
manusia
“Aku pencintamu alam…
sebab ia cantik untuk dipandang..
mana yang buruk dimataku..
akan ku cantas dan tebang..
mana yang semak ku jadikan lapang…
aahhhh… barulah indah mata memandang”
Alam 1
” eh betul ke itu pencinta alam ?..
engkau nak yang indah dan cantik saja
kau sanjung kau puja
yang buruk, tak cantik kau hina
walhal itu alam juga?
kau bukan pencinta alam yang sebenar
yang berfaedah saja kau gemar
kau jahat!!!!”
Alam 2
tanah itu milik kami…
ribuan tahun kami menjaganya
semua bergantungan bagai keluarga
tanah tak pernah runtuh
unggas menari riuh
serangga makan jenuh
siput babi… semut… belalang beranak penuh
tapi malangnya kebahgiaan ini kau musnah
kami kau tarah untuk binaan lanskap indah
kononnya untuk mencegah alam dari parah
walhal kau tersilap langkah
mengundang bala dan ‘tulah’
padan muka kau pemusnah!!


p/s : kepada pencinta alam, betulkan niat dan iktikad. pejuanglah alam secara semua.. bukan yang indah semata-mata


putraim
Julai 15, 2009 at 9:52 am
sambungan…
alam ini sungguh indah
tiada yg buruk mahupun yg jelek,
kurniaaNYA sungguh berguna pada manusia,
tapi,
alam ini musnah dan hancur dek kerana
tangan2 manusia yang ganas…
huhu….
biha
Julai 17, 2009 at 2:53 am
haha…dah tngok dah gmbr abg fazil yg skjap ade skjap xde…
p/s: best r puisi ni…seloka ke?
penglipurlara : puisi atau seloka ikut kepada mood pembaca. kadang-kadang boleh jadi drama juga.. heheh
el
Julai 17, 2009 at 12:06 pm
uishh..tersentuh hati..ngeh3…
hargai alam…
hmm…xianzai,mingtian,yongyuan…..ngeee…(^_^)
penglipurlara : sekli speaking chinese da… hehe
pakcikli00
Julai 18, 2009 at 4:13 pm
Tujuan tuhan mencipta alam semesta ini adalah untuk menyatakan kesempurnaan keujudanNya. Mencela alam semesta samada yang baik atau yang buruk bermakna mencela sifat tuhan.
penglipurlara : haa…dengar tu sekalian umat manusia… TQ pakciklioo
mamia
Julai 22, 2009 at 7:53 am
cam kenai je gambaq rama2 2 he2…
puisi 2 bt sendiri ke?
penglipurlara : hehe memang pernah ditayangkan di astro… hehe gurau je. karya asli tu…
xman
November 25, 2011 at 2:25 pm
blog ni akn ceria bila mbincang kn topik,
salah’y penglipurlara dcini kbnyakkn
brsajak, bpuitis, cerita walhal sndiri, syok sndiri…
Wassalam.
FAY : Terima kasih saudara atas pandangan peribadi yang baik untuk beginer macam saya. harap banyk lagi tips yang dapat diberikan. terima kasih