MEREKA YANG TAK TAHU MALU…

Posted: Mac 3, 2009 in AGAMA

fa_012

Kepada Mereka Yang Tak TAHU MALU…

ingatlah siapa dirimu

apakah asal kejadianmu

apakah tugas dan perananmu

Kepada Mereka Yang Tak TAHU MALU…

di alam rahim kau pernah berjanji

beria-ia untuk menjadi khalifah sejati

namun bila lahir ke bumi

kau leka

kau lupa

kau terkesima

walaupun di ingatkan setiap masa

Kepada Mereka Yang Tak TAHU MALU…

kau mudah bangga dengan secalit kuasa

kau mudah gila dan kelam mata

buat apa yang kau suka

seperti kau yang maha kuasa

Kepada Mereka Yang Tak TAHU MALU…

kau riak dengan kebolehan yang ada

angkuh mencemuh

mereka yang tiada

kau tamak pada bicara

takbur pada perbuatan dan tuturkata

hingga kau lupa

asal kau hamba dan tetap hamba

Kepada Mereka Yang Tak TAHU MALU…

ingatlah kau hanya HAMBA

yang sepatutnya patuh dan taat pada ‘Tuanya’

ikuti segala suruhan

jauhi segala larangan

jangan menderhaka

dan jangan berlagak berkuasa

kerana kau tiada apa-apa…

Ku nukilkan puisi ini khas buat mereka yang tidak tahu malu. mungkin diriku.. tak mustahil juga dirimu.. apa yang pasti selagi mana kita belum sedar dan enggan berubah kita adalah orang yang tak tahu malu.

Advertisements
Komen-komen
  1. putrawawasan berkata:

    terima kasih di atas nukilan tu… itulah manusia, yang sememangnya mudah lupa dan alpa akan diri sendiri. apabila di kata yg dia lupa dan alpa semestinya tak mengaku…. kehidupan….
    p/s teruskan penulisan anda, anda berbakat dan jgn dipendam, ayat perlu lebih gramatis lagi. hehehehheh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s