>>> PENGLIPURLARA <<<

Secebis ceritera untuk dicerita…

Apa-apa pun, Agama No.2…. November 5, 2009

Difailkan di bawah: AGAMA, BERFIKIR SEJENAK — fazilyahaya-->uPm @ 1:49 am

Agama  no. 2..

Hari ini, kita meletakkan agama sebagai no. 2 dalam aktiviti kehidupan kita… setuju tak?

 

Cuba renungkan,

hal dunia kita dahulu kan…  kita sanggup pergi meting, sanggup pergi discussion, sanggup pergi study group walaupun azan tengah berkemundang.. betul..? Walhal Allah perintahkan kita supaya sembahyang tepat pada masanya… perintah Allah itu perintah siapa? Kawan kita ? roomate kita?

kehendak siapa yang perlu didahulu kan…? anda jawab.

 

“tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada ku”

kita telah ditanam, dididik, ditarbiyah, diasuh, dan dicanang dengan mengatakan hanya kerja yang baik sahaja menjamin kehidupan bahagia.. dapat sijil, ijazah,  dapat Phd, hidup akan senang lenang. Adakah kita lupa bahawa rezeki, pekerjaan, makan, minum itu milik Allah SWT. Kebergantungan kita kepada Allah semakin terhakis dengan menampakkan pencapaian menentukan kejayaan.

 

Memang Benar,

 ”Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya”

Tapi adakah itu prasyarat untuk kita mendahulukan dunia dari agama..?? cuba bayangkan ada sahaja orang yang pandai, cerdik, kelulusan tinggi tapi tak ada kerja…  dan ada saja orang rendah akademiknya, tapi  besar pendapatanya, senang hidupnya… jadi siapa tentukan itu semua? Tidak lain dan tidak Maha Pemberi Rezeki …Allah SWT.

 

jadi, dalam apa jua keadaan, dahulukan agama, kerana agama penentu kepada kejayaan dunia dan akhirat.

“jika kamu mencari dunia, akhirat akan menjauhi kamu, tapi jika kamu mencari akhirat…. dunia pasti datang kepada kamu..”

 

p/s = Agama mesti NO. 1.. !! Allahuakbar

 

Ucapan Khas September 26, 2009

Difailkan di bawah: AGAMA, BERFIKIR SEJENAK, DIARIKU — fazilyahaya-->uPm @ 4:57 pm

DSC01411 copy 2

 

RUGINYA SIAPA YANG MENSIA-SIAKANYA…. September 9, 2009

Difailkan di bawah: AGAMA, BERFIKIR SEJENAK — fazilyahaya-->uPm @ 10:57 pm

Rugi bagi sesiapa yang mensia-siakan kedatangan kau yang penuh dengan rahmat.

kau penuh dengan syafaat…

dan berkat…

bekal dan alat menghadapi akhirat…

 

wahai Amat… Ali dan Ahmad..

wahai aminah, kalsom… dan zainab

orang lain sibuk beribadat

kau sibuk mengumpul dosa maksiat..

orang lain sibuk mencari lailatul Qadar..

kau tidur tak sedar-sedar…

 

ini bukan bulan biasa…

ini RAMADHAN..

kau yakin akan bertemu ia lagi pada tahun hadapan…??

kau tahu panjang umur kau…??

tak bukan???

jangan di tipu oleh kesibukkan..

kerjakan banyak amalan..

 

tanya pada yang mengetahui…

cari pada yang memahami..

dan mensyukuri kehadiran ramadhan…

kau akan beruntung..

 

KERTAS CADANGAN SEHARI BERJILBAB DI IPT Ogos 31, 2009

Difailkan di bawah: AGAMA, BERFIKIR SEJENAK — fazilyahaya-->uPm @ 6:34 am

jilbab-92KERTAS KERJA CADANGAN  SEHARI BERJILBAB DI IPTA/IPTS

 

 

RASIONAL

melihat kepada isu pemakian tudung yang semakin dipandang biasa oleh masyarakat IPT kita. Tambahan pula, melihat keberjayaan kerjaan dalam melaksanakan hari berbaju batik pada hari rabu atau khamis bagi pekerja dalam sektor kerjaan. serta bagaimana galakkan sekolah keatas semua pelajar agar memakai uniform kelab dan persatuan masing-masing ketika hari rabu.  inilah juga rasional saranan kepada kertas kerja ini.

