>>> PENGLIPURLARA <<<

Secebis ceritera untuk dicerita…

Apa-apa pun, Agama No.2…. November 5, 2009

Difailkan di bawah: AGAMA, BERFIKIR SEJENAK — fazilyahaya-->uPm @ 1:49 am

Agama  no. 2..

Hari ini, kita meletakkan agama sebagai no. 2 dalam aktiviti kehidupan kita… setuju tak?

 

Cuba renungkan,

hal dunia kita dahulu kan…  kita sanggup pergi meting, sanggup pergi discussion, sanggup pergi study group walaupun azan tengah berkemundang.. betul..? Walhal Allah perintahkan kita supaya sembahyang tepat pada masanya… perintah Allah itu perintah siapa? Kawan kita ? roomate kita?

kehendak siapa yang perlu didahulu kan…? anda jawab.

 

“tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada ku”

kita telah ditanam, dididik, ditarbiyah, diasuh, dan dicanang dengan mengatakan hanya kerja yang baik sahaja menjamin kehidupan bahagia.. dapat sijil, ijazah,  dapat Phd, hidup akan senang lenang. Adakah kita lupa bahawa rezeki, pekerjaan, makan, minum itu milik Allah SWT. Kebergantungan kita kepada Allah semakin terhakis dengan menampakkan pencapaian menentukan kejayaan.

 

Memang Benar,

 ”Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang mengubahnya”

Tapi adakah itu prasyarat untuk kita mendahulukan dunia dari agama..?? cuba bayangkan ada sahaja orang yang pandai, cerdik, kelulusan tinggi tapi tak ada kerja…  dan ada saja orang rendah akademiknya, tapi  besar pendapatanya, senang hidupnya… jadi siapa tentukan itu semua? Tidak lain dan tidak Maha Pemberi Rezeki …Allah SWT.

 

jadi, dalam apa jua keadaan, dahulukan agama, kerana agama penentu kepada kejayaan dunia dan akhirat.

“jika kamu mencari dunia, akhirat akan menjauhi kamu, tapi jika kamu mencari akhirat…. dunia pasti datang kepada kamu..”

 

p/s = Agama mesti NO. 1.. !! Allahuakbar

 

Pertaruhan Berhasil… November 7, 2009

Difailkan di bawah: DIARIKU, PENAWAR DUKA — fazilyahaya-->uPm @ 2:02 am

“Fuyooo.. fuyooo…”  aku terdengar roommate berjampi sakan tatkala melihat sesuatu dalam internet. Ketika itu aku baru sahaja selesai solat subuh bersendirian kerana lewat sedikit bangun.

Sambil berjampi itu roommate memandang-mandang ke arah aku bak seorang artis. Aku tersipu-sipu rendah diri.


“Nape mate?” sapa ku selepas berdoa memohon rahmat Allah pagi ini.  Dia tersenyum menampakkan baris-baris  giginya dengan mata yang sedikit sepet.


“Foyuuuu… ko TOP 10  siot” katanya penuh gigih.

“ape dia tu? Top UP aku tahu la” Tanya ke dalam ke-blur-an.


“Ranking top post wordpress, ko top 10, tempat ke -9” katanya lagi

“Iya..?”  terus aku melabuhkan punngung di kerusi dan membukan internet,… dan akhirnya terpaparlah… hehe

10 ten wordpress top post

Pertaruhan “tak dapat anak dara janda pun jadi” berhasil jua

tak jeles kan.? hehe (ish.. tak baik riak.)

 


P/S : jom target 1st… errr :-)

 

tak dapat anak dara, janda pun jadi… November 4, 2009

Difailkan di bawah: BERFIKIR SEJENAK, BERITA, SANTAI-SANTAI — fazilyahaya-->uPm @ 11:01 pm

MUM34

maksudnya sama saja dengan peribahasa ini :

“tak dapat gading, tanduk pun jadi”.. perhatikan kisahnya…

 

PERTAMA…

 Bajet 2010 memperuntukkan :

 Bagi peminjam wang PTPTN yang mendapat kelas pertama (1st Class Honor) akan ditukarkan kepada BIASISWA..!

 

* Tony blair      :  “ alamak, aku dah final year, tak sempat lagi ni… aduhhh..”

*Muammar Ghadafi        : “padan muka kau. Orang suruh belajar, main-main je keja”

 

Jangan gaduh, jangn risau…

Bagi pemegang ijazah kedua atas, akan dipertimbangkan untuk tawaran diskaun. Jadi tak perlu bayar penuh..

