28-25 =3!!!

dsc00513

Allhamdulillah..  bersyukur kepada Allah kerana memberi keizinan kepadaku untuk merasai pentas akhir PENITI sekaligus melayakkan diriku untuk berada pada tempat yang ketiga diantara 8 peserta akhir.  Di sini aku nak kongsi sedikit perjalanan dan perasaan aku sepanjang sehari peniti.

MASA SARINGAN..

sehari sebelum peniti, debarnye telah ku ceritakan kepada anda. cari dalam enri terdahulu. masa hari pertandingan aku pergi kolej kelima pada jam 8.30 pagi. aku ingatkan aku yang terlewat,Sebab dulu katanya, pukul 8 mesti sudah ada di tempat pertandingan. rupanya aku boleh dikategorikan sebagai pendaftar yang awal. syukur sangat. sekurangnya selamat la imej aku dan juga Kolej Cans elor aku ni.

aku peserta yang ke 28.. lama aku tungu. mulanya pergi dengan kemeja dan berblezer, selepas makan tengahari ku tukar fikiran nak mencuba kelainan. lalu ku telefon abg Sham mintak nak pinjam baju malayu hitam dia. dia pun kata Ok. terus ak lari balik kolej dan tukar pakai baju melayu. kenapa aku tukar?

1- ku rasakan aku perlu buat kelainan dari peserta lain kerana  semua peserta pakai blezer je. Aril (rakan debat dari K13) je yang pakai batik.

2- nak bagi hakim ingat aku sebab aku kan peserta hampir last. bila pakaian lain dari yang lain msetila hakim akan ingat sikit dekat peserta yang ke 28 ni.. hehe

3- aku merasakan aku pemimpin tempatan dan perlu mengangkat budaya tempatan kita. maka baju melayu pilihanku.

baju melayu masa saringan adalah hitam. yang gambar kat atas adalh masa akhir.

selepas dipaggil ke bilik kuarantin, jantung aku macam nak pecah. lepas tu aku asyik menguap je.. bukan sebab mengantuk, tapi aku akan menguap juga bila aku berdebar. jadi bila korang nampak aku menguap tu tandanya aku berdebar lah tu walapun aku tengah nak tidur.. hehe

tajuk yang aku dapat agak senang la bagi aku. bunyinya ” pemimpin berilmu penjana jati diri unggul”

sebelum naik, aku berdoa dan sebelum aku nak bertanding aku dah mesej semua family bagitahu supaya mereka dapat memdoakan aku. mak mentua aku pun aku bagitahu juga.. hehe.. dan aku yakin cara ini sangat berkesan. masa ASTAR aku dan aplikasikan.

alhamdulillah.. semuanya ok.. dan aku puas sangt dengan persembahan aku petang tu. cuma aku tak berani jamin dapat masuk ke tak ke peringkat akhir. sebabnya takut kita syok sendiri dan aku tgok peserta selepas aku pun meletup-meletup juga pidatonya. debabooommm!!!

akhirnya, aku terpilih untuk ke akhir. gembira sangat. dapat bawa nama kolej dan nama aku sendiri ke pentas final malam nanti. selepas diundi, aku peserta yang kelima dan tajuk yan diamanahkan untuk aku ialah “dunia tanpa sempadan pemacu kepimpinan gemilang”

hasil ilham abg sham dan lokman telah membuka jalan kepada aku untuk membawa pidoto tersebut pada landasan yang mana. terima kasih korang berdua.

MALAM AKHIR…

aku pinjam baju roomate. warna ungu kat atas tadi. baju melayu raya lengkap, aku tertinggal dekat rumah. jadi terpaksa menebalkan muka untuk meminjamnya walaupun aku tahu roomate aku sporting.  biasala aku kan pemalu.. hehe

tak tahu kenapa aku gugup melihat ramainya orang pada malam tu. aku rasa muka aku memang ketat. aku cuba untuk senyum sebagai seorang pemimpin yang mesra rakyat tapi tak berupaya. maka aku main antonasi sahaja untuk bercerita. tak tahu lah jadi ke tak. hehe. yang memalukan aku.. aku jadi kelu seketika. tak ingat apa ayat penyambung kepada ceritaku seterusnya. ini mungkin disebabkan aku mengahafal dan tak faham apa yang aku hafalkan. inilah jadinya.