 

KUMPULAN SASARAN

  • mahasisawi IPTA/IPTS yang beragama islam

 

 

OBJEKTIF

  1. mengalakkan wanita IPT memakai tudung kerana suruhan Allah SWT. bukan suruhan ibu bapa atau masyarakat sekeliling.
  2. mengangkat martabat wanita
  3. melahirkan pelajar IPT yang memahami syariat islam
  4. menarik minat golongan berminat untuk berubah tetapi segan disebabkan gaya hidupnya yang lalu
  5. menghindari dosa kering* mahasiswi IPT (dosa santai yang  berlaku secara tak sengaja)
  6. meng-AYUkan para siswi sesuai dengan stigma masyarakat dunia terhadap Malaysia.
  7. menyelamatkan lelaki dari maksiat mata kerana melihat aurat wanita dan juga mulut yang turut mengumpat.
  8. menghindari “perhiasan di badan wanita” daripada mata jahat lelaki
  9. mengelakkan kerosakan rambut serta mengurangkan pembaziran wang ke salon kecantikan rambut.
  10. menyejukkan perut ibu mengandung, dan hati bapa yang membesarkan.
  11. bagi membezakan wanita  dengan pondan2 yang banyak menyerupai wanita hari ini.

 

HARI/ MASA  CADANGAN

  • Setiap hari Isnin.
  • bermula jam 7.00 Pagi sehingga jam 12 Tgh Malam.

 

PROSEDUR

  • Memakai jilbab atau tudung.  bentuk dan fesyen adalah bebas.
  • menutup aurat rambut dan  bahagian dada.

 

PENUTUP

semoga kertas kerja ini diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam usaha kita menggalakkan masyarakat membudayakan cara hidup islam. dan juga bagi meringankan sabitan kita di akhirat kelak kerana tidak menyuruh wanita menutup aurat mereka.

 

ISU HINA AGAMA ISLAM April 6, 2009

Difailkan di bawah: AGAMA — fazilyahaya-->uPm @ 6:49 am

1.aku tak tahu apa puncanya dan mengapa perkara sensetif ini bagai sengaja diusik dan di cuit.

2. geram, marah, benci, merentap-rentap sanubari

3. menghina azan dengan melaungkan seperti suara anjing menyalak

4. mengatakan nabi bersabda daging babi haram dimakan bagi menghapuskan dosa.

5. menghina sembahyang dengan tidak berpakaian dan seperti orang menyembah berhala

6. lihatlah sendiri….klik sini

7.untuk apa sebenarnya???

8. untuk melemahkan orang islam??? jangan haraplah!! api kemaharan yang bertambah marak

9. untuk menunjukkan kebencian pada islam? jangan sampai kita hilang kawan dan rasa kasihan.

10. untuk merosakkan perpaduan? mungkin ya…

11. pesananku… dan juga pesanan semua umat islam, jangan ulangi sejarah buruk yang pernah tercipta

12. 13 Mei 1969, bukanya suatu yang baik untuk dikenang

13. hanya yang bodoh akan membakar dalam rumah sendiri.

 

Buang Air Mac 7, 2009

Difailkan di bawah: AGAMA — fazilyahaya-->uPm @ 9:33 am

toilet9fy

mangkuk tandas? apa semua ni? sabar dulu… don’t gabra nehi (hidustan). aku ada satu cerita.  masa kecik-kecik dulu aku pernah belajar tentang cara-cara buang air ikut sunnah nabi. caranya begini ;-

1. mesti duduk

- hikmahnya,apabila buang air dengan keadaan duduk ia akan memudahkan dan melancarkan sisa buangan dengan lebih cepat. tak kira air yang ingin dibuang itu besar ataupun kecil. selalunya yang kecil tu la lelaki susah sangat nak praktikan. hehe.

-Menurut kajian sains, apabila kita duduk mencangkung, ia akan menekankan buah pinggang kiri dan kanan. ini sekaligus melempiaskan semua air kencing yang terdapat dalamnya. kesanya, siapa yang mengamalkan kencing duduk terhindar dari risiko batu karang.