Jadi masih belum terlambat untuk mendapatkanya… sama ada gading atau tanduk atau anak dara dan janda..

Pilihan ditangan anda.

 

p/s : mengimpikan gading…

 petunjuk =(*) tanda  hanya lakonan, tiada kaitan antara yang hidup dan yang mati, kalau ada kaitan, hanya kebetulan…

 

LukenaBeb… : Zaman Kenakan Orang.!! Oktober 31, 2009

Difailkan di bawah: BERFIKIR SEJENAK, DIARIKU — fazilyahaya-->uPm @ 10:54 pm

Wakenabeb

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jika saya disebutkan….

Wakenabeb…

Kena kantoi…

Panggilan hangit…

Just for laugh..

Howie do it…

Apa yang anda fikirkan..?

 

Ya betul..!! rancangan prank (gurauan) yang menjadikan seseorang sebagai subjek yang akan dijadikan bahan uji kaji jenaka dan akhirnya membawa kepada gelak tawa. Sesuatu situasi sengaja direka dan perkara ini tidak diketahui oleh mangsa. Mangsa akan bertindak balas terhadap situasi dan akhirnya nmenimbulkan gelak tawa.

 

Ada yang marah…

Ada yang cool

Ada yang terpinga-pinga…

ada yang blur-blur…

 

Tapi dalam gelak ketawa kita, pernahkah kita terfikir akan nasib si mangsa..? kalau tindakbalas yang positif yang baik tak apalah, Alhamdulillah. Kalau yang tak baik? Mencarut… maki dan sebagainya…bagaimana..? tak malukah dia pada diri dan kawan-kawan? Maruahnya… tercalar begitu saja.

 

“Biarlah, kita boleh tengok sejauh mana nilai masyarakat Malaysia kita”… tegas pengarah setiap rancangan. adakah kita ingin menguji nilai seseorang dan memberi pengajaran.. Sedangkan pada masa kita telah menjatuhkan maruhanya pada jutaan penonton atau pendengar yang menyaksikan rancangan tersebut. adakah nilai kita baik…? Lagi teruk kita yang melakukan semata-mata untuk mengaut keuntungan. Adakah itu sahaja cara bagi menguji nilai seseorang…?

“Biarlah, ramai orang suka rancangan sebegitu, kami buatlah”

Tapi sampai bila bang..?

Sampai bila pak cik..

Sampai bila kak cik..

Sampai bila nak kenakan orang..

Sampai bila nak malukan orang dan kaut keuntungan…!

nabi tak suka orang yang mengadakan cerita orang lain untuk meraih gelak tawa

 

Apa pengjaran yang ingin kita terapkan kepada anak bangsa yang masih kecil melihatnya..? membiarkan sahaja ia ketawa dan terus ketawa apabila berada di luar sana walaupun keadaan berkehendakkan dia bertindak sebaliknya. Adakah kita ingin terapkan pada mereka, nilai mengenakan orang itu boleh dan mulia..? oh tidak. Aku tak mahu anak bangsa yang hanya tahu menjerit.. wakenabeb..!!! atau kena kantoi..!! pada orang tua yang terjatuh ke dalam parit bersama motosikalnya.   

 itu yang kita kena fikirkan bersama. jangan hanya melihat……ketawa.. dan menanti siapa mangsa seterusnya.. 

fikir-fikirkan..

 

p/s : suka  Home funniest animal….

 

Menanti Hari-hari Penuh Ujian… Oktober 23, 2009

Difailkan di bawah: DIARIKU — fazilyahaya-->uPm @ 5:59 pm

rasa tak sabar… tapi berdebar..

risau takut sasau…

mudahan tenang… agar senang..

semoga dibantu… bukan buntu..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

bakal menghadapi perperiksaan akhir semester ini. bermula 26 sehingga 9 nov 2009. masih banyak yang perlu dibaca. masih banyak yang perlu di skor. masih banyak yang perlu diusaha untuk mencapai Dean List.

Moga Diberikan aku kekuatan dan kesihatan.. Aminnnn

 

P/S : kepada kawan2… selamat Menghadapi Perperiksaan. SEMOGA BERJAYA.

 

Amanah dan Harapan.. Oktober 21, 2009

Difailkan di bawah: DIARIKU — fazilyahaya-->uPm @ 7:38 am

bagaimana lebih baik…?

 

satu…

Mahathir : eh, presiden kelab baru kan?? tahniah…

aku : err… tak lah… (sambil tersenyum malu)

 

atau dua….

