RSS

Kisah Penjual Ayam Kampung

19 Ogo

alkisah bermulanya cerita begini…

Pak Abu ialah penjual ayam kampung hidup yang berjaya. Setiap hari pasti ada  kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. sengaja dibiarkan lama agar didengari oleh orang lain.  Lepas itu dia akan mengangkat dengan penuh senyuman dan berbual tentang ‘ekor’ dan juga ‘alamat’.  Maknanya ada pelanggan yang berkehendakkan ayam kampung hidup darinya.

Pada suatu pagi yang dingin, Pak Abu dikejutkan dengan tempahan ayam dari Mak Jah Kampung Seberang. Disebabkan Mak Jah pelanggan yang baru Pak Abu, maka alamat rumah sangat diperlukan.

“No. 12  Kampung Seberang Sini, Lorong Biasa, 09300 Kuala Ketil Kedah Darul Aman”. Demikianlah bunyi alamat rumah Mak Jah. Ligat pen ballpoint Kilometrico menari bersama jari jemari Pak Abu mencatat setiap butiran agar tidak tersalah lagi seperti mana sebelum-sebelum ini.

“Ok, terima kasih. lagi sejam saya sampai”. Balas Pak Abu ringkas dan padat. Jelas benar sikap keusahawanan yang ditonjolkan. maklumlah, masa itu emas.

Setelah ayam dimasukkan ke dalam raga, lalu raga pun diletakkan di atas motor EX5 hitam yang telah di ubah suai agar mudah untuk menghantar ayam. Maka dipendekkan cerita sampai dipertengahan jalan, motosikal Pak Abu tiba-tiba hilang kawalan. Lalu Braaaangggggg!!!! terbabas dan terbalik  ke tepi jalan. Mujur di sepanjang jalan ada pokok lalang yang tumbuh. umpama span yang menyerap hentakkan, Pak Abu masih selamat cuma calar2 sedikit sahaja.

Malangnya, raganya rosak teruk. Berpesta sakan ayamnya habis lari bertempiaran keluar. Tak kurang ada yang terbang macam si helang. Kesian Pak Abu. Bayangkanlah.. dah la tua. Seorang diri pulak tu, macam mana ya kalau ayah kita ditempatnya?.Tiba-tiba pak abu bingkas bangun.. menjerit Yahoooo…. sambil menjulang sekeping kertas di tanganya. dengan wajah penuh bangga Pak Abu berkata… “ Hey Ayam… kamu semua tidak akan dapat ke mana-mana sebab alamat rumah tu ada di tangan aku!! haha”. Jerit pak abu sekuat hatinya.

tetapi ayam terus bertempiaran….

p/s : kadang-kadang, kita boleh jadi ‘pelik’ sekejap bila dan tepu…

*cerita diadaptasi dari seorang usataz yang berceramah di KC.

 

Perihal fazilyahaya

pencinta agama dan ilmu..
5 Comments

Posted by di Ogos 19, 2010 in PENAWAR DUKA, SANTAI-SANTAI

 

5 Responses to Kisah Penjual Ayam Kampung

  1. putraim

    Ogos 20, 2010 at 10:32 am

    betul ke pak abu sebagai usahawan berjaya??????????

    Penglipurlara : betul la. hehe

     
  2. Sahabat

    Ogos 21, 2010 at 4:33 am

    Ehem2 wah wah wah..shbt sy ni,ade sja ceritanya..tp alamat rumahnyer knp kat KK??KUALA KETIL??(^^,

    penglipurlara : rindu kampung.. hehe

     
  3. azizai usim

    September 2, 2010 at 2:43 am

    salam ya akhi MPP..best cerita ang..tapi btuk ka terjadi kat k.ketil?siapa org2..heeeee..bla blik kg?

     
  4. abdul rahman bin alias

    Mac 25, 2011 at 8:40 am

    ye,dok ni ah.

    Penglipurlara : pernah dengar ustaz cerita… :-)

     
  5. mira87

    November 24, 2011 at 3:42 am

    mti cite famous kk ni haha

    FAY : em2 la, bakal mengegarkan kg Charok Bunting juga. hehe

     

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.