” katanya ketika masih segar bau wangi atar dan lambaian haji.

3. “apa yang lainya nek” tanya ku manja seorang cucu.

4. “kalau di Mekah, bila ada saja bilal yang melaungkan azan di masjidil Haram, semua peniaga akan tinggalkan kedai, dan gerai mereka untuk menunaikan solat. tak payah ditutup pun. ditinggalkan dalam keadaan yang terbuka saja.” penuh kagum nenek ku bercerita.

5. “waaahhh… sedapnya ayam goreng”…. kata ku.

6. “eh kesitu pulak, berenti dulu tengok upin dan ipin tu. nenek nak cerita ni. kang nenek iktiraf kau cucu derhaka sia2 je”. ugut nenek dengan tegasnya.  * no. 5 dan 6 adalah scene tambahan saja ni. TQ. hehe*

7. “tak risau pun barang nak hilang ke… mereka redha dan Yakin pada Allah. bukan itu saja, orang ramai yang lalu lalang pun tak panjang tangan, akur  pada perintah tuhan. jarang kedengaran tentang kes kecurian yang dilaporkan.

8. “inilah berkatnya hukum hudud yang Allah perintahkan untuk kita laksana. tapi ada saja akal manusia yang melawanya”. “takut kudung tangan la… susah hidup la… macam-macam alasan yang ada”. ceramah percuma ku dengar dari mulut nenda.

9. ” nak pegi tegok lah nek” sapa ku teruja.

10. “emm.. bagus tu, pasang niat kecik2 lagi.. nanti besar kumpul duit, bawak mak pegi haji ye”. pesan nenek dengan senyuman yang tak prnah ku lupa.

11. ” ye nek,  nanti angah nak pegi”.

—- itu kisah 15 tahun yang dulu. ketika nenek ku masih ada… al-fatihah untuknya——–

namun kini, ku temui cerita nenek  tadi di Universiti.

1. mungkin anda juga pernah melihat….

2. dekat floor…dekat centre blok… peniaga meletakkan barangan mereka dan meniggalkan begitu sahaja.

3. tanpa ada penjaga… tanpa ada CCTV yang dipasang olehnya.

4. hanya berserah pada Allah dan keintlektualan seorang mahasiswa.

5. paling tidak pun ada sekeping kertas yang tertulis nota ” RM1.00…. BAYAR DENGAN JUJUR”

6. Alhamdulillah, ada saja barang yang dibeli sambil duit belian diisi dalam peti.

7. jujurnya… teharu aku.

8. macam kat Mekah pula seperti cerita nenekku.

9. semoga amalan jujur begini bukan hanya pada pelajar universiti

10. pasti akan aman dan makmur Malayia tercinta.

bukti yang nyata

bukti yang nyata

kan bagus begini..

kan bagus begini..

Advertisements
Komen-komen
  1. qdetactive berkata:

    jom p mekah…

    penglipurlara : perlukan persediaan lagi ni…

  2. putraim berkata:

    baiknya cucu nenek sorg ni…hheheeh…
    x kira mahasiswa or tak, bab makan jgn nk menipu, kelak akan jd darah dging sendiri…..

    penglipurlara : time kasih puji.. hehe.. bukan darah daging je, sampai keturunan pun tak kan abis

  3. tenzokami berkata:

    erm…nk g Mekah!!

    penglipurlara : bagus2..

  4. zetty89 berkata:

    tapi kan.. kat kolej saye lain…
    siap ade notis..
    “sesiapa yang beli dan belum lupa bayar lagi, bayarlah.. ingatlah kamu, mati itu wajib!!”
    lebih kurangla ayat tu…
    x same pulak dgn cerita nenek…
    teringat pulak pasal Malaysia yg memang bnyk pencuri… hehe..
    teringin nk g SaNa juga!! my mom kate, ais krim yg die makan kat sane sedap, n nampak penas terik, tapi bila bwh matahari, x panas pun…

    penglipurlara : jangan pegi sebab nak makan ais krim je tau.. hehe

  5. lurunna berkata:

    juz nk share, kt kelantan, lepas azan terutama maghrib pasar mlm ke kedai ke pe ke, sume ne tinggal premis nk g solat kt masjid bdekatan…kalo x ne saman! n alhamdulillah xde pe yg hilang…kalo customer ade, customer pon ne g solat dulu…

    penglipurlara : bakal membuat liputan… tak pun lurunna yang kongsikan. kebanggan tu

  6. yasmin berkata:

    hmm…best kan bila semua org jujur~~ manusia itu adalah apa yg dimakannya..so if makan tak bayar, da jadi darah daging, dosa tu tanggung sendiri lah~~

    penglipurlara : betul tu… semua orang tahu, nak amal tu je masalah. semoga kita kuat.

  7. ella_cute berkata:

    bgusnye klu jujur…
    kat kolej selalu de kes kcurian…
    cian kat org y berniaga coz blaabis je niaga… kira x cukup..
    baru2 ni pun dah hlang laptop and enset…
    x paham la…

    penglipurlara : wajar dipotong tangan saja pencuri tu.

  8. tenzokami berkata:

    aah..btol kta lurunna tu..
    kt klantan klu mghrib2 korg g psar mlm jap ag duk dlm glap la ko sorg2…automatik smua kdai akan ttup n berderu ke surau…

    aku bgga jd anak klantan apatah lg anak psr mas…hehe..

    penglipurlara : aku pun bangga sebagai rakyat malaysia… hehe bolehkan?

  9. tenzokami berkata:

    aah…as pn bangga gle jd rakyat Malaysia…bley???hohoho
    bengang gle kalu kn mrh dgn mak endon or mat banggla…suke2 je nk mrh org….xsedar la 2 tumpang negara org…hohoho…

  10. unguisme berkata:

    nak jugak~
    aku pon bangga aku anak johor!!!
    (de kaitan ke..??)

    huhu~

    tp kan…
    pesal kt malinja xde jual gitu?
    lau x mesti aku jd pembeli tetap!
    haha

    penglipurlara : macam tak dak kaitan je. hehe. siasatan akan di buat dekat blok tersebut.

  11. zizai berkata:

    salam…bagus blok ang tp tambahla lg cerita2 yg menarik..
    bnykn cerita ttg dakwah…I.Allah, Allah akn mem,balasnya…chaiyok pengliupurlara…

    penglipurlara : TQ sahabat… (masa form 6 dulu ni).. 😉

  12. zizai berkata:

    ok..buatla cerita ttg f 6 plak.hahaha…
    Moga ukhwah kita ttp selamanya…
    balik kg ang update jgk ka blog….

    penglipurlara : tgh usahakan macamana nak update blog.. huhu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s