cerita boikot..

Posted: Februari 16, 2009 in DIARIKU

baru-baru ni aku pergi ke Mines untuk membeli kelengkapan peribadiku dan juga perutku.. dalam pengamatan aku, masih ada lagi orang melayu islam yang tengah berbaris untuk membeli ais krim Mc D.  ada yang beli KFC.. lalu hati nurani aku tertanya.. boikot dan habis ke? boikot yang kita buat dan berjaya lemahkan AS dan Israel ke? Malaysia kekurangan ayam dan Ais krim ke sampai kita dah tak tertahan nak makan semua yang tersenarai boikot tu?

kesian.. kehancuran, kemusnahan di Palestin tak pulih-pulih lagi pun.. kita dah sibuk nak beli itu beli ini.. 

tertarik dengan komen yang diberikan oleh adik Mierah, katanya mereka yang  makan KFC tu umpama memakan daging saudara kita sendiri.. kita pegang jari mereka..patahkan.. dan kita cicah dengan sos.. sedapnye. sehingga menjilat jari. cubit isi mereka kunyah dengan lazatnya… aduhh, nikmat. nauzubillah..

katanya, itulah bayangan dalam fikiran yang membuatkan beliau tak teringin untuk makan KFC lagi. cadangan yang cukup baik. aku pun akan berfikir sebegitu.

kerana ku percaya, boikot bukan untuk 1 hingga 30 januari 2009 sahaja. tetapi selamanya. dan perlu yakin dan percaya, yang serangan dan pencerobohan zionis tidak akan terhenti setakat ini sahaja.

boikot 30 hari belum tentu menjatuhkan mereka, tapi kalau  20 dan 30 tahun.. i’Allah.. lemahlah mereka dek kekuasaan sebagai pengguna yang kita ada. Disamping itu kita menaikan industri tempatan kita.

teruskan boikot!! ia amat bermakna..

Advertisements
Komen-komen
  1. putraim berkata:

    sokonglah barangan kite…..

  2. zetty89 berkata:

    la, mu rumate lagi bez…
    adeke patut mase saye ckp kat die KFC di boikot,
    slumber je die jawab yg die makan je sebab da lapar…
    down kejap!! ade yg siap bwk KFC naik bus pulak. bukan night plate je, lagi besar pulak tuh..
    same je rase ayam marrybrown(boikot x) dgn KFC..
    peliklah…
    xpela, mungkin beli produk Malaysia jatuhkan standard diorang koot…

  3. yasmin berkata:

    hmm..saye setuju about boikot nih…u c, my sister yg 6 tahun pun tau tahan diri from makan aiskrim mcD eventhough dia suka sgt2.. hmm..tapi kan, if tgk in a wider perception, org2 kita gak yg keje kat tempat2 camtu..so indirectly, kalau kita boikot terus terusan, org kita gak yg akan kena effectnye in the long term. i understand, kita bleh je boikot, tapi kalau negara lain tak buat yg sama, tak kemana jugak usaha tu..n kite jgn lupa dat ekonomi kita ni mmg banyak amik pelaburan dari luar.. so…perkara mcm ni, kalau nak argue mmg takkan tamat sampai bile2… tapi personally, saya juge boikot, bcoz dats the least that i can do..tepuk dada, tanya selera. =)

    penglipurlara :niat yang baik akan dibalas baik, walaupun tindakan itu awalnye nampak tak sesuai.. yakinlah, Allah Maha Adil lagi Bijaksana

  4. lurunna berkata:

    ntah la…susah nk jwb psoalan nie!!!nk boikot yahudi, tp dlm masa yg same terpikir nasib2 usahawan francais kiteR!!! mereka melaburkan lebih kurang rm300ribu hanya utk m’dptkan lesen francais, x termsk latihan dan sebagainya, hanya utk mdptkan lesen!!!… pekerja2 plak kbykannya org Melayu…sapeR yg harus dipersalahkan? pe yg patut keter lakukan… kita ibarat sudah terhantuk baru…..itulah senjata mereka, mereka merancang dari awal utk musnahkan kita…dan kiteR plak dh menyokong mereka dari awal…fikir2 kan la….

    penglipurlara : dosa orang yang tahu tapi masih buat lebih besar dari dosa orang yang tahu tapi dia buat.. adakah kita nak terhantuk baru terganadah sahaja atau terus tersungkur? sekadar renungan..

  5. el berkata:

    “ya Allah..bukakanlah minda dn ketajaman akal fikiran para khalifah-Mu..”

    mgkin dorg nk smpy wat cmni,tgh dorg sedap mkn kfc yg smpai jilat jari tu,bg dorg tgk poster or pic mngsa2 palestin tu..err geram je..dorg ley plk mkn n mcm tersenyum meleret j..cm xde perasaan j..
    hmm..tp rmai jgk yg truskn boikot..alhmdllah..semoga “pemboikotan” tu berterusan..at least,still ade yg sygkn saudara2 seagama n mlwn msuh Islam..
    bkn nye kene pegi bertempur d medan perang,tp dengan sdikit kesedaran,–>BOIKOT!
    bantuan yg xsberapa..tp msih xnk buat..hmm..rnung-rnungkn…

    penglipurlara : TQ el.. dah bleh buat blog ni melihat kepada komen yang di buat. hehhe

  6. ella_cute berkata:

    setakat rakyat je yang baikot memang xjadi…..suara kita karang nie kecil…susah kalau nak baikot sesuatu benda…
    lagipun benda2 yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia ni memang susah nak baikot..
    hasil kerajaan pun diperolehi dari cukai2 pelabur luar like kfc, mc d,star buck …
    semua permis 2 selalu dikunjungi oleh orang yang agak senang la..so lagi banyak orang yang kunjung lagi banyak keuntungan yang diperolehi dan lagi banyak hasil cukai yang diperolehi malaysia…
    sebenarnya nak baikot bukan saja kfc, mcd saja tapi tesco pun kena baikot juga…
    ” TESCO adalah singkatan nama kpd TESSA COHEN…isteri kpd jutawan yahudi u.k and penyokong kuat zionist-nazi”
    tapi nak wat cam na barang kt tesco murah…susah org nak baikot tesco…

    penglipurlara : sokonglah barangan malaysia…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s