SECEBIS PENGAHARGAAN..

Posted: Februari 6, 2009 in DEBAT

Impian aku untuk mencapai kejayaan dalam mana-mana pertandingan debat yang aku sertai telah berjaya dicapai. Walaupun hanya layak mendapat naib johan, namun aku tetap bersyukur. Pengalaman beraksi di pentas final itu lebih mengembirakan berbanding hadiah yang kami dapat. Sejak PENDEKAR 2008 (pertandingan debat kemerdekaan Interkolej UPM) yang mana aku dan team aku berjaya meraih johan pada ketika itu, aku tak pernah lagi merasai nikmat berarak dan beraksi di pentas final. Namun

Debat terbuka ASTAR 2009 (ASTAR 09) telah menjadi platform untuk aku meneruskan perjuangan dalam arena perdebatan. Paling bestnya, ini kali kedua aku menyertai ASTAR dan aku berjaya tunjukan yang aku tak akan sertai lagi ASTAR buat kali yang ketiga (padanlah dengar umur aku yang semakin muda.. hehe). Kalau sertai pun mungkin sebagai hakim atau pengurus pasukan.. hehehe.

Sekalung pengahargaan yang ikhlas dari hati aku buat rakan sepasukan UPM B ( Biha, Fiza dan Bad ) yang telah banyak memberi sokongan dan dan maklumat yang berguna untuk aku guna sepanjang perdebatan. Maaf ku pinta andai kerana tak mampu untuk menjaga anda kalian semua sebagai seorang ‘abang’. Ini kelamahan aku yang aku kesali. Tanpa korang mungkin aku tak kan kemana dan mungkin tak akan ceritakan pengalaman indah dalam blog ini. Maaf juga andai ada salah dan silap sepanjang kita bersama. Aku gembira bekerjasama dengan korang semua.

Tidak lupa juga buat senior-senior, rakan-rakan debat dan juga pasukan UPM yang lain (A dan C), yang telah banyak membantu dalam memberikan maklumat dan sokongan. Terima kasih atas doa kalian untuk kami terus berjuang. Tanpa doa korang kami tak kemana juga. Percayalah bahawa kejayaan ini kejayaan kita semua, bukan team aku semata- mata kerana kita berjuang dibawah satu panji yang sama iaitu UPM, universiti tercinta. Semoga pentadbir UPM terus mempercayai kelab kita dalam arena pengucapan awam, siapalah kita tanpa sokongan mereka. Ingat tu.. hehe .

Juga tidak lupa buat keluarga, dan orang yang tersayang yang tak jemu-jemu menyokong dan mendoakan kejayaanku. Sebelum ini aku hanya menjawab ‘kalah’ jika di tanya “macam mana debat?”. Kali ini insyaallah aku akan mampu untuk tersenyum dan menjawab “Alhamdulillah ada peningkatan”. Buat kalian semua aku amat sayangkan kalian.

terima kasih juga buat teman-teman atau sesiapa saja yang selalu mendoakan aku dalam diam-diam (kalau ada).. semoga niat ikhlas korang akan diberikan oleh Allah balasan yang setimpal. terima kasih semua.. banyak-banyak..

Penglipurlara : jangan pernah behenti belajar dalam apa2 pun yang kita tempuhi… t.q 😉

Advertisements
Komen-komen
  1. redapples berkata:

    macam dah basi je baru nak masuk dalam blog. hahahahahaha abg nak cabar kau utk Arau Open!!!

    penglipurlara : dah agak dah akan da orang komen gni.. hehe.. ok set!! tcabar nih…

  2. saya =) berkata:

    gud luck in wuteva u do….all da best!~ allahummaj ‘alna minan najihin…

  3. putraim berkata:

    doa ku sentiasa mengiringi mu…

  4. putraim berkata:

    sahabat jangan berhenti untuk berusaha mencapai kejayaan….
    usaha lif kejayaan (skrg dah gna lif, x gna tangga)

  5. naqib berkata:

    taniah2…
    bez la dpt berdebat…
    org x berpeluang lg… huhuhu

    xtw la skrun nie..
    cm semakin menurun jer mutu debat org…
    dh lame x bersidang

    pape pun, gud luck in da future

    penglipulara : t.q.. bakat yang dah ada senang.. asah je.. hehe

  6. fakir berkata:

    jangan pernah berhenti belajar…
    “macam pernah dengar, tp di mana ya?”
    hurm…

    penglipurlara :ala masa kita naik bot pancung dulu, curi2 masuk malaysia.. hehe motif? (‘tapi dimana’ tu kan dialek indon).. hehehe

  7. elly berkata:

    hmmm… thniah sbb ade kemajuan. cuma nk komen skit…skemanye blog nih, mcm bc paper je… tp elemen jenaka xdinafikan mmg kepakaran ko kan… so… aku cdgkan ayt2 dan bhs yg digunakan bia santai skit spy leh trik bnyak lg pmbc blog nih… huhuhu..

    penglipulara : tq atas cadangan nanti kita akan cuba versetile kan… heheh

  8. miera berkata:

    emmmr..
    btol dng elly 2..
    tahniah elly cz berani komen g2…hi3..
    lg satu asyik pasal debat je..
    nak bkawan ngan orang debat je ke???
    ngan marah ye…komennnnn ikhlas ni..
    tp pasal isu israel 2 saya sokong kamu..

    penglipurlara : er.. ni tgah kumpul geng untuk gulingkan pengliurlara ke ni…

  9. Abg Harmi berkata:

    debat bukan hanya sekadar menghadirkan dua pasukan berentap di medan bicara,

    debat juga bukan platform memperlecehkan satu sama lain,

    jauh sekali debat jadi medium merenggangkan silaturrahim,

    debat itu memanusiakan manusia..

    debat mengajar kita menjadi penyayang, menyayangi perjuangan bersama rakan-rakan sepasukan,

    debat mengajar kita menjadi tabah, bersabar atas apa jua dugaan menimpa apatah lagi tatkala menelan kepahitan sebuah kegagalan,

    debat mengajar kita menjadi periang, meraikan setiap kejayaan yang hadir walaupun sekelumit cuma,

    debat mengajar kita menjadi fokus, sentiasa teliti dalam berhujah dan melontarkan buah fikiran,

    debat mengajar kita menjadi empatik, tumpang sedih tatkala pasukan lawan terpaksa menerima kekalahan,

    debat mengajar kita menjadi pemurah, berkongsi apa jua dengan rakan-rakan apatah lagi ilmu dan pengalaman,

    debat mengajar kita menjadi ikhlas, bersyukur atas apa yang dikurniakan dan menerima apa yang telah ditentukan,

    debat mengajar kita menjadi murid yang baik, mentaati segala pesanan dan ajaran jurulatih dan para seniors,

    debat mengajar kita menjadi guru yang baik, memperturunkan ilmu yang terkandung di dada kepada generasi baru debat,

    akhirnya, debat memang memanusiakan kita, menjadikan hidup kita lebih bermakna..

    penglipurlara : terima kasih. cukup bermakna buatku dan pencinta debat yang lain..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s