2. beratkan kedudukan ke sebelah kiri

- menurut kajian, perut manusia kedudukanya kekiri sedikit, jadi dengan melebihkan sebelah kiri perut yang mengandungi sisa buangan ini akan ditekan keluar dengan lebih cepat.

3. berdehem

- ini bentuk bunyian. (tak tahu nak cerita camana. tapi aku tahu buatnya..)

- ini di bunyikan ketika membuang air keccil. ia akan melawaskan kecing dengan ‘menghalau’ saki baki buangan yang degil.

- di bunyikan sekurang-kurangnya 3 kali.

4.  bersihkan

- setelah puas dan yakin, cucilah tempat yang sepatutnya.

- tempat yang telah dikotori dengan sisa buangan juga jangan lupa untuk dibersihkan juga.

Mudah saja kan. siap ada hikmah lagi untuk kesihatan kita bersama. selamat mencuba.

 

MEREKA YANG TAK TAHU MALU… Mac 3, 2009

Difailkan di bawah: AGAMA — fazilyahaya-->uPm @ 7:17 am

fa_012

Kepada Mereka Yang Tak TAHU MALU…

ingatlah siapa dirimu

apakah asal kejadianmu

apakah tugas dan perananmu

Kepada Mereka Yang Tak TAHU MALU…

di alam rahim kau pernah berjanji

beria-ia untuk menjadi khalifah sejati

namun bila lahir ke bumi

kau leka

kau lupa

kau terkesima

walaupun di ingatkan setiap masa

Kepada Mereka Yang Tak TAHU MALU…

kau mudah bangga dengan secalit kuasa

kau mudah gila dan kelam mata

buat apa yang kau suka

seperti kau yang maha kuasa

Kepada Mereka Yang Tak TAHU MALU…

kau riak dengan kebolehan yang ada

angkuh mencemuh

mereka yang tiada

kau tamak pada bicara

takbur pada perbuatan dan tuturkata

hingga kau lupa

asal kau hamba dan tetap hamba

Kepada Mereka Yang Tak TAHU MALU…

ingatlah kau hanya HAMBA

yang sepatutnya patuh dan taat pada ‘Tuanya’

ikuti segala suruhan

jauhi segala larangan

jangan menderhaka

dan jangan berlagak berkuasa

kerana kau tiada apa-apa…

Ku nukilkan puisi ini khas buat mereka yang tidak tahu malu. mungkin diriku.. tak mustahil juga dirimu.. apa yang pasti selagi mana kita belum sedar dan enggan berubah kita adalah orang yang tak tahu malu.

 

IBLIS LAKNATULLAH! Januari 11, 2009

Difailkan di bawah: AGAMA — fazilyahaya-->uPm @ 1:00 am

Baru-baru ni, aku ada terbaca buku yang menceritakan bagaimana Rasulallah SAW dengan izin Allah telah berdialog dengan raja iblis laknatullah. Tajuk buku ni “RAHSIA UNTUK UMAT ISLAM”. Banyak yang dikahabarkan namun aku baru sahaja membaca sampai cerita diolog tersebut.. hehehe.

Masalah, bila membaca bukan dijadikan satu hobi. Tapi aku boleh! chaiyok2.. hehehe.

Dalam dialog tu perlabagai soalan yang Nabi tanya. Seram juga ak membacanya. Antaranya…. bacalah dibawah ini.. jeng..jeng

Rasulullah SAW : hai iblis! siapakah saudaramu?

Iblis : mereka yang tidur meniarap atau tidur nyeyak diwaktu subuh sehingga mereka tidak bangun untuk bersolat. Hamba akan mengulit ia sehingga dia terlena sampai terbit matahari.begitu juga pada waktu zohor, asar, maghrib. Hamba akan berat hatinya sehingga ia jadi malas untuk bersolat.

Cuba kita renungkan bersama, benar atau tidak janji hasutan iblis ini? Kita ikut siapa sebenarnya? Ajaran nabi terpuji atau iblis yang di keji?

Janji iblis itu pasti, andai kita terus sahaja begini. Jarang menyesali dan menginsafi. membiarkan ian menjadi realiti. lemahnya kita kan?

INGATLAH, … sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang lagi nyata! *(al-baqarah: 208 )

Sang penglipurlara : bersambung…