selepas aku turun, aku dah down dan macam tak dak harapan ja.. tapi selepas diumumkan, aku tempat ketiga! aku gembira sangat2, hanya tuhan saja yang tahu perasaan aku. sehingga aku tepuk tangan sendiri masa on the way nak pi amik hadiah. roomate aku cakap. aku tak sedar pun itu yang aku buat. mungkin itulah tanda kegembiraan aku.

selapas bergambar aku pun balik ke bilik dengan senyuman penuh kegembiraan. sampai saja di bilik badan ku terasa penat sangat disebabkan seharian memerah otak mencari hujah dan maklumat. aku mandi, solat dan terus tidur..

SEKIAN…

P/S : cerpenkah ini?

12 thoughts on “28-25 =3!!!

  1. keningau berkata:

    tahniah dpt no3..huhuhuaku kalah lalalala…..hahaha bukan setakat novel..buku teks plak.hahaha

    penglipurlara :tq.. tahun depan ade lagi.. jadi hakim pulak. tak pun extend.. hehe. buku teks topik satu ni..

  2. fakir berkata:

    aku yang duduk di sebelah kopun perasan ko tepuk selepas diumumkan tempat ketiga…huh

    -yakin diri adalah senjata paling kuat apabila bersaing-

    penglipurlara : iye?.. dalam tak sedar saya buat gitu.. hehe malu pulak. i’allah saya akan gigih berusaha untuk jadi yang terbaik.(meletup ayat) hehe

  3. biha berkata:

    apa kaitan 28-25 dgn cerpen ni??
    p/s:kalau ni cerpen la..huhu

    penglipulara : baca komen iqa.. ada jwapannye.. yakinlah.. matematik mudah ni. hihi… telenovela rasanye ni (konfius jap)

  4. biha berkata:

    congratz!! bangga ni dpt stu team ngan no. 3 peniti..hehe
    nk tnye..apa kaitan 28-25 dgn cerpen ni??
    p/s:kalau ni cerpen la..huhu

    penglipurlara : 28 no giliran, 25 no saringan sebab ada yang lewat datang so kena anjak le.. dan 3 no ehem2.. hehe faham kan? t.q.. hehhe

  5. Iqa berkata:

    Baju ko mlm tu mcm org nak g nikah…

    p/s: komenkah ini…

    penglipurlara : iye? hehe tapi pengantin pempuanye tak ade.. hehe. em2 boleh di ketegorikan sebagai komen gak ni.

  6. Iqa berkata:

    Maksud 3 tu sbb dpt tmpat ke3.
    Maksud 28 tu sbb no giliran no28.
    yg 25 tu??
    Adakah 25 tu no giliran terbaru slps beberapa org peserta yg tarik diri?

    penglipurlara : yesss!! akhirnye ade yang faham.. tq2..

  7. putrawawasan berkata:

    tahniah….tahniah…dan tahniah di ucapkan kepada sahabat tersayang…huhu… segala pengorbanan dan usaha tak akan di sia2 kan…. x kesah r ko msj sapa sekali pun.
    tapi yang aku pelik, ko lum kwin mcm mn dah ade mertua ek????
    pelik bin ajaib. huhuhu
    usaha lagi untuk kalahkan abg amir. ooopppsss. hehehehe

    penglipurlara : mak mentua idaman haha.. tQ sahabt merangkap roomateku..

  8. lurunna berkata:

    Tahniah…walau xdpt tgk ko di pentas akhir, aku sntiasa doakan sahabat2 aku…

    penglipurlara : terima kasih… sejuk hati aku dengar..

  9. qdetactive berkata:

    tahniah. dah nampak dah tu jalan. lepas ni boleh teruskan kecemerlangan…

    penglipurlara : jalan yang sempit kan membwa kepada kehidupan.. jalan yang lurus kan membwa kepada kehancuran.. (lirik lagu hijazz) hehe.. motif saje2

  10. miera berkata:

    tahniah penglipur lara….
    sy baca ats..
    tengah..
    n bawah..
    terus faham novella nyer…
    pe pn…nmpk ngat plipurlara nie hepy ngat..

    penglipurlara : macam kenal je teknik pembacaan begini.. tapi dimana ya?

Tinggalkan Jawapan kepada lurunna Batal balasan