Abdullah : eh presiden kelab yang baru kan??

aku  : ya saya.. (senyum penuh yakin)

~~~~~~~~~~~~~

dua-dua situasi aku lalui beberapa hari bergelar New President of KMBK (kelab Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling) Universiti Putra Malaysia.

mana agaknya jawapan yang sesuai bagi seorang pemimpin. Tak bagi tahu orang tak kenal. Terlalu memberi tahu orang kata berlagak dan gila kuasa. Payah juga ya… Tapi bagi ku biar orang tak kenal, janji kerja ada. macam gerakkan Al- Qaeeda dan  Hamas di Palestin.  Bergerak dalam senyap dan nampak hasilnya terhadap golongan sasaran. tup tup askar Israel mati.. tup tup kena serangan mortar Hamas… hehe

Tak pun, beri jawab dengan penuh yakin agar aku sedar akan diri dan bermotivasi untuk menggerakkan kelab ini… hmmm menarik juga kan?

 

sedikit harapan terutamanya buat  diriku yang  mudah hilang fokus. Juga harapan kepada semua AJKT dan ahli KMBK agar terus menyokong demi pembangunan kelab ini. ini bukan kelab Fazilyahaya…. Ini kelab KITA…

 

P/s : ramai yang meletakkan harapan yang tinggi. I’Allah akan ku buktikan sesuatu.

 

Lama Sudah… Oktober 17, 2009

Difailkan di bawah: DIARIKU — fazilyahaya-->uPm @ 2:38 pm

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

lama sudah aku membiarkan laman ini sepi..

lama sudah aku tidak berkongsi dan mencoretkan rasa hati..

lama sudah aku buka dan tutup kembali lamanku ini…

lama sudah ku tidak bercerita dan berpuisi…

lama sudah…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s : dah update..!

 

HARI RAYA PERTAMAKU… September 27, 2009

Difailkan di bawah: BERFIKIR SEJENAK, DIARIKU — fazilyahaya-->uPm @ 11:05 pm
 jangan salah faham.. bukan pertama kali aku beraya, tapi cerita aku pada hari raya pertama baru-baru ini.

seperti biasa aku akan ke surau kampung untuk solat sunat aidilfitri. Masjid ada tapi ramai dan majoriti orang kampung aku akan ke surau tersebut.  

Apa yang menariknya ialah:

  1. lepas sembahyang  sunat aidilfitri ramai2 akan ke kubur untuk bacaan yasin dan tahlil. ini sudah menjadi kebiasaan setiap kali menjelang raya. baik raya haji mahupun raya puasa. er taipusam atau tahun baru cina tak pernah la pulak. hehe   
    DSC01381

    bacaan yasin dan tahlil

     

     

    DSC01380

    di kawasan kubur

     

  2. lepas itu, kami (geng muda2 + veteren2) akan pergi beraya rumah ke rumah. ini juga wajib dilakukan setiap tahun. (bermula 2 tahun lepas). malahan sebarang aktiviti ke luar tidak dibenarkan pada hari raya pertama tersebut. kerumah kawan or aweks pun tak bagi ok…  dasyat kan? kesannya penuh sesak perut aku dek kerana beraya hampir 30 biji rumah dalam satu hari walaupun hanya minum air.
  3. keahlian makin bertambah dengan lebih ramai geng veteren sertai walaupun pengasasnya adalah geng2 muda sebenarnya. tapi tak pe, benda baik…
  4. berderet2 motosikal dengan pelbagai irama honnya setiap kali ingin sampai ke rumah ‘mangsa’. hehe
  5. kebaikkanya…. ukhwah antara penduduk makin rapat dan mengenali.
  6. insyallah akan diteruskan lagi.. hehe

sekadar berkongsi

 

p/s : gambar tengah makan lupa nak ambil…

 

Ucapan Khas September 26, 2009

Difailkan di bawah: AGAMA, BERFIKIR SEJENAK, DIARIKU — fazilyahaya-->uPm @ 4:57 pm

DSC01411 copy 2

 

TAG DARI LURUNNA…. September 15, 2009

Difailkan di bawah: DIARIKU, PENAWAR DUKA — fazilyahaya-->uPm @ 9:18 am

Kamu mencapai 159 markah, jadi kamu berada di posisi 7866 dari 18949 dalam senarai kedudukan

Kamu menaip 206 aksara seminit
you mendapat 30 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah

klik sini untuk cuba