MAHASISWA DAN AGAMA

Posted: Mac 8, 2009 in DIARIKU

mahasisiwa-dan-agama1. aku mahasiswa…

insan yang layak dan terpilih

menelaah di institusi pengajian tinggi

2. aku mahasiswa…

kadang-kadang termenung seketika

apa yang aku tuntut sebenarnya

sembahyang masih macam biasa

khusyuk susah untuk hadir sama

rawatib.. tahajjud.. tasbih.. taubat

kian kecil bilanganya

3. aku mahasiswa…

penuntut universiti

malunya terasa

tahlil pun ingat-ingat lupa

umur dah makin dewasa

terkumat-kamit berpura-pura membaca

macam mana agaknya nasib ibu bapa

kesian mereka..

mengharapkan insan terpilih macam kita

untuk uruskan jenazah mereka

tapi hampa

4. aku mahasiswa…

yang dikejar kesibukan dunia

jawatan… tanggungjawab… amanah

hingga terlupa

mana jawatan tang lebih utama

apa tanggungjawab yang lebih utama

apa amanah yang paling utama

5. aku mahsiswa…

bukan mendambakan untuk menjadi sempurna

bukan juga untuk tahu segalanya

tapi apakah salahnya imbangkan keduanya

akhirat dan dunia

agar  yang akan lahir

guru tahu agama..

saintis yang tahu agama

YB yang tahu agama

peguam yang tahu agama

doktor yang tahu agama

dan pemimpin yang tahu agama

6. aku mahasiswa…

semoga  bukan AKU sahaja yang berfikir begini..

Advertisements
Komen-komen
  1. Iqa berkata:

    dlm pindaan auku xsebut mahasiswa dah.
    semua sebut pelajar je.
    hehehehehe….

    penglipurlara : jasadku pelajar… rohku mahasiswa

  2. tenzokami berkata:

    aku pelajar…hehe….

    PENGLIPURLARA : semoga akan jadi mahasiswa

  3. putraim berkata:

    bukan hanya mahasiswa, tetapi setiap sesiapa sahaja yang menyedut udara di dunia ini perlu dan harus tahu tujuan kehidupan di dunia ini…

  4. biha berkata:

    btoi3!!

    penglipurlara : upin dan ipin pulak ye.. hehe

  5. put3alam berkata:

    ye…ye…smoga kt jd mahasiswa yg cemerlang dunia…akhirat

    PENGLIPURLARA : AMINNNN